JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label sup gear box.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sup gear box.. Papar semua catatan

Rabu, 13 Julai 2016

Syawal Days 8 :: FIL BUAT RUMAH TERBUKA RAYA 😊😆😄

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..
Pada hari raya ketiga FIL buat rumah terbuka raya.. lama dah FIL tak buat.. jadi tahun ini FIL dan mak cik berhajat utk membuatnya. Majlis dibuat selepas solat Jumaat.. seusai mereka solat terus para tetamu menuju ke rumah FIL .. ramai yg hadir.. gembira sungguh FIL dan mak cik :) 😊😆😃

Jadi hari raya kedua kami sekeluarga menyediakan utk majlis rumah terbuka raya.. en suami sibuk menyediakan lemang.. lebih 10 btg lemang disediakan.. selalunya FIL dah buat lemang sehari sebelum raya.. tapi bila nak adakan majlis ini tu yg buat raya kedua.. saya dan ipar duai perempuan sibuk didapur .. membasuh ayam dan memotong daging , ini tugasan saya hihihi kena potong daging.. mak cik nak buat rendang makan dgn lemang..

Petang tu kak long ada perjumpaan raya.. reunion sekolah Felda Bukit Jalor tu.. kak long tanya nak bawa apa ye.. yg juadah raya tentu ramai yg bawa.. jadi saya cadangkan buat apam goreng cicah sambal tumis.. pastu adik ipar saya pulak kata tambahlah lempeng kelapa.. jadi saya tolong sediakan apam goreng.. kak long sediakan sambal tumis.. adik ipar saya buatkan lempeng kelapa.. kul 2.00pm perjumpaan tu .. anak2 saya sibuk nak mengikut mak longnya.. balik kak long dari majlis tu.. pergi sekejap beraya rumah uwan piah.. tengok uwan semakin uzur.. nak bergerak pun kena mengensut.. semoga diberikan kesembuhan buat uwan..

Ini sebahagian juadah kami pada hari itu.. tak sempat nak ambil gambar yg lain..
Menu utama adalah nasi beryani,ayam masak merah, kurma daging dan jelata. Menu samping mee hoon sup tulang gear box dan daging tetel.. perghhh sakan orang menghirup kuah.. selain itu lemang,nasi impit, kuih muih dan buah-buahan...
Yang menggembirakan FIL semua juadah habis pada hari tu.. 10kg nasi beryani dgn 20 ekor ayam kan.. mcm nak menyambut menantu pulak hehehe.. nasi beryani dan daging masak kurma tu disediakan oleh pak itam dan mak itam di kg chohong.. jadi dlm pukul 10.30am adik ipar gi jemput .. yg lain semua disini.. senang hati bila semua juadah siap dihidang..

Ini adalah gambar beramai-ramai bersama adik perempuan FIL iaitu mak andak.. selalu raya pertama kami dah sampai kerumah mak andak beraya.. jadi kali mak andak anak beranak serta cucu dari Sungai Mati Muar Johor datang beraya..
Gembira sungguh hati FIL..

Alhamdulillah majlis berjalan lancar.. serta tercapai hajat FIL dan mak cik utk menjamu kawan sekampung dan sanak saudara..

P/s saya update entri sambil menunggu nombor dipanggil. Ada appointment doktor.. baru lepas ambil darah.. harap2 keputusan darah tu baik2 saja.. tidak kena bebel lah saya dgn doktor nanti.. dah lah raya makan macam2 ni.. pantang jumpa hihihi 😆😄😉