JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 28 April 2018

RAIKAN CINTA :: ATIQAHπŸ’–FAIZ - 15 APRIL 2018πŸ’πŸ’•

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya.

Ingin juga mencoret moment indah adik ipar yakni adik en suami yg melangsungkan perkahwinan pada 15 April 2018 yg lalu. Majlis tak buat dikampung. Sekarang ni jenis gabung dgn belah lelaki sekali. Senang macam tu kan. Buat di Serdang.. lupa lak nama tempat tu πŸ˜‰

Lepas nikah tu sempatlah bergambar dgn pengantin. Adalah gambar berlima tu..😍

Boleh anak dara saya ni jadi flower girl hihihi.. sudah malu tersipu-sipu keduanya.πŸ˜€

Suka tengok gambar ni.. en suami satu keluarga.. cuma seorang je tak ada.. Alin, yg mengikut suaminya sambung belajar di Leeds.

Selepas menepung tawar pengantin.. hanya gambar berdua jer.. anak2 semua dah entah kemana.. hendaknya nabil.. sepuloh kali rasanya menghadap aiskrim tuπŸ˜‚

Akhir sekali reramai bersama saudara mara yg datang meraikan.

Ini masa sengang menunggu majlis habis pukul 3.00pm. Jadi bergambarlah dgn atuknya.. sebab lepas tu nak hantar balik asrama semula..

Semoga ikatan perkahwinan berkekalan hingga ke syurga buat mereka berdua.

Ahad, 22 April 2018

IKAN TALAPIA BAKAR

Assalamualaikum kekawan..
Selamat bercuti dihujung minggu..
Elok pulak melintaskan wall FB.. so kita simpan sini dulu.. nanti kita buat ye.. terima kasih yg berkongsi resepi 😊

IKAN TALAPIA BAKAR

BAHAN-BAHAN

1 ikan talapia – cuci bersih
3-4 sb cili giling
1sk bawang putih
1 sk gula perang
garam secukup rasa
2 sb kicap manis
jus limau dari 1/2 limau


CARA-CARA

campur semua bahan dalam mangkuk, gaul sebati
sapukan kepada ikan
balut ikan dengan aluminium foil atau daun pisang atau daun kunyit
Bakar sehingga masak.
Bila dah masak hidangkan dengan sambal kicap.

SELAMAT MENCUBA

Sabtu, 31 Mac 2018

Brownies Kukus Pandan Keju🍰

Assalamualaikum kekawan..
Selamat bercuti dihari sabtu..
Macam teringin pulak nak makan kek pandan ni.. lalu pulak kat wall FB.. save dulu sini.. nanti kita buat ye πŸ˜†πŸ˜‰


Brownies Kukus Pandan Keju
Sumber resepi : Mr Cokolat Home Made

Bahan A:
6 buji telur
200 gram gula pasir
1 sdt emulsifier-ovellate
1/2 sdt garam

B:
150 gram all purpose flour
20 gram susu tepung
20 gram tepung jagung
1 sdt baking powder
1 sdt vanila

Bahan C:
100 gram minyak masak
100 gr white cooking chocolate , cincang kasar
50 ml santan kotak+ 2 sd besar air daun pandan + 1 sdt pandan pes/perasa pandan

Cara membuat :
Siapkan loyang ( 1 loyang ukuran 18x18x7 cm atau 2 loyang ukuran 18x18x4 cm), sapu mentega dan alas kertas miyak

Siapkan bahan C, panaskan santan matikan api Masukan white cooking chocolate,kacau sampai coklat cair Masukkan minyak masak. Sisihkan.

pukul bahan A sampai mengembang, dengan mixer pada kelajuan tinggi. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit sambil diayak dengan kelajuan paling rendah. Tuang bahan C, kaup balik dengan spatula hingga rata dan sebati

Tuang dalam loyang dan kukus hingga masak. Jika menggunakan 1 loyang dgn tinggi 7 cm, masukkan 1/2 adunan kukus 10 minit, tuang lagi adunan dan kukus lagi selama 30 minit. Jika menggunakan 2 loyang dengan tinggi 4 cm, kukus masing2 20-30 minit.

Setelah masak, segera keluarkan dari kukusan. Keluarkan dari loyang. Biarkan sejuk dengan masih ada kertas minyak. Setelah sejuk baru kelupas kertas minyak.

taburkan Keju diatas