Assalamualaikum kekawan... salam jumaat yg barakah :)
Hari ini saya bercuti (entri autopublish), kerana nak balik kg en suami kerana esok tengahari selepas zohor akan diadakan kenduri arwah untuk emak mertua yg tersayang, Pada 10 Februari 2014 isnin yg lalu, genap tiga tahun pemergiannya, sehingga sekarang bila balik ke kampung en suami masih terbayang senyuman keriangan mak menyambut kepulangan kami... Nabil lah yg diterpa dahulu kerana Nabil satu-satunya cucu lelaki... Bila kami menziarah kubur MIL, anak-anak sungguh sedih kerana kehilangan uwan yg belum puas utk bermanja dan berkasih sayang...
Saya sendiri terasa kehilangan MIL kerana saya cukup bertuah mendapat MIL yg sungguh baik... benarlah insan yg baik cepat bertemu Pencipta nya... Hanya doa yg mampu diberikan kepada MIL sebagai tanda kasih sayang kami kepada nya...
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهاُ وَارْحَمْهُا وَعَافِهاِ وَاعْفُ عَنْهاُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهاُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهاُ وَاغْسِلْهاُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهاِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهاُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهاِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهاِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهاِ وَأَدْخِلْهاُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهاُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ .
"Ya Allah, ampunkanlah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dengan air salji dan air sejuk. Bersihkannya daripada kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih daripada kekotoran. Dan gantikan rumahnya dengan rumah yang lebih baik serta pasangan yang lebih baik. Masukan dia kedalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka"
Amin ya Rabbal alamin..
