JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 6 Mac 2015

NAK bawa MASUK Tak MUAT KUBUR ?????

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberi kesihatan yang baik hendaknya...
Saya kongsikan dari whatapps group.. semoga bermanfaat :)




Khamis, 5 Mac 2015

LEMPENG PISANG KELAPA .. emmm dapnyaaa ^___^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yang baik hendaknya..


Buat Lempeng Pisang ni masa petang Ahad tempohari bagi memenuhi tekak en suami.. sejak baik dari demam ni bukan main selera nya ehe :) jadi layan jer.. lagi pun saya pun dah lama tak makan lempeng pisang ni, selalunya bila balik rumah mak di Kuang jer.. mak suka buat lempeng dari lepat pisang sebab mudah sangat tak payah nak bungkus2 bagai dengan daun pisang kan kekawan ehe :)

Saya ambil resepi ni dari blog My Kuali a.k.a kak rose.. rupanya kak rose pulak ambil resepi dari Yaite Memories ... resepi ni pun dah bersanad pulak ye kekawan ehe :)
Resepi yg cukup mudah dan ringkas tu yg cepat aje dibuat.. saya guna pisang emas macam kak rose.. sedap dan lemak manis.. 
Mohon share resepi ye kak rose.. ok jom kita intai resepi yg mudah ini.

RESEPI PISANG KELAPA

Bahannya :-
  • 8 biji pisang emas
  • 1/4 cawan gula pasir
  • secubit garam
  • 1 1/2 cawan kelapa parut putih nya aje
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • sedikit minyak
Caranya :-
  1. Lenyek pisang bersama gula dan sedikit garam. Masukan kelapa parut dan gaul sebati.
  2. Masukan tepung sedikit demi sedikit dan tambahkan air, gaul sebati.
  3. Panaskan kuali (saya guna magic pan), sapukan sedikit minyak di permukaan kuali.
  4. Masukkan 3 sudu besar adunan lempeng dan ratakan
  5. Biarkan sedikit pucat dan bila kelihatan garing di sekelilingnya.. boleh lah di terbalikan lempeng tadi.
  6. Bila dah garing dan masak, bolehlah angkat dan dihidangkan.


Rabu, 4 Mac 2015

RESEPI AYAM GORENG HALIA .... emmmm dapnya ^__^

Assalamualaikum kekawan...

Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberi kesihatan yg baik.. serta ceria selalu :)


Sedap rupanya ayam goreng halia ni kekawan... satu keluarga saya suka kan.. lepas tu nak masak punya lah senang dan mudah pulak tu.. saya buat pun atas permintaan Nabil yg suka sangat ayam .. asyik masak resepi yg sama pun boring jugakkan kekawan.. bila tukar selera yg macam ni bertambah-tambah pulak makannya kami sekeluarga pulak.. sampai en suami tanya "masak nasi berapa pot?" hahaha jadi saya lah yg tak bertambah makan nasi  :)



Kalau ikut resepi asal daging goreng halia, saya tukar kepada ayam ehe :) 
Sebabnya saya ikut apa bahan ada dalam petiais saya lah kan kekawan.. 
Jom intai resepi yg mudah ini yg saya ambil dari buku resepi masakan china ni.. banyak lagi resepi dari buku ni yg belum saya cuba lagi ni.. :)

RESEPI AYAM GORENG HALIA

Bahannya:-
  • 300 gram isi ayam
  • 2 1/2inci halia dipotong nipis
  • 5 ulas bawang putih dihiris nipis
  • 10 tangkai daun bawang dipotong seinci seinci
  • 1/2 biji lada banggala hijau
  • 1/2 biji lada banggala merah dihiris memanjang
  • sedikit daun ketumbar
  • 2 sudu makan sos tiram
  • sedikit serbuk lada hitam (saya tambah)
  • 1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
  • garam dan minyak utk menumis.
Caranya :-
  1. Tumiskan halia dan bawang putih hingga naik bau wangi.
  2. Masukan ayam , goreng hingga separuh masuk
  3. Masuk kan sos tiram dan sedikit serbuk lada hitam, gaul sebati.
  4. Masukan bancuhan tepung jagung  kacau sebati
  5. Kemudian masukan lada banggala, daun ketumbar, daun bawang gaul sebati. Serta masukan garam secukup rasa.
  6. Siap utk dihidang.