Bertungkus-lumus kami sekeluarga menyediakan makanan utk malam itu, hilang penat bila semua makanan habis dan mencukupi untuk semua undangan. Gambar-gambar ini diambil oleh kak nabilah.. saya sibuk tolong menghidang dan melihat makanan yang dah hampir habis untuk ditambah...
Selepas solat maghrib berjemaah .. majlis dimulai dengan bacaan yasin dan doa selamat yang di ketuai oleh adik saya Ustaz Azharudin :D... beriya nabil dengan kopiahnya tu... :))
Inilah sebahagian menu yang dihidangkan pada malam tu.. satay, nasi impit kuah kacang, rendang minang, mee hoon goreng, gulai nangka ikan masin, sayur campur dan bermacam-macam.. ada yang tak diambil oleh nabilah... tapi kek coklat yang saya buat... itu yang habis dulu :D
Sebahagian para tetamu yang hadir pada malam itu selain dari kaum keluarga...
Bermacam-macam gambar candid yang kakak Nabilah ambil.. puas lah dia klik sana sini sampai terlewat nak makan....
Selepas tu acara memotong kek pulak bagi mereka yang menyambut hari lahir.. oleh kerana lahir pada jun, julai dan ogos sikit saja.. maka mereka di rangkumkan dalam bulan ogos ni.. :D
Abang ipar saya siap baca nama atas kek tu... "Siapa yang tiada nama atas kek ni, sila ketepi ye" hahaha
Selepas tu saya ada bagi hadiah harijadi.. tak besar mana pun cuma mug hari jadi jer buat besday boy and girl :D.
Danial adalah besday boy yg paling kecil... iaitu cucu sulung kakak saya a.k.a cucu pertama buat kami mak cik-mak ciknya.. dan cicit emak yang pertama juga...
Majlis malam itu di akhiri dengan sesi bergambar sekeluarga....
Anak-anak Emak n Abah :D |
Sebahagian daripada cucu-cucu .. cucu2 semua ada 31 orang :D |
wah meriahnya...slmt hari raya n merdeka yer kak...
BalasPadamsedap la pula tgk hidangan yg ade tu...
Alhamdulillah QH.. memang riuh lah malam tu :))
PadamSelamat hariraya dan merdeka utk QH juga... :D
Jemputlah datang rumah akak ahad ni..giliran akak pula open house selepas kakak2 akak tu :D
meriaahhhnya akak :-)
BalasPadamBila ramai adik beradik mmemang best. Masa kecik2 lain cerita, dah dewasa semua mcm ni lain pulak ceritanya. Yang penting biarlah hubungan akrab masa kecik dibawa hingga dewasa :-)
Memang bergembiralah sepanjang malam tu lah dgn adik beradik LL.. semoga hubungan kami adik beradik akakn sentiasa akrab selalu :D
PadamAssallamualaikum..
BalasPadamWah masih lagi dalam mood beraya yer.. Meriah kan bila berkumpul ramai2 cam ni.. Riuh rendah jadinya..
Ye Naz... seronok bila berkumpul ramai-ramai ni.. inilah masanya bila ada open house kan ^_^
Padam