JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 3 Mac 2015

PUDING KOKTAIL KASTARD AISKRIM VANILA... emmmm dapnya..

Assalamualaikum kekawan... Salam petang yg ceria

Save dulu kat sini ehe.. biasa lah balik sekodeng FB tengok sedap pulak resepi ni .. terima kasih pada Sajian Dapur Bonda yg menyumbang resepi ni :) 





RESEPI PUDING KOKTAIL KASTARD AISKRIM VANILA

Bahan-bahannya: 
1 paket agar-agar strip (30 gram)
6 cawan air
1 ¾ cawan gula
4 sudu besar ais-krim vanilla
1 tin buah-buahan koktel (500 gram) – asingkan airnya untuk disatukan dengan bahan-bahan kisar

Bahan-bahan dikisar (menggunakan blender):
1 tin susu sejat Carnation
Air buah-buahan koktel
3 sudu besar tepung kastard
1 biji telur
¼ sudu kecil vanilla
- Satukan bahan-bahan di atas di dalam blender basah dan blend sehingga semua bahan sebati dan halus.

Cara-cara membuatnya:
1. Basuh agar-agar strip dan rendam lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama 6 cawan air dan masak sehingga agar-agar larut.
2. Selepas agar-agar larut masukkan gula. Kacau dan masak sehingga gula larut.
3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi dan kacau sehingga adunan mendidih dan agak kental. Gunakan api yang sederhana dan kacau berterusan kerana ditakuti adunan akan hangit/rentung di dipermukaan periuk.
4. Sejurus sebelum diangkat, campurkan ais-krim vanilla dan kacau lagi sehingga ais krim larut. Kemudian bolehlah ditutup api dan biarkan ia sejuk seketika (lebih kurang 5 minit).
5. Sementara itu jika suka boleh susun dulu buah-buahan koktel di dalam acuan yang sesuai.
6. Setelah itu tuangkan ½ adunan tadi perlahan-perlahan di dalam acuan. Kemudian tambahkan lagi buah-buahan koktel sehingga habis. Kemudian tuangkan baki adunan tadi sehingga habis.
7. Sejukkan di dalam peti ais. Lebih elok jika disimpan semalamam. Sediakan waktu malam dan sejukkan semalaman. Esok dah boleh makan.
 — ‎dengan 

Isnin, 2 Mac 2015

GENG BAS SEKOLAH DAN JADI NENEK... ^___^

Assalamualaikum kekawan..

Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yang baik...


Ahmad  Rizqi Haqq
Saya terima whatapps dari geng bas sekolah Mastura , tahun lepas saya ada menghadiri majlis perkahwinan anak mereka di entri ini ,yg menjemput untuk hadir aqiqah cucu sulungnya pada hari Sabtu 28 Februari 2015 yg lalu tapi saya tak dapat menghadiri diri kerana ada kursus di tempat kerja.. 

Tentu seronok tengah mengulik cucu kawan sekolah saya ni kan.. ehe.. umur 46tahun dah bergelar nenek kan.. saya pun terkena tempias di panggil nenek oleh kawan saya bila dia whatapps.. "dijemput nenek Yati utk hadir ke kenduri aqiqah ni ye" :D



Mohd Aidi

Sebelum itu Rahmah geng bas sekolah saya ni pun dah menerima cucu juga tapi saya tak pergi ke majlis perkahwinan anaknya itu sebab masa tu loss contact , jadi jumpa semula masa reunion itu hari di entri ni


Jadi Rahmah pun ada menjemput saya utk aqiqah cucu sulung ni , pun saya tak dapat menghadirinya kerana urusan menghantar en suami dengan doktor utk rawatan susulan.

Saya hanya mampu berdoa semoga mereka bahagia bersama cucu masing2 dan seronoklah sekarang mengulik cucu ye :)


Ahad, 1 Mac 2015

AYAM PANGGANG ROSEMARY

Assalamualaikum kekawan....
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberi kesihatan yg baik hendaknya..
Dah lama sebenarnya teringin nak cuba Ayam Panggang Rosemary ni.. jadi bila kekawan post kat wall FB terus save kat blog ni dulu.. sebab tengok resepi nya mudah sangat.. jadi meronta-ronta juga nak cuba :)






Ayam Panggang Rosemary - dari Nor Aida H S
Ayam Panggang Madu - Kayu Manis, Rosemary & Ketumbar. Spicy Honey Grilled/Roasted Chicken with Cinnamon, Rosemary & Coriander Spices.
Bahan2nya
1 ekor Ayam Segar - dibersihkan dan gosokan dengan garam sedikit
30gm madu
Serbuk Kayu Manis
Serbuk Ketumbar
Rempah Duan 'Rosemary'
Minyak Zaitun/Canola/Sayuran untuk sapu pada ayam
Bahan untuk rebusan
1 batang kayu manis
1 biji rempah bunga lawang
Sayur campuran - lobak merah & sayur seleri
Cara2nya
Rebuskan sekor ayam di dalam periok yang sederhana, letakan rempah ratus
kayu manis and bunga lawan dan sayur2an campuran. Rebuskan ayam 3/4 masak dan dikeluarkan. Biarkan is sejuk dan sapukan dengan rempah serbuk
kayu manis, ketumbar, madu & dedaun Rosemary. Masukan ayam didalam oven dan panggang selama 20mins. Air rebusan boleh dijadikan sup ayam.
Letakan ayam atas dulang pembakar setiap 10mins di pusing supaya rata dipanggang. Suhu oven 140C 'Grilled setting. Sajikan bersama cili kisar, jus limau & bawang putih ditumbuk.