JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 5 Februari 2015

KEK KUKUS 7 UP NUTTELLA

Assalamualaikum kekawan ... 

Semoga kita semua dibawah lindungan dan rahmat Ilahi hendaknya...

Ini pun hasil sekodeng di FB semalam petang, tengok elok cantik naiknya kek kukus 7 UP

 ni.. berkobar-kobar semangat nak mencubanya.. macam nak buat jer cuti weekend ni 

kekawan.. Jadi macam biasa , saya save dulu di sini nanti bila nak buat, rujuk aje blog 

sendiri, tak gitu kekawan.. Terima kasih kepadaNoor Abdul Rahim dengan resepi yg

cukup menarik ni :)





Kek Kukus 7 Up (telah diubah suai)
OLEH:Noor Abdul Rahim
www.bukuresepi.com
bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
4 biji telur saiz besar - suhu bilik
3/4 cawan gula halus
1/2 sudu besar ovalette
4 sudu besar susu pekat manis
3/4 cawan 7 Up
2 1/2 sudu besar air perahan lemon
3 pewarna pilihan anda
nutella secukupnya
cara-cara :
1. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan
2. Pukul telur, gula & ovalette hingga kembang.
3. Masuk kan tepung sedikit demi sedikit & diselang dgn air 7 Up. Gaul rata.
4. Masuk kan susu pekat manis & air perahan lemon, gaul hingga sebati.
5. Bahagi adunan kepada 3 bahagian. Warnakan kepada 3 warna berasingan.
6. Tuang adunan pertama kedalam acuan & kukus selama 7 minit didalam pengukus yg telah mendidih airnya.
7. Setelah 7 minit, sapukan nutella keatas cake kemudian tuang adunan kedua & kukus lagi selama 7 minit.
Ulang proses untuk lapisan ketiga kemudian kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
Suka ·

23 ulasan:

  1. wah akakkkk..cantiknya kalerful..nak makan pon sayang cam gii ruper..

    BalasPadam
  2. kaler dia menarik kak....boleh la bebila try ni

    BalasPadam
  3. Wah kak..colournya cantik..rasanya pun mesti sedap

    BalasPadam
  4. wah 7up pun boleh jadi kek.menariknya warna warni n cantik dengan acuan kek kukus..mesti sedap sebab ada nutella kan

    BalasPadam
  5. wahhh nampak cantik jer...bersemangat nak makan tgk cantik mcm ni... :)

    BalasPadam
  6. Cantik...mesti rasanya sedap. Tak pernah dengar lagi.

    BalasPadam
  7. Susunan warna dia tu yg menarik Yati.
    Kakak tak pernah pulak buat kek dgn 7-up
    Boleh jugalah nak mencuba macam sedap ni:)

    BalasPadam
  8. cantik dan menarik..saya selalu buat apom masukkan 7up

    BalasPadam
  9. wow...cantik dan sedap sbb ada nutella tu kan..

    BalasPadam
  10. saya setakat ni fail lagi nak buat kek yg kena kukus ni... huhuhu

    BalasPadam
  11. wow mengodanya tak thn... tggu yati bt... bak sepiring ye..

    BalasPadam
  12. Cantiknye kaler kak..suke betul falsya ngan kaker tuh..

    BalasPadam
  13. Warna-warni dan cantik sangat! Agak-agak kalau saya buat jadi tak macam ni? Hehehe....

    BalasPadam
  14. Alamak nak kena kukus pas tu lapis tu yg leceh tu CH.....kalau boleh nak lebur kukus terus tak yah keluar dah CH oiii haha

    BalasPadam
  15. Dah cuba ker blom nih ?? Saya mmg failed lah bab masak kek nie ... Makan jer tau ...

    BalasPadam
  16. adus.. cantik and gebus.. suka tengok tapi kalau CT buat ni belom tentu jadi hakhak
    nanti akak da buat jangan lupa share =)
    Siti Yang Menaip

    BalasPadam
  17. apa ye agaknya rasanya..tengok gambor tu menarik sangat2

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)