JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 28 Ogos 2020

Jom Mengaji Al Quran PKPP

 Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kembali kelas mengaji Al Quran setelah 5 bulan #kitajagakita.  ๐Ÿคฒ๐Ÿป❤️

Geng mengaji Al Quran ni pun tak ramai Dalam 10 orang aje. Masih lagi dibawah 20 orang mengikut SOP KKM. 

Selalu Puan rumah mengaji adalah Hajjah Masni Azhari. Baik kak masni ni๐Ÿ˜ sewaktu saya dah bersara, akak ni wasap saya jom yati join mengaji rumah akak. Memang suka sangatlah Kan ๐Ÿ˜๐Ÿคฉ itulah hasrat pertama pun nak baiki bacaan Al Quran saya. 


Kekadang bila kak masni ada hal, puan rumah pada Hajjah Rose Kakrose. Rupanya geng blog Pangkin Nenek, bila Nom Hary menyapa dgn panggilan Kak Yon.๐Ÿ˜˜ Macam pernah kudengar panggilan ini ๐Ÿ˜๐Ÿคญ.

Ustazah Kami kawan baik kak masni, mula2 saya nak baca Dari Qiaraati 1 tapi kak Idah (tak bagi panggil ustazah ๐Ÿคญ) kata baca dari Qiaraati 2 yati , Kan dah kenal huruf ๐Ÿ˜ , betulkan bacaan tajwid Dan makhraj huruf Tu je.



Alhamdulillah syukur dah naik Al Quran sekarang ni. Satu kata2 Kak Idah ni yg terpasak dalam hati saya, " Yang bagi pandai Allah SWT, kak Idah hanya mengajar sahaja"

Ye doa pada Allah SWT beri kefahaman Dan belajar sungguh2 serta sabar dalam menuntut ilmu ini.

Ya Allah kurniakanlah kepada aku memahami kalamMu ini letaklah ianya sentiasa dihatiku. Aamiin ๐Ÿคฒ๐Ÿป❤️


Bila dah usai mengaji tu, adalah minum petang, memasing bawa sedikit juadah utk dinikmati bersama. ๐Ÿœ๐Ÿฅช๐Ÿต☕

Isnin, 17 Ogos 2020

Sebelum Habis Zulhijjah ๐Ÿคญ๐Ÿ˜ Hari Raya Aidiladha PKPP pula ๐Ÿ˜๐Ÿ•‹


Assallamualaikum kekawan semua ๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜

Sebelum habis Zulhijjah katanya ๐Ÿคญ



Alhamdulillah syukur, dapat juga meraikan Hari Raya Aidiladha di kampung bersama-sama Abah (FIL) dan adik beradik ipar duai dikampung. Baru terasa Hari Raya ๐Ÿ˜๐Ÿคฉ๐Ÿ˜

Solat sunat Aidiladha dirumah di imamkan oleh en suami sebagai abang yg sulong. Di masjid hanya boleh dua orang wakil satu rumah. Jadi ipar lelaki yg ambil gambar ni yg solat sunat Aidiladha di masjid. Dia dah balik kami baru solat dirumah๐Ÿคญ๐Ÿ˜

Bacaan khutubah raya oleh biras saya , ambil teks dari JAKIM. PENGORBANAN KITA. Kemain tekun jemaah muslimat mendengarnya ๐Ÿ˜Š sebab Tu nak kena abadikan dlm blog ni. Raya Haji PKPP ๐Ÿค—๐Ÿ˜



Gambar berdua kena adalah.. baru berseri blog ni ๐Ÿ˜‚posing berdiri je gambar raya.. kelainan sungguh Kan .. Normal baru ๐Ÿคญ


Kami balik kampung Chohong sebelum jumaat sebab En suami nak solat jumaat Di masjid . Kat kampung siapa dulu dia dpt jemaah solat jumaat. Jika cukup ruang, ajk masjid tutup pagar. Aduhai dah susah nak bersolat kan. Ada Hikmah nya yg Kita tidak tahu. Allah SWT tengah mendidik Kita dgn kasih sayang Nya. ❤️

Bergambar diluar rumah kerana Ada langit yg sungguh cantik. Subahanallah ๐Ÿ˜



Kita pandang belakang balik kg hihihi.. Kami balik pagi khamis selepas subuh. Smpi kg pukul 8.30am. sebelum Tu singgah beli sayur maman , nak buat rendang ayam kampung dgn maman ๐Ÿ˜‹ yg tidak dpt mkn masa Raya Aidilfitri ๐Ÿคญ beli smpi 3kilo maman, ayam kampung 5 ekor. Betul2 balas dendam en suami ๐Ÿ˜ 

Sampai kampung abah dah rebus ketupat. Pukul 6pagi abah dah rebus, katanya.. sungguh ceria bila tengok Kami sampai. Kami anak beranak tukar uniform utk memasak ๐Ÿ˜. Kan dah janji dgn abah nak masak ramai2 bila Raya Haji. Sakan menyiang maman Dan membersihkan ayam. 

Minta maaflah gambar juadah Raya tak sempat ambil .. dahh semua tekun makan. Tahun ni tak buat lemang. Beli aje tiga batang. 

Hari sabtu sebelum zohor dah bergerak balik ke Shah Alam, sebab Hari Ahad nak hantar kakak Nabilah Dan Nabil ke asrama Tahfiz semula. Ini lah kisah Raya Haji Kami.  ๐Ÿ•‹

Aduhai semakin lemau saya nak menulis blog .. bila lah nak rajin ๐Ÿคญ๐Ÿ˜ 

Tambahan susah pulak dgn format baru ni.. dulu senang aje. 

Maaf ye lama tak bertandang ke blog kekawan. Nanti tunggu rajin juga ni ๐Ÿคญ



Jumaat, 10 Julai 2020

RAIKAN CINTA: FARAH ๐Ÿ’ž JAMAL~ 04-07-2020๐Ÿ˜๐ŸŒน๐Ÿ’ ~ Kenangan Perkahwinan PKPP๐Ÿค—๐Ÿ˜

Assallamualaikum kekawan semua ๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜

Semoga Kita semua berada dlm rahmat Allah SWT jua hendaknya ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜

Pada hari Sabtu 04.07.2020 saya meraikan perkahwinan anak buah saya , anak kak Ateh saya di Rawang, Selangor. Walaupun mengikut SOP KKM dan MKN, Majlis tetap berjalan dengan meriah ๐Ÿคฉ๐Ÿ˜๐Ÿ’ž

Pengantin bersama kedua ibubapa, yg gambar atas tu kakak ateh saya Dan dibawah tu ibubapa pengantin lelaki..๐Ÿ˜❤️

Majlis pernikahan di Masjid , seramai 20 orang je, jadi keluarga pengantin Perempuan dan lelaki je yg boleh hadir. Kami pun tak dapat utk meraikan majlis pernikahan tersebut, tapi anak kak Ateh Ada buat video jadi dapat lah tengok video yg dikongsikan dalam group keluarga. Sepatutnya Majlis perkahwinan ini bulan Jun tempoh hari.. selepas raya tapi masa tu masih dlm PKPB. Jadi kenalah ikut prosedur.

Alhamdulillah, dapat juga bergambar dgn pengantin. Kakak Nabilah saja yg tiada sebab dah balik asrama bagi pelajar SPM..

Sebahagian adik beradik yg sempat bergambar dgn pengantin ๐Ÿ˜๐Ÿ’ž


Ini lah kak Ateh saya, Tema pakaian warna hitam dan mustard, mujur ada jubah masa kerja itu hari, gi dinner ๐Ÿคญ boleh Kita meraikan Tema ni๐Ÿ˜


Kena ikut prosedur SOP KKM dan MKN yg dipantau oleh RELA, pihak keluarga pengantin kena mohon utk mengadakan Majlis kenduri kahwin ini balai polis,  jadi Surat kelulusan, notis banner prosedur kena. RELA yg Akan cek suhu, pantau kedatangan yg tidak boleh lebih 250 orang dan dalam khemah tu dibenarkan 40 orang, jika dah cukup kena tunggu orang keluar baru boleh masuk .

Kak Ateh saya buat jemputan 3 sesi Waktu.. pukul 1-2pm, 2-3pm dan 3-4pm. Jemputan pun dibuat melalui online, kena daftar disitu, saya pilih 1-2pm sebab lepas tu nak pergi hantar barang nabilah diasrama. 

Selepas daftar nama dan cek suhu, baru masuk kelaluan yg disediakan.. pastu petugas yg senduk nasi Dan lauk pauk.. masa saya sampai tu org tak ramai lagi.. senanglah nak dapat tempat. Habis makan kena ikut laluan keluar menuju ke khemah pelamin pengantin utk bergambar. 

Inilah kenangan perkahwinan PKPP. ikut prosedur tapi meriah ๐Ÿคฉ๐Ÿ˜.. 


ุจَุงุฑَูƒَ ุงู„ู„ู‡ُ ู„َูƒَ ูˆَุจَุงุฑَูƒَ ุนَู„َูŠْูƒَ ูˆَุฌَู…َุนَ ุจَูŠْู†َูƒُู…َุง ูِู‰ ุฎَูŠْุฑٍ

Barakallahu laka wa baraka ‘alaika wa jama’a bainakuma fiil Khairin

 ”Mudah-mudahan Allah memberkahi engkau dalam segala hal (yang baik) dan mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan"๐Ÿ’ž❤️

Selamat pengantin baru buat anakanda Farah NorAdira Isa Dan Jamaludin, semoga ikatan perkahwinan berkekalan hingga ke syurga. ๐Ÿ’ž❤️๐Ÿ˜

Terima kasih kekandaku Norzaini Dan  Md Isa Matt atas jemputan. Semoga Majlis perkahwinan anakanda diberkati Allah SWT. Aamiin ๐Ÿคฒ๐Ÿป❤️

#kahwinpkpp
#kitajagakita
#dirahmatiAllahsemuanya