JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label rumah mak uda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rumah mak uda. Papar semua catatan

Selasa, 5 Ogos 2014

Syawal Day 2 :: SALING Ziarah MENZIARAHI.. di Hari Raya :)

Assalamualaikum kekawan..
Semoga sihat dan ceria di hari raya :)


Hari kedua kami pula membuat kunjungan .. rumah pertama yg dituju rumah Mak Uda di Segambut Dalam.. Adik mak, Mak asal orang Segambut.. di Kuang tu kampung Abah..  mak hanya tinggal 3 beradik ajer.. raya pertama mak uda dah datang rumah mak.. begitulah setiap tahun.. 


Mak Uda yg bertudung biru disebelah mak saya tu.. masa mak uda dtg rumah tak sempat pulak nak bergambar..


Anak-anak pulak bergambar bersama atuk..

Rumah mak uda ni diatas bukit.. disekelilingnya penuh dengan Kondo mewah di Segambut tu.. berkesempatan juga bergambar diluar rumah.. berlatar belakangkan bangunan tinggi tu..
Dulu masa kecik.. rumah arwah atuk ni dikelilingi oleh pokok getah ajer.. sekarang zaman dah jauh berubahkan..




Rumah kedua pula, di kampung Pasir, Petaling Jaya, ni saudara belah abah, dah semakin uzur mak cik saudara ni.. dah tak boleh berjalan hanya mengesut jer untuk berjalan..

Tak lepas memegang tangan mak.. rindu katanya.. ye lah setahun sekali baru nak berjumpakan..

Masa mula-mula tengok mak cik dah tak boleh berjalan, semua tak dapat menahan airmata.. masing mengesat pipi.. tak mampu melihatnya.. 

Di rumah ketiga, juga saudara sebelah abah, kira sepupu abah ni.. dah setahun lebih sakit terletak, dah tak ingat orang ni.. kebanyakan mereka sebaya jer ni.. sayu ajer melihat mak cik ni.. dahulu masa kecik2 bila beraya, ceria jer mak cik ni bercerita.. tahun ni pergi beraya sambil menziarahi yg sakit.. 

Hero saya ni, bersama-sama dengan sepupunya, mereka dengan cara mereka beraya.. habis jelajah kolam ikan lah.. kebetulan masa pergi rumah ketiga ni buat open house, ada khemah disediakan.. banyak juadah yg disediakan.. kaum bapa apa lagi.. menambah berat badan lah kan.. 

Lepas dari itu hari hujan, semua pakat nak balik sebab tak selesa nak jalan hari hujan ni, abah pun nak balik ajer.. penat katanya.. rata2 kawan abah, semuanya dah tak sihat.. 

Kekawan jalan mana raya ye :)