JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Ahad, 1 Mei 2016

BINGKA KEMBOJA

Assalamualaikum kekawan..
Selamat bercuti dihujung minggu..
Tadi sekodeng FB.. melintas pulak kat wall tu kuih kemboja ni.. tengok mudah pulak, guna sukatan cawan lagi saya suka.. apalagi kita save dulu disini, bila rajin kita buat ye :)





Bingka Kemboja .....

1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air pandan( 2 helai daun pandan)
1 cawan santan
1 cawan susu cair (sejat)
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau
Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka

Cara-cara membuatnya
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan
2. Blender hingga sebati
3. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.
4. Taburkan bijan (jika suka)
5. Bakar 40 minit pada suhu 180c/ hingga masak. Untuk dapat kan permukaan yg berkerak/garing bolehlah tambah masa membakar.

5 ulasan:

  1. SEDAP NI BUAT SARAPAN PAGI R PTG...KAK PUN SAMA YATI TERLINTAS SAJA RESEPI YG ELOK KAK SHARE.

    BalasPadam
  2. Sedapnya kuih bahulu kemboja ni... lama tak buat.

    BalasPadam
  3. Nyam-nyam-nyam mantap sekali nih mbak ...

    BalasPadam
  4. acik dah pernah cuba buat ni yatie..sedap..cuma acik tak letak bijan

    BalasPadam
  5. Dulu kita rajin buat bingka ni CH...Sedap.... lembut, lemak tp la ni dah malas. Memanjang kena sawan haha.
    Rasanya lebih kurang jer resepinyalah

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)