JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 12 Mac 2012

Mama... Telinga ni uzur kan ??? Ha!!! ;)


"Mama, tengok jeeha ni ambil wuduk sekejap aje", adu kakak kepada saya.

"Mengapa najeeha ambil wuduk sekejap aje", soal saya.

" Mama, telinga ni uzur aje kan?" tanya najeeha .

Saya dan kakak ketawa mendengar pertanyaan najeeha itu.

"Bukan uzur, sunat", jawab saya.

" Ha'ah, ye ye sunat" membetulkan semula jawapannya.

"Apa maksud sunat", saya bertanya membuat provokasi..

"Sunat maksudnya jika dilakukan dapat pahala,jika tinggal tidak mengapa", jawap kakak pantas.

" Ye bila dilakukan dapat pahala tapi rugi jika ditinggalkan", balas saya.

"Mengapa pula rugi mama?" soal jeeha.

"Ye la rugi sebab tak dapat pahala", sampuk kakak pula.

"Sebab apa mama kata rugi, katakan lah kita laku kan perkara yang sunat seperti mencuci tangan, berkumur-kumur, membasuh hidung dan telinga. Setiap satu perkara sunat yang dilakukan dapat 20 pahala, kalau 5 perkara sunat?" soal saya dan berdiam diri sambil menanti respon anak-anak.

"Kalau dapat 20 pahala darab dengan 5 perkara sunat, kita dapat 100 pahala mama", balas kakak dengan terujanya.

"Ye la macam tu lah contohnya... cuba gantikan dengan duit, andaikata RM20 darab dengan 5, kita dapat RM100. Banyak tak tabung pahala kita?" soal saya.

"Wah! banyaknya mama", jawap mereka serentak..

Dengan tersenyum-senyum jeeha bersuara.

"Boleh tak jeeha ambil wuduk semula?" tanya jeeha pada saya..

"Boleh, sayang, pergi cepat nanti lewat solat kita". jawab saya sambil membetulkan telekung.

Pendidikan untuk anak-anak sepanjang masa, mereka sekarang tengah belajar mengenali kehidupan yang sebenar.




Najeeha... Mama telinga ni uzur kan :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)