JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 9 Oktober 2015

TADABBUR KALAMULLAH 22 :: "..Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil" [Surah Hud 46]

Assalamualaikum kekawan...
Salam Jumaat yg barakah.. semoga kita berada dalam rahmat Allah jua hendaknya..
Perkongsian dari wasap group keluarga.. dikongsi disini pula..




~Tadabbur Kalamullah 22 Zulhijjah 1436H~

...إِنِّي أَعِظُكَ أَنْ تَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ

"...Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil"[Surah Hud 46]

#Kebodohan merupakan tanda kematian jiwa, terbunuhnya hidup dan membusuknya usia. Sebaliknya ilmu adalah cahaya bagi hati nurani dan kehidupan bagi roh.

#Kebahagiaan, kedamaian dan ketenteraman hati bermula dari ilmu pengetahuan. Kebodohan itu sangat menyeksakan krn tiada sesuatu yg baru terhasil. Yg semalam seperti hari ini dan yg hari ini sama dgn yg akan berlaku esok hari.

#Nabi saw bersabda:

إِنَّ الأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلاَ دِرْهَمًا إِنَّمَا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَ بِهِ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

“Sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, mereka hanyalah mewariskan ilmu. Barangsiapa yang mengambilnya, maka dia telah memperoleh keberuntungan yang banyak.” (HR Abu Dawud dan Tirmidzi. Sahih)

#Berkata Dr.Aidh Abdullah al-Qarni dlm kitabnya La Tahzan:

"Jika anda ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan dan capailah pelbagai manfaat nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

♡Pelbagai kenikmatan dpt dikecapi dgn ILMU. Belajarlah, moga kebodohan tidak menguasai kehidupan dan masa depan kita♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

15 ulasan:

  1. Salam Jumaat kak...
    tuntutlah ilmu walau di mana...terasa diri semakin byk belajar semakin byk yg kita tak tahu....

    BalasPadam
  2. salam jumaat...
    Tidak rugi untuk mempelajari ilmu...

    BalasPadam
  3. Kerana dengan ilmu kita boleh menilai dan mencari apa yang kita tidak ada. Tetapi tanpa ilmu akan terkapai-kapailah jawabnya. Kakak teringat bapak dan arwah mak kakak dulu selalu kata biar kita miskin tak beduit tapi kalau ada ilmu mudah nak dapatkan duit itu...

    BalasPadam
  4. Kakak pun dah berusia ni masih ingin terus belajar wlpun bukan seperti anak2 kita tpi dgn kwn2 juga boleh dapat ilmu seperti n3 yatie ini juga.

    BalasPadam
  5. ilmu penentu kejayaan dunia & akhirat bukan harta yang di warisi turun temurun

    BalasPadam
  6. Salam jumaat. Perkongsian yang sangat bermakna. Terima kasih.

    BalasPadam
  7. perkongsian tentang ilmu nih mmg bagus... mmg dlm alquran pun di suruh kita sentiasa menuntun ilmu kan... jnji ilmu yg baik n berguna kan kak...

    BalasPadam
  8. betul tu kak..dari miskin kita boleh jadi kaya dgn ilmu.... moga2 anak2 kite dicerahkan hati, akal fikiran dan jiwa utk cepat menerima dan mengingati ilmu...

    BalasPadam
  9. salam jumaat kak...perkongsian yang bagus

    BalasPadam
  10. Ilmu merubah diri dan cara kita berfikir.. Ilmu membezakan seorang yang bijak dengan bodoh..

    BalasPadam
  11. Masya Allah. Perkongsian yang baik...

    BalasPadam
  12. insyaAllah. terima kasih kak ingatkan :)

    BalasPadam
  13. Betapa pentingnya ilmu tu kan CH....

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)