JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label ultrasound. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ultrasound. Papar semua catatan

Khamis, 29 Oktober 2015

YA ALLAH.. SESUNGGUHNYA HAMBAMU INI REDHA DGN UJIAN INI

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah hendaknya...

Saya masih lagi di hospital.. tengah menunggu utk dibuat CT Scan pula.

Pada hari kedua dihospital, saya telah membuat ultrasound.. keputusannya saya tiada batu dihempedu, mau pun buah pinggang. Syukur Alhamdulillah..

Hari ke tiga doktor mencadangkan utk dibuat endoscopy, jadi saya pun setuju dan pada pukul 1pm saya membuatnya. Hasil dari endoscopy tu doktor kata saya hanya gastrik yg minor yg mana dinding perut saya hanya merah sahaja dan tiada ulser pun..

Jadi hari ini hari keempat saya pula diminta utk membuat CT Scan.. semoga keputusannya yg baik-baik sahaja.


Selasa, 27 Oktober 2015

Akhirnya saya bermalam disini - DEMC Hospital


Assalamualaikum kekawan ..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi hendaknya.

Catatan dipagi hari.. didalam hospital.. terpaksa saya menyerah diri disini, setelah lebih 2 minggu saya mengalami sakit perut cirit-birit, pening kepala dan badan berasa letih.. tekak terasa pahit apabila menelan makanan..
Doktor pula suspek kalau demam kepialu yg skrg sedang merebak wabak itu. Maka ujian darah diambil.. saya terpaksa menunggu 5 hari utk keputusan itu, pada petang ahad saya dapat panggilan dari klinik yg keputusan telah keluar. Hari isnin saya pergi ke klinik mengambil keputusan darah dan didapati saya tiada demam kepialu.. doktor kata tunggu keputusan najis pula.. 
Namun begitu saya masih lagi sakit perut dan cirit birit.. doktor mencadangkan saya dirujuk ke hospital pula. Maka semalam saya pun admit di DEMC hospital. 
Saya disuruh berpuasa dari malam tadi dan skrng saya sedang menunggu utk dibawa ke bilik ultrasound. Saya tanya pada nurse yg mengambil darah saya pagi tadi, pukul brpa nak buat ultrasound.. nurse tu kata dalam pukul 8.00 pagi.
Semoga saya tidak ada mengalami sakit yang serious.