JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label pusara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pusara. Papar semua catatan

Rabu, 17 Jun 2015

Ahli Kariah MASJID pun MERINDUI ... Apa Lagi anak-anak ABAH..

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..

Bila saya buka FB petang tu .. keluar di wall saya post dari Jemaah Masjid Al Islahiah Kuang, memang kupas bawang besar lah saya pada petang tu seperti text # yg ditandakan oleh sipenulis tu.. rindu mereka pada arwah abah.. sehingga teringat moment dengan arwah di  subuh hari tu.. Allahu Akhbar..

Benarlah.. Iman dan taqwa tidak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa.. saya melihat dan muhasabah kedalam diri saya sendiri, masih lagi bertangguh bila bersolat ni.. bila di pejabat tu boleh lagi diawal waktu, solat berjemaah di surau ofis, waktu zohor dan asar, tetapi bila maghrib, saya ni mula lah terkejar-kejar dgn waktu.. bila azan maghrib baru sudah memasak didapur, terkial-kial pulak nak mandi saya ni, penyudahnya tidak dapat solat awal waktu.. en suami dan nabil sudah ke surau, saya dengan anak perempuan jer jemaah di rumah.. itu pun dah terlewat 20 minit.. aduh terasa sangat ruginya saya ni huhuhu :(
Bila nak puasa ni lagi lah teringat pesan abah.. "Kalau kita dah solat diawal waktu, kita akan mempunyai masa yg panjang untuk berbuat urusan yang lain"
Juga nasihat dari mak " pergi solat asar dulu, solat tu hanya 15 minit sahaja, nak masak utk berbuka puasa ni lama, jangan terkejar-kejar dengan waktu"  itulah kata-kata mak bila kami adik-beradik berkumpul dirumah abah dan mak utk berbuka puasa bersama-sama.. 
Pesanan ni akan saya pasak dalam kepala saya sebaik-baiknya..


Hari ini 17/6/2015 genap sudah lima bulan abah pergi meninggalkan kami, pada pagi ahad 13/6/2015 lalu, kami membaca tahlil ringkas dan doa utk abah serta doa utk menyambut ramadan. Kami buat didalam bilik mak, baca bersama-sama mak, beriye mak berzikir dan berdoa.. ada sedikit muram diwajah mak.. ye lah tahun ni tiada abah utk berpuasa dan beraya.. tambahan pulak emak sakit.. sedih mak tak berupaya utk berpuasa...
Lepas tu kami pergi menziarahi pusara abah..

Abah, puasa dan raya seterusnya.. hanya disini kita bertermu...
Rindu betul saya dengan abah, pelbagai rasa bermain di jiwa saya ketika itu.. tiada lagi abah utk puasa dan raya seterusnya.. hanya disini tempat melepas rindu.. masa saya beli baju raya utk anak2, teringat abah, sebab setiap kali raya saya lah membeli kelengkapan baju raya abah.. dari kopiah, baju melayu dan kain pelikat.. saya gosok di pagi raya, saya menyarung baju buatnya di pagi raya, mencium tangan memohon maaf serta mengucup kedua pipinya.. oohhh tahun ini tiada lagi moment indah itu :(

Damailah abah disana bersama roh para syuhadah dan solehin.. 

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ

وَنَقِّهِ مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ

وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ

وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ.

Maksudnya:
Ya Allah, berikanlah ampunan kepadanya, sayangilah dia, maafkan dan ampunilah dia, muliakan tempatnya, luaskan tempat masuknya, serta mandikanlah dia dengan air, salju dan embun; bersihkanlah dia dari kesalahan-kesalahan sebagaimana baju putih dibersihkan dari kotoran; berikanlah dia pengganti tempat tinggal yang lebih baik dari tempat tinggalnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya, dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya; masukkanlah dia ke syurga serta lindungilah dia dari azab kubur (atau azab neraka).


p/s Selamat Berpuasa kekawan... semoga ramadan kita kali ini lebih baik dari tahun sebelumnya..