JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label prune. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label prune. Papar semua catatan

Selasa, 2 Ogos 2016

BUAH APA NI MAMA ??? 😊😆 ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya :)

Sedang berjalan-jalan dilorong menjual buah di pasar tani pagi tu.. mata saya terus tertumpu kepada buah yg satu ini.. teruja betul saya pada waktu itu.. terus pergi ke gerainya.. pegang-pegang sambil tersenyum.. dah lama cari buah ni.. dulu-dulu masa kecik selalu kawan bawa kat sekolah dan jual sebiji hanya 20 sen.. 
Tengah dok pilih-pilih najeeha pun bertanya.. "Buah apa ni mama?".. tak pernah tengok dan rasa hihihi.. memang susah nak dapat zaman sekarang , jeeha oiii..

"Ini namanya buah Nona " jawab saya.. manis dan sedap sangat.. nanti kita makan ye.. saya hanya beli 2 biji ajer.. mahai weeyyy.. sekilo RM12.00 tak salah saya.. Balik rumah terus basuh dan belah .. sibuk mereka merasa.. sedapnya mama manis.. kata mereka..
Buah ni ada lagu tau.. 
"nona nona zaman sekarang, tak boleh ditegur tak boleh di larang" hihihi kenapa lagu dia macam tu mama.. sebenarnya nona itu panggil untuk anak gadis juga..
Macam auntie Hainom dan Kak Ton zaman remaja dulu hahahaha.
#jangankecamsaya :D

Saya beli juga buah lain sebagai kawannya, buah delima, pisang kaki dan plum prune hihihi..
Buah-buahan yg sungguh berkhasiat kan..

Kat mana ye nak dapat benih buah nona ni.. ?
Kat kampung kekawan ada lagi tak ? ~__^