JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 3 Mei 2016

Cuti TIGA HARI Pergi Mana ^__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Kami cuti tiga hari ni balik kampung en.suami ;)
Oleh kerana nak mengelakan jem pada hari sabtu tu.. seawal pagi pukul  7.30am dah keluar rumah.. ambil adik ipar di seksyen 24.. masuk jer highway.. waze lah.. tengok dah jem kat Senawang weyyy.. terus en.suami tukar haluan ikut jalan kampung.. masa keluar tu tak sarapan apa pun.. memang rancang nak sarapan diluar.. suruh en.suami cari tempat sarapan di sekitar jalan kampung tu.. last2 berhenti kat tempat makan di Kendong .. walaupun baru pukul 10.00am .. kedai tu dah siap masak utk tengahari.. apa lagi budak2 ni.. nampak siput sedut, masak lemak cili padi burung puyuh salai, asam pedas ikan pari, keli salai masak lemak cili api dan ayam goreng serai kegemaran nabil.. jadi kami  makan tengahari terus.. perut dah keroncong.. sekali hadap jer semua tu hahaha..
Lepas tu jalan2 pulak kat sukabumi tu.. saja tengok air sungai dan resort kat situ.. nyaman jer berada kat situ..
Sampai rumah FIL dah pukul 12.00tghri.. perut kenyang tak payah mkn tengahari..
Petang nabilah pergi kebun dgn abahnya.. tengok ada pokok kelapa dah condong ke bumi.. sebab hujan mlm tu berangin kuat kata FIL.. so senanglah nak minum air kelapa muda.. petik jer kan.. petang tu keluar juga balik kampung chohong.. jumpa pak uda ajer.. sebab yg lain gi kenduri kahwin.. singgah bandar Jasin sekejap beli barang dan terus balik Jalor semula.. tu lah dihari pertama aktiviti kami ;)

Balik kampung ni pun sebenarnya utk memenuhi kenduri kahwin anak sepupu en.suami, iaitu cucu anak mak andah Esah.. adik FIL saya.. di Semabuk Melaka.. kenduri diadakan pada pukul 6.00pm- 11.00pm pada hari ahad tu.. kami sampai disitu pukul 5.15pm.. sengaja pergi awal sebab tak tahu tempatnya.. kalau pergi siang ni senang nak cari jalan.. takut sesat barat tu pun guna waze hehehe.. 
Bila dah dtg awal ni .. bersembang lah en.suami dgn sepupu sepapatnya.. yg anak2 sibuklah berselfie disana sini.. pengantin bersanding pukul 9.30pm.. kami tak tunggu pun pengantin.. FIL pun dah penat katanya.. jadi tak ada lah gambar pengantinnya ye .. budak2 tu lah yg bergaya diatas pelamin tu.. Nabil cukup teruja dengan bunga telur yg banyak dicacak kat batang pisang ditepi tiang tu.. 
Balik dari situ pun dah jem juga.. sampai Jalor pun dah dekat pukul 11.00pm.. tambahan hari hujan jer sepanjang jalan.. ini aktiviti hari kedua ;)

Hari isnin tu pun en.suami nak balik awal.. malas nak layan jem.. lagi pun ptg nak hantar balik madrasah.. habis sarapan .. pukul 8.00am terus gerak balik.. tu pun dihighway kereta dah banyak.. hujan juga renyai2 pagi tu.. smpi di shah alam dah pukul 10.30am.. singgah Az  Zain beli barang .. terus balik rumah.. smpi rumah kak nabilah nak simpan barang dlm peti ais.. sekali tu peti ais rosak.. habis rosak sayur yg ada dlm peti tu.. Alhamdulillah kat tmpt frozeen tu tak rosak.. kalau tidak lagi busuk peti ais tu.. sudahnya membersihkan peti ais tu.. nasib ada kat Nabilah .. jadi dia masak tengahari tu.. buat spaggheti jer.. saya pulak mendobi baju.. dah hari hujan.. pergi lah dobi utk dryer..
Saya ada bawa balik pokok pandan dari kg sebab pokok pandan saya dah mati masa musim panas tu hari.. jadi menanamlah dulu pokok pandan tu.. petang balik madrasah tu nabilah bawa spagheti juga.. mlm utk dinner saya goreng sambal udang dgn kentang dan sup telur.. sayur tak ada sebab dah busuk.. huhuhu.. en.suami kata hari ini baru nak hantar repair.. tak tahulah bila nak elok tu.. patut pun rosak.. dah 10 tahun berkhidmat.. itu lah cuti hari ketiga saya.. penat weyyy..

Kekawan cuti pergi mana ? ;)

P/s saya taip entry ni di Crystal Crown Hotel.. ada kursus 2 hari.. dah lah kena menginap.. macam mana budak2 tu dirumah dgn en.suami ;)

Ahad, 1 Mei 2016

BINGKA KEMBOJA

Assalamualaikum kekawan..
Selamat bercuti dihujung minggu..
Tadi sekodeng FB.. melintas pulak kat wall tu kuih kemboja ni.. tengok mudah pulak, guna sukatan cawan lagi saya suka.. apalagi kita save dulu disini, bila rajin kita buat ye :)





Bingka Kemboja .....

1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air pandan( 2 helai daun pandan)
1 cawan santan
1 cawan susu cair (sejat)
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau
Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka

Cara-cara membuatnya
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan
2. Blender hingga sebati
3. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.
4. Taburkan bijan (jika suka)
5. Bakar 40 minit pada suhu 180c/ hingga masak. Untuk dapat kan permukaan yg berkerak/garing bolehlah tambah masa membakar.