JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 9 Ogos 2012

MOOD KUIH RAYA ^__^

Ramai blog dah tayang kuih raya.. saya jer yang masih mencari mood nak buat :)).. kuih tunjuk dah ada tiga jenis ehe... tinggal nak tambah 3 jenis lagi, anak-anak dah ada permintaan sendiri, yang nabil nak biskut macam upin ipin kuih dahlia.. kak nabila pula nak kuih tart nenas dan kak jeeha pula nak kuih choklat chip... semua resipi ada dalam majalah wanita yang saya beli tempoh hari.

Esok jumaat rehat lama sikit jadi boleh lah pergi beli bahan dan hari sabtu dan minggu boleh mula projek bikin kuih raya ni...

Saya nak cuba buat tart kelopak nilah... cantikan...




Kawan-kawan tentu dah banyak buat kuih raya kan...

Rabu, 8 Ogos 2012

WW: KASUT RAYA KAMI ^__^

KASUT RAYA KAMI ^__^
Kak Jeeha

Kak Nabilah

Nabil

Mama :))

Seronok dapat kasut raya

I like :))

Selasa, 7 Ogos 2012

IFTAR DI RUMAH MAK ANDAK

Hari sabtu balik kampung en suami di Felda Bukit Jalor Gamenceh selama tiga hari sempena cuti Nuzul Quran Isnin tu. En suami telefon adiknya yang berada di kampung, adik ipar saya kata terus pergi rumah mak andak sebab semua orang berbuka di sana, kami sampai sana lebih kurang pukul 6.30 petang sebab bergerak dari rumah lepas solat zohor. Sebelum tu sempat juga singgah Mydin Air Keroh Melaka. Rumah mak andak di Kg Chohong Jasin Melaka.

Banyak betul lauk pauk, kuih muih yang disediakan dan ada juga yang bawa dari rumah masing-masing, saya cuma bawa air cincau ajer... itu pun beli di Mydin :))

Gambar ini pun diambil oleh kak Nabilah, kredit kak Nabilah....



Sebahagian dari lauk pauk, pecal, ayam masak kicap,
gulai siput sedut, sup tulang ... fuhh penuh perut :))
 

Adik ipar saya


Mak Teh dan Pak Teh


Kaki ayam yang sedap ... yahoo

Tekun betul en suami saya makan...
 Saya tiada didalam gambar kerana sibuk melayan Nabil yang nak main bunga api jer... Mama nak makan pun tak senang..