JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 24 April 2015

GORENG BENDI TELUR HANCUR.. Emmm dapnyaaa :)

Salam petang yang ceria kekawan :)

Bagi mak-mak yg bekerja ni.. ada juga yg balik rumah masak sendiri kan.. macam saya lah, smpi rumah selalu nya pukul 5.45pm, lepas menjemput dua orang anak balik sekolah tu.. Terus letak handbag dan segala barang dibawa.. laju jer menuju ke dapur.. 
pertama yg saya buat ye lah .. masak nasi dulu.. lepas tu intai pulak petiais.. tengok bahagian frozen tu dulu.. nak masak apa.. ikan ke atau ayam.. jadi keluarkan apa yg saya nak masak.. pergi sinki.. rendam utk nyah frozen tu..

Lepas tu baru tengok bahagian bawah petiais tu.. tengok utk nak masak sayur pulak.. selalunya saya masak sayur dulu sebab sayur ni saya dah siap siang bersih dan simpan dalam plastik.. kalau masa tu nak bersihkan memang lambat kerja memasak ni..
Jadi hari tu saya nak buat goreng bendi .. selalu goreng bendi belada dengan ikan bilis jer.. tapi hari tu saya buat Goreng Bendi Telur Hancur.. ini tengok blog Kak Rose .. My Kuali tu.. 
Saya ni selalu derhaka pada resepi asal hehehe.. ikut apa dan ajer..
pastu bahan-bahan yg ada dalam petiais saya lah kan..
Ehe nak tengok resepi saya yg mudah dan cepat macam ni jer..
Jom intai (^__^)

RESEPI BENDI TELUR HANCUR

Bahannya :-
  • 10 biji bendi sederhana di kerat dua
  • 1 biji telur size B
  • 3 sudu besar cili kisar ( saya selalu dah siap kisar merah besar bersama bawang, stok utk seminggu, senangkan)
  • 2 biji bawang putih dihiris nipis
  • Segengam ikan bilis (ditumbuk sederhana )
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • 2-3 sudu air panas jika perlu.
Caranya :-
  1. Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat ketepikan.
  2. Kemudian tumis cili kisar bersama hirisan bawang putih, goreng hingga wangi.
  3. Lepas tu , tolak cili tadi ketepi kuali, pecahkan pula telur, hancur-hancurkan, kemudian baru digaul semula dengan cili tadi.
  4. Kemudian masukan ikan bilis yg digoreng tadi, gaul mesra, lepas tu masukan bendi yg dikerat dua (bendi ni kerat bila nak masuk kedalam kuali tu, sebab kurang sikit lendirnya)
  5. Lepas tu masukan sos tiram dan garam, tambahkan 2 sudu besar air panas tu (guna air panas supaya tak berlendir).
  6. Kacau sehingga sayur bendi masak dan mesra bersama bahan tumis tadi.
  7. Siap utk dihidang bersama nasi putih panas.


10 ulasan:

  1. sedapkan kak..falsya baru makan time sahur ari selasa lps..hehe

    BalasPadam
  2. Walaupun tak makan, saya pernah buat bendi dengan telur hancur macam ni. Tapi macam biasalah CH, response seisi rumah tak baik. Cuma HD aje yang makan itu pun HD tak berapa suka bendi. Pernah baru-baru ni 2 minggu berturut saya beli bendi sebab si Abang nak buat corak kat kelas lukisan. Asyiklah postpone. Saya tak tahu nak buat apa dengan bendi yang berbaki, so serah pada tukang masak (aka kakak sayalah) yang lebih ariflah :)

    BalasPadam
  3. bukan saja pada mak2 yang bekerja yatie....kakak ni pun kalau nak masak tengok apa yang ada je dalam peti ais....kalau makan hari2 ni masak biasa2 je ,macam goreng bendi telur hancur ni ok gak ...mudah dan sedap kan tapi kakak belum pernah masak mcm ni ,selalunya anak kakak suka bendi yang dicelur dan dicicah dengan sambal asam.

    BalasPadam
  4. Kakak pun selalu buat macam ini Yati. Tapi kakak guna udang kering
    Memang sedap:)

    BalasPadam
  5. tak pernah lagi cuba masak mcm ni kak.. selalu atie buat ulam & masak kari jer kacang bendi ni...huhu

    BalasPadam
  6. bendi goreng telur ni..teringat kat en asbeen, suke masak bendi goreng telor ni

    BalasPadam
  7. Singgah petang..
    Selalu jugak masak lauk simple² mcnie..:)

    BalasPadam
  8. Kak zai yang tak bekerja pun macam tu juga masak apa yang ada dalam fridge. Pernah juga masak macam yatie buat ni.

    BalasPadam
  9. Kak yati..cheq da suka sngat kalu goreng bendi cam ni..biasa kalu goreng kacang botol pun sama..suka cam ni

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)