JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 13 Oktober 2016

Amboiiii Korangggg.... Sakan MELENJAN Yeeee ..😆😉😀 ~___^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..

Pada 1 okt & 2 okt 2016, kami group ladies sekolah melenjan 2H 1M di Kuala Selangor hahha :D
Jadi berkumpulah kami di Tol Ijok LATAR tu.. saya punya sampai dulu, Wahidah dan Shidah.. semangat weyyy.. pukul 8.45am kami dah terpacak kat situ.. janji pukul 9.00am.. Nak jadi cerita ada juga yang sesat barat mencari tempat ni.. Berkumpul semuanya dalam pukul 9.30am.. Seramai 9 orang ladies yang dapat pergi.. ada jua yg last minute ada hal.. tapi diteruskan juga untuk melenjan hahaha :D

Sampai Kuala Selangor terus cari tempat sarapan.. memang dah ada dalam aturcara program tu.. Soto dan Pecal dia memang sedap kekawan weyy.. sampai sekarang teringat kesedapannya.. macam nak pergi mengulang lagi.. Restoran kawan kampung Ruzita Atan ni.. Ketua Rombongan ni .. Terbaikkkk punya ..

Selepas sarapan terus naik Bukit Melawati ni.. kami tak turun pun dari tram ni .. panas menyengat kekawan.. tak tahan weyyy.. jadi pusing jer atas bukit tu..

Selepas tu tram bawa pulak taman alam ni.. kat sini kena turun lah nak menengok burung, ikan dan juga monyet hahha..
Kat sini memori utk Ana kerana baru nak buka kacang udah dilarikan oleh si Monyet tu.. takut juga sebab monyet elok jer terjun dari pokok tu.. Ana terus campak jer bungkusan itu..
Selepas tu terus makan tengahari.. gambar tak ambil pulak .. 

Lepas makan tengahari , terus chek in di hotel bajet Sea Lion tu.. masuk dalam bilik tu.. besar juga .. ada 1 single bed dan 1 queen bed. Si kak nabilah ni suka godek2 dalam bilik tu.. sekali tu dia tutup semua lampu.. sekali tu disyiling nya ada lampu kelip2 yg bertukar warna.. suka kemain dorang.. nanti serangga kelip-kelip tu macam ni ke mama.. hahha.. tengok sendiri lah..

kat hotel tu ada pulak kolam renang, jadi anak2 bila nampak kolam sure nak terjun juga kan.. jadi layan lah dorang sampai pukul 3.30pm disitu..
 sebab selepas solat asar kami akan pergi melihat helang makan (Eadle Feeding)katannya.

Kami sampai disitu pukul 5.00pm, berposing sebahagian mak2 budak ni dan anak2nya hahha.. Kak Nabilah dah dapat baru, namanya Amelia, anak Adlin kawan Mashitah.. sudah melekat jer kemana pergi..

Tak sabar memasing nak melihat helang tu.. kata taukeh tu kalau nasib baik nanti ada juga dolphin..

Muka berani jer memasing.. pada hal cuak juga bila bot tu goyang-goyang hahaha..

Oleh kerana guna kamera handphone jer.. tak dapat lah tepat ambil gambar helang tu menyambar ikan.. masa tu depan mata kak Nabilah helang tu menyambar ikan.. bersorak kegembiraan mereka.. Nabil lah yang teruja sangat.. ada juga camar laut yg dah mula berhijrah.. tapi kami tak dapat melihat dolphin seperti trip yg pukul 3pm tu.. tak apa lah tiada rezeki..

Selepas tu pergi dinner di Coral Restoran tu.. memang murah makan kat situ.. dah ikan dan seafood fresh berlaka .. sedap lah kami makan kat situ.. solat maghrib kat situ.. tempat dan surau nya memang bersih.. selesa lah..

Part ni lah yang ditunggu anak2 dan mak2 budak ni juga hahaha..
Melihat kelip-kelip.. ada juga sahabat saya seumur hidup tak pernah melihat kelip-kelip.. anak2 saya apa tah lagi.. dulu masa saya kecik2 ada juga kelip-kelip ni sesat dirumah..
Nabil punya lah teruja.. tambahan dapat pula ditangkap oleh pemandu bot tu 4 ekor.. siap masuk dalam botol yang dilubangkan.. konon nak bawa balik bagi abah tengok hahha..
Gambar kelip-kelip tu hasil google tu... 

Selepas balik menengok kelip-kelip tu.. sempat lagi mengeteh dan makan lempeng di Kedai Lempeng Sayang.. dekat jer dengan hotel bajet kami tu.. sedap kemain lempengnya, saya ambil lempeng pisang, anak2 lempeng milo.. yang lain ada juga mencuba lempeng kelapa.. sebenar berbagai jenis lempeng di sediakan..

Sampai kat hotel dah pukul 10pm.. solat isyak terus memasing tidur kepenatan..

Pagi selepas sarapan pagi kami terus check out sebab ada juga kekawan yang kena balik pagi tu.. tambahan Normilah tu untuk menghantar anak nya yang khawin minggu lepas ke rumah pengantin lelaki.. sporting sungguh Milah ni dan terima kasih banyak juga kerana menjadi sponser sebahagian trip ini..

Lepas tu kami berenam yang tinggal pergi ke Pantai Remis, konon nak mencari ikan baru naik tapi ikan tak sampai lagi.. katanya pukul 3.00pm baru naik.. jadi saya hanya membeli kerang ajer dan siput sedut.. saya dan wahidah terus balik lepas tu sebab saya nak balik shah alam pula.. sempat lah anak2 bermain buih sabun dan menengok orang bermain lelayang..

Itu lah kisah group ladies ni pergi melenjan.. bila post kat group whatsApp.. semua dok komen.. buat lagi lah tapi trip yg balik hari..
InsyaAllah ..

29 ulasan:

  1. wahhh seronok nya kak together2 dengan kawan sekolah...bila lama tak bertemu pasti banyak kenangan tercipta... teringinya nak ke tempat Kelip-Kelip tu..ntah bila lah nak smpai...huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye atie..
      Kenangan tercipta..
      Sungguh indah..
      Nak buat photobook ni..

      Padam
  2. singgah pagi...
    wah!seronoknya jalan beramai²...

    BalasPadam
  3. Wah, bestnya CH dapat melenjan dengan kawan-kawan! Yang membaca itinerary dalam entri ni pun terliur alahai! Saya dah lama tak jejak Kuala Selangor ni. Last jejak kaki masa buat field trip di universiti. Maklumlah saya nikan student environtment biology gitu ^_^ Sebab itu ajelah dapat tengok kelip-kelip di sini...

    Bestlah, macam banyak aje aktiviti kat sini walaupun Kuala Selangor tu macam takda apa-apa aje nak cari. Rasa macam nak pergi lagi Bukit Melawati tu. Nak juga pergi Pantai Remis.

    Hotel budget CH gojeslah, siap ada kolam renang! Ni semua dapat tidur atas katilkan, kan, kan ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best weyyyy MD..
      Sakan CH melenjan masa tu..
      Hahaha..

      CH tido katil single tu..
      Anak 3 org tu tido katil queen tu..
      Tak ada tido kat lantai hahaha..
      Memang gojes MD..
      Ada kolam renang..
      Sampai kak lang CH pun suruh booking hotel tu nanti..😆😊

      Padam
  4. wahhh..seronoknya! bercuti dgn kawan2 sekolah. Mcm2 program pulak tu. Memang kenangan yang susah dapat gak ni kak.

    BalasPadam
  5. Bila jumpa kawan sekolah mesti rasa macam remaja balik ye Yati. Imbauan kisah lama tak boleh lari punyalah. Cuma bezanya memasing dan ada anak:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye kakzakie..
      Handbag tu kena bawa..
      Terasa juga kembali remaja hihi

      Padam
  6. Bila melenjan ada anak2 bersama bertambah seronok lah ya yatie...
    Akak tertarik pulak yatie makan kat kedai lempeng tu...mesti macam2 lempeng ada kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye kak Saniah..
      Bermacam jenis lempeng..
      Lepas tu lembut dan gebu..😆

      Padam
  7. Bila melenjan ada anak2 bersama bertambah seronok lah ya yatie...
    Akak tertarik pulak yatie makan kat kedai lempeng tu...mesti macam2 lempeng ada kan.

    BalasPadam
  8. seronoknya bercuti di kualla selangor dpt menjamu selera dgn makanan laut yg fresh.

    BalasPadam
  9. Best nya ramai ramai gi tempat mcm ni..
    Perkataan baru yg SB pelajari -- melenjan --

    BalasPadam
  10. Dulu2 masa zaman kanak2, selalu dengar perkataan 'melenjan' ni.
    Kalau berjalan2 atau bermain sampai maghrib Xingat nak balik,
    mak selalu membebel "Asyik melenjan aje".

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha..
      Betul tu WP..
      Mak CH pun suka membebel mcm..
      Bila melenjan tak ingat balik 😀😆

      Padam
  11. seronoknya...mcm one big family buat family trip or family day...tererat ukhwah mak2 dan anak2...

    BalasPadam
  12. wah3 dia... bestnya..... sgt santai

    BalasPadam
  13. Kuala sel ye yati....tgok kunang2 tak..
    Sesekali jln2 tanpa org laki2..mcmlah boraknya kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kelip-kelip tu kunang2 lah KM..
      Kemain suka anak2 Saya tengok..
      Teruja sbb pertama kali tengok..

      Padam
  14. Owh bestnya bergedering ngan kengkawan sekolah. Apa kata lepas ni melenjan pulak ngan kengkawan blog Yatie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus juga cadangan Sweetie..
      Apa Sweetie nak sama ikut bergedering dgn rakan blog :)

      Padam
    2. Boleh kalau kena dengan masanya.

      Padam
  15. Memang sakan sungguhlah ye ko Tie dapat jumpa kengkawan lama.... Bawak beg pun dah mcm mak datin tau.... pergh! hihi...

    Apa nama tempat ni Tie?

    Laki memasing tinggal rumah ek Tie? Ni kira ladies ngan anak anak ajelah ek. Sempat ke nak bersembang tu kalau dah penuh aktiviti?

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)