JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 25 Mac 2014

TAKZIAH KEPADA KELUARGA DAN AL FATIHAH .... PESAWAT MH370 BERAKHIR DILAUTAN HINDI :(


Assalamualaikum kekawan semua...

Dah terungkai segala persoalan yg MH370 yg kita cari telah terhempas di Lautan Hindi... Allah Maha Besar dan berkuasa atas sesuatu... marilah kita mendoakan kesejahteraan roh mereka dan semoga ahli keluarga mereka semua tabah dengan ketentuan ini..






KUALA LUMPUR: Pendedahan bahawa pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia adalah berdasarkan analisis baru oleh penyiasat-penyiasat di United Kingdom dan firma satelit Britain, INMARSAT.

Menurut laporan BBC, INMARSAT mengemukakan data baru itu kepada bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) supaya ia boleh diperiksa sebelum disebarkan kepada orang awam.

INMARSAT berkata pengiraan terbarunya melibatkan sejumlah besar data analisis yang memberi tumpuan kepada beberapa faktor termasuk pergerakkan pesawat lain.

Firma itu menambah bahawa ini adalah teknik terbaru dan oleh kerana itu, analisis tersebut memakan masa.

Naib Presiden Kanan INMARSAT, Chris McLaughlin berkata firma itu mengkaji “ping” elektronik yang pesawat itu hantar kepada salah satu satelitnya.

"Kami telah berurusan dengan sesuatu yang baru. Kami telah cuba untuk membantu siasatan berdasarkan hanya satu isyarat yang diterima sekali setiap jam dari sebuah pesawat yang tidak ada sebarang data GPS, masa dan jarak maklumat.

"Mereka berjaya mencari jalan untuk mengatakan hanya satu “ping”  sahaja boleh digunakan untuk mengatakan pesawat itu membuat perjalanan. Kemudian, melalui proses penyingkiran dengan membandingkannya dengan pesawat-pesawat yang lain, diketahui ia terbang ke arah Selatan.

Sementara itu, dalam satu temubual di Sky News, MacLaughlin berkata pesawat yang terbang ke arah selatan itu kehabisan minyak.

Semalam, Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pesawat MH370 yang gagal dikesan sejak 8 Mac lalu,disahkan hilangdi kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.

Najib berkata, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit INMARSAT dan AAIB yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke koridor selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.

"Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah.

"Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.

Pesawat itu membawa 239 orang, termasuk 38 penumpang dan 12 anak kapal warga Malaysia.

Operasi mengesan pesawat ini digerakkan sejak ia hilang pada awal pagi 8 Mac lalu dan disertai oleh lebih 20 buah negara.

Siasatan awal mendapati pesawat yang hilang itu telah dilencongkan dengan sengaja oleh seseorang yang memandunya. Bagaimanapun, pelbagai spekulasi dan teori konspirasi timbul kerana sistem komunikasi dengan pesawat itu terputus dan tiada bukti-bukti kukuh atau petunjuk mengenai kehilangan pesawat itu.

Antara teori yang dikemukakan dalam masa pencarian sepanjang 17 hari lalu oleh pakar dan penganalisis penerbangan termasuk rampasan, sabotaj oleh juruterbang serta kemungkinan pesawat itu mengalami masalah sehingga menyebabkan semua anak kapalnya tidak sedarkan diri dan pesawat itu terbang sendiri sehingga kehabisan minyak.

Pesawat penerbangan MH370 membuat hubungan terakhir dengan pusat kawalan trafik udara semasa berada di Laut China Selatan di sebuah kawasan yang terletak antara sempadan Malaysia dan Vietnam.

Ia kemudian dikesan berpatah balik dari laluan asalnya dan terbang selama beberapa jam.

Usaha mengesan pesawat itu kemudiannya digerakkan di dua jalur di sebelah utara yang menganjur dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga ke utara Thailand serta dari Indonesia sampai ke selatan Lautan Hindi.

23 ulasan:

  1. aL Fatihah...moga roh2 Islam dicucuri rahmat..

    BalasPadam
  2. semoga keluarga penumpang yang terbabit dalam tragedi ini tabah menghadapinya.. & usaha pencarian dipermudahkan..Allahuakbar..

    BalasPadam
  3. Sedih sangatkan...Alfatihah utk semua mangsa dan takziah utk keluarga mangsa... Pasti ada hikmah dengan setiap apa yg berlaku

    BalasPadam
  4. Allah sahaja yang mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Takziah buat semua keluarga mangsa.

    BalasPadam
  5. terkejut jugak dengan berita ni..
    mengharap ada keajaiban.
    tp mungkin berita ni jugak lebih baik kita terima. dah lama sangat kita tunggu. semoga keluarga nya semua tabah menghadapi dugaan ini.

    salam takziah buat kelurga.

    BalasPadam
  6. Al-fatihah dan takziah untuk mangsa, dan seluruh keluarga mangsa harap tabah dan sabar dengan dugaan ini

    BalasPadam
  7. semoga yang Islam mati syahid... namun masih berdoa agar mereka selamat & hidup... amin...

    BalasPadam
  8. Hakikatnya Allah juga yg maha mengetahui Yati.
    Moga roh-roh saudara Islam kita tenang di sana.

    Al-fatihah buat mereka.

    BalasPadam
  9. Innalillahiwainnailaihirojiuun...dariNYA kita dtg kepadaNYA kita akan kembali...sedih sgt..rasa pedih di hulu hati biar pun tiada kenalan didalamnya...

    BalasPadam
  10. saya ada baca teori dari sorang juruterbang senior, pesawat berpatah balik utk mendarat cemas (berkemungkinan kokpit terbakar). Airport yg paling dekat dan mudah adalah di Langkawi. Tapi blm sempat sampai kedua2 juruterbang lemas dek asap. Maka terbanglah pesawat tanpa haluan hingga kehabisan minyak dan terhempas. Wallhu a'lam. Tapi saya rasa ni teori yg boleh diterima, berbanding kata ada rampasan dll.

    BalasPadam
  11. Takziah atas berita terbaru ini...

    BalasPadam
  12. sedihnya..takziah dan alfatihah... :'( :'(

    BalasPadam
  13. Memang sedih bila baca berita ni Kak.. Ya Allah! moga keluarga penumpang & anak kapal tabah & sabar..semuanya ujian dari Allah... Al-Fatihah :(

    BalasPadam
  14. moga roh mereka yg islam tenang dan damai di sana, dan takziah kepada yg bukan islam...moga semua ahli keluarga tabah..

    BalasPadam
  15. moga keluarga mereka tabah menghadapinya....berat mata memandang berat lagi bahu memikul.Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang berlaku.

    BalasPadam
  16. Salam takziah buat keluarga mangsa MH370

    BalasPadam

  17. Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba kamu.

    BalasPadam
  18. kak anim pun asyik ngadap tv je ni..
    laporan tragedi MH370..takde mood nak buat kerja lain
    alfatihah buat jru dan penumpang MH370 yang beragama Islam

    BalasPadam
  19. Masih mengharap tapi semoga redha, InshaAllah.

    BalasPadam
  20. rasa mcm tak mo percaya je kenyataan tu selagi tak tengok bukti depan mata..

    BalasPadam
  21. salam ziarah kak ..
    moga serpihan dan bangkai pesawat tu dapat dikeluarkan utk mengesahkan satu kepastian ...
    takziah utk keluarga mangsa ...

    BalasPadam
  22. Dapatlah cepat cari kotak hitamkan CH....barulah boleh menjawab segala persoalan dlm kepala....

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)