JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 14 Mei 2013

Gulai Ikan Putih Air Tawar Dengan Pegaga ^__^

Saya masak gulai ikan putih masa cuti mengundi tempohari... baru nak tempek kat blog ni... Beli ikan ni di Pasar Tani Paya Jaras... cantik pulak saya tengok ikan putih ni tak tau apa nama yang sebenarnya. Ikan ni hidup lagi masa di siang oleh penjual tu, kak nabilah terkejut tengok, mejerit dia... "ikan itu hidup lagi lah' pak cik yg sedang menyiang ikan tu pun terperanjat sama.... hahhaha berderai gelak saya dan kakak andak saya bila Nabilah menjerit kuat...

Bila jalan depan lagi, jumpa pulak pucuk pegaga yang cantik menghijau, lepas tu pegaga kampung sungguh, apalagi terbit lah rasa nak masak gulai dengan pegaga... emmm harum jer bau gulai tu bila dimasukan daun pegaga tu... tak sangka semua orang suka ikan ni, Nabil sendiri boleh menambah 2 kali tapi pucuk pegaga tu dia tak makan lah, dia makan ikan jer dengan kuah gulai tu lepas tu letak kicap... perghhh tengok pintal tangan nabil mengambil nasi dengan ikan tu... berselera pulak saya tengok :D

Gulai Ikan Air Tawar Putih Dengan Pegaga
Inilah rupa ikan tu ... gambar ni pun saya minta tolong dari en google hehehe

Macam ni lah segarnya ikan yg saya beli tu :)
Jom kita tengok resepi gulai ikan putih pegaga ni... senang je nak masak kekawan...

RESEPI IKAN PUTIH AIR TAWAR DENGAN PEGAGA


Bahannya :-

  • 1 ekor ikan putih air tawar
  • 1 mangkuk santan cair dan 1 mangkuk santan pekat (diambil dari sebiji kelapa)
  • 1 ikat pucuk pegaga
  • 2 biji cili merah*
  • 10 biji cili api*
  • 3 ulas bawang merah kecil*
  • 1 inci kunyit hidup* (kisar semua bahan *)
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 batang serai
  • 1 keping asam keping
  • Garam secukup rasa
Caranya :-

  1. Masukan santan cair, bahan kisar dan ikan kedalam periuk, kacau perlahan-lahan sehingga mendidih.
  2. Selepas itu masukan daun kunyit, serai, asam keping dan garam, kacau perlahan lagi, rasa masin dan masamnya.
  3. Kemudian sekali baru masuk pucuk pegaga, kacau sekejap hingga mesra dengan kuah gulai dan tutup api, supaya pucuk pegaga tidak terlalu layu.
  4. Siap dihidangkan, makan bersama nasi putih panas-panas... emmm sedapnya :D


TIPS : Ada sesetengah tak makan ikan air tawar ni sebab bau hanyir... jadi untuk menghilangkan bau hanyir ikan tersebut, ambil dua biji limau nipis, potong-potong dan perahkan kedalam mangkuk ikan, gaul-gaulkan, rendam selama satu jam. Kemudian cuci bersih dan toskan. Insha Allah ikan tak berbau hanyir...

17 ulasan:

  1. famili Nur tak makan sangat ikan air tawar..
    tapi lepas Nur kahwin semua Nur makan no hal...
    sedapnya campur pegaga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama dgn akak Nur, family akak tak mkn, Bila akak kawin dgn en suami, baru belajar mkn ikan air tawar ni sbb family mrk mkn, hendaknya oak andak yg rajin pergi menjala ;-)

      Padam
  2. suka makan pegaga yang dijadikan sambal..makan dengan nasi,best..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebelum ni akak selalu buat Ulam aje, Bila buat masak gulai sedap pulak ;-)

      Padam
  3. Salam yatie,nampak sedap lak masak lemak pegaga ngan ikan ni.Biasa pegaga buat ulam jer...blh try ni :)

    BalasPadam
  4. nak try la nanti...special ni...

    BalasPadam
  5. Assallamualaikum kak yati..
    Kak, dah sihat betul ke ni kak?
    Sedapnya pegaga.. Mak Nadz selalu masak ulam pegaga ni masak lemak cili api dengan ikan bilis sket dan letak ubi keledek.. Memang sedap.. Syoknya kalau dapatttt...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Nadz,
      Alhamdulillah dah semakin sihat cuma badan masih terasa bisa-bisanya, doktor kata lebih sebulan baru boleh recover seperti biasa, terima kasih tolong Doakan akak sembuh Nadz.....
      Mcm cara mak Nadz tu share lah resepinya nanti ye ;-)

      Padam
  6. PM makan ikan tak banyak tulang jer antaranya ikan tenggiri dan ikan pari jer...hehe

    BalasPadam
  7. selalu tahu pegaga buat ulam aje. First time saya dengar pegaga versi masak :-)

    saya pun suka ikan sungai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila tahu macam mana nak hilangkan bau hanyir.... memang sedap ikan sungai ni LL :D

      Padam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)