JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 12 Mei 2016

ADAB ZIARAH KUBUR ~ Rindu Arwah Abah Dan Mak ..

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..
Pusara Abah
Entah mengapa hati berasa sayu sangat mengingat keduanya arwah ini.. rindu semakin terasa.. tambahan ramadhan semakin menjelma.. Semoga roh Abah dicucuri rahmat Ilahi dan ditempatkan di kalangan mereka yg beriman dan beramal soleh..

Pusara mak
Dengan arwah mak lagi lah mendalam rindu saya.. saya masih bermimpi senyuman mak.. saya ada mimpi mak.. masa saya mimpi tu mak berada di tempat tidur yg indah.. saya tengok macam tempat tidur raja-raja saja.. saya tanya "mak selesa tidur disini" pastu mak mengangguk sambil tersenyum.. aduh masa tu saya rasa nak peluk mak.. bila saya nak peluk.. saya terjaga.. aduh bermimpi rupanya saya ni.. saya terus sedekah al fatihah untuk mak.. 
Sekarang dah masuk syaaban.. mak dulu rajin puasa tiga bulan tu.. maka tahun ini tiada lah ramadhan bersama mak..
semoga roh mak dicucuri rahmat Ilahi dan ditempatkan bersama para solehin..

Adab menziarahi kubur.

Terutama kubur ibubapa. Disunatkan menziarah pd hari khamis selepas asar, sepanjang hari jumaat dan hari sabtu sebelum zohor. Waktu ini roh ada diperkuburan dan menunggu anak2 menziarahinya.

Iman al-Bukhari meriwayatkan drpd Abu Hurarah r.a Hadis rasulullah saw :
Seorang anak yg menziarahi kubur ibubapanya pd hari2 tersebut diatas akan dicatatkan kepadanya pahala seperti membuat kebaikan kpd kedua ibubapanya semasa hayat mereka. Dan dosa2 anak tersebut diampunkan oleh Allah SWT.
Jika anak tersebut adalah seorang yg derhaka semasa hayat ibubapanya, dengan menziarahi kubur ibubapa akan dicatatkan sebagai anak yg taat.

Ketika dikubur :
1. Memberi salam kpd simati dgn panggilan yg biasa semasa hayatnya. Seperti " Assalamualaikum mak/bapa". Roh mendengar dan menjawab salam.
2. Hendaklah kita menghadap kearah muka/kepala simati dan kita membelakangkan kiblat.
3. Membaca quran atau doa2 yg baik utk simati

Kitab Riyadhus Solihin, kupasan oleh Ust. Norazan

Sumber : WhatsApp.

14 ulasan:

  1. TKSH PERKONGSIANNYA YATI..SGT BERMNAFAAT SEBAK PULA HATI MENGENANG MMRK YG TIADA KE SISI-NYA.

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas perkongsian. Sesungguhnya manusia pasti akan mati. Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Amin..

    BalasPadam
  3. Allah...untung akak dpt gak mimpi org tersayang. Dah 7 thn arwah bapak pergi, blm pnh bersua dlm mimpi.

    Mengenai waktu2 sunat ziarah tu, tadi baru terbaca kat fb - dr Maza ckp hadis tu tak betul. Wallahu a'lam.

    BalasPadam
  4. Semoga para allahyarham dan allahyarhamah ditempatkan bersama kalangan mereka yg beriman Yati. Memang akan ada rasa rindu kan:(

    Sebenarnya kalau tak ziarah pun bila kita lalu di kawasan kubur disunatkan utk kita memberi salam dan sedekahkan Al-fatehah dan suroh Al-Ikhlas.

    BalasPadam
  5. Bila baca n3 yatie ni,tiba2 sedih akak terasa .Dah lama akak tak ziarah pusara arwah mak di sini juga pusara arwah bapak kat kampung.
    Terima kasih juga dapat kongsi adap ziarah kubur yang kadangkala kita kurang ambil tau.

    BalasPadam
  6. sedekahkan al-fatihah setiap kali solat
    insyaallah...

    BalasPadam
  7. Janganlah buat saya pun terasa sedih, CH!

    Saya yang dah ketiadaan abah sejak hampir 20 tahun lalu pun masih lagi terasa rindu pada abah. Mana mungkin kita boleh lupa pada seorang lelaki yang digelar 'abah' kan, CH. Setiap kali teringat, setiap kali jugalah meleleh air mata!

    Alfatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita di dunia ini...

    BalasPadam
  8. Cantik kubur mak tu CH....
    Mak kan jarang sangat ziarah kubur abah huhu....kesian arwah abah, anak bongsu dia jarang sgt dtg...

    Mesti terasa sunyi kan CH, Ramadhan tanpa mereka.

    BalasPadam
  9. Cantik kubur mak tu CH....
    Mak kan jarang sangat ziarah kubur abah huhu....kesian arwah abah, anak bongsu dia jarang sgt dtg...

    Mesti terasa sunyi kan CH, Ramadhan tanpa mereka.

    BalasPadam
  10. ramadhan ni pun saya lalui tanpa mak . baru 6 bulan mak meninggalkan kami . sedihnya , kubur arwah abah di Johor dan arwah mak lak di perak ... kena gilir2 melawat .

    BalasPadam
  11. Hadith tersebut tidak terdapat dalam Shahih al-Bukhari.
    Sebaliknya terdapat hadith yang hampir sama maknanya, diriwayatkan oleh al-Thabarani, Ibn Abi al-Dunya dan lain-lain.
    Al-Imam al-'Iraqi ada bahas hadith tersebut dalam takhrij bagi kitab Ihya' 'Ulum al-Din.
    Kata al-'Iraqi: "Isnadnya mu'dhal" juga "Yahya bin al-'Ala' al-Bujali seorang yang matruk".
    Hadith tersebut dhaif jiddan(sangat lemah) boleh dikategorikan palsu.
    Wallahua'lam
    Rujuk : Al-Mughni 'An Haml al-Asfar Fi al-Asfar Fi Takhrij Ma Fi al-Ihya' Min al-Akhbar oleh al-'Iraqi, juz 2 m/s 1228, hadith no 4431. Cetakan pertama, tahun 1415 H/1995 M. Dar al-Thabariyyah, Riyadh.

    sila rujuk di facebook kempen semak status hadis sebelum sebarkan

    BalasPadam
  12. Salam saudara/saudari,

    Pohon turunkan / delete artikel ini. Sama-samalah kita mencintai Nabi Muhammad S.A.W. dan membanteras / mengurangkan penyebaran hadis2 palsu atau yang lemah.

    Boleh rujuk ulasan di:
    1. https://www.facebook.com/DrRozaimiRamle/photos/a.1032615256765974.1073741827.1032611520099681/1295519797142184/?type=3&hc_location=ufi
    2. ruangan komen di http://dirikhalifah.blogspot.my/2016/10/waktu-afdal-ziarah-kubur-roh-ibu-bapa.html
    3. penjelasan hadis mursal: https://jacksite.wordpress.com/2007/07/04/ilmu-hadits-definisi-hadits-mursal/

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)