Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..
Saya petang raya korban tu dah balik ke Shah Alam sebab esoknya bekerja.. jadi sempat juga membungkus ketupat dalam 15 biji macam tu.. rendang ayam maman dah habis.. jadi tak adalah regunya.. oleh kerana masa raya tu tak buat kuah kacang.. jadi balik Shah Alam saya buat kuah kacang ayam.. ini teringat kuah kacang ayam mak hainomokje tu .. beusahalah saya mencari resepi kuah kacang ayam tu..
Google punya google terjumpa lah dalam Myresepi .. tengok resepinya pun mudah dan bahan2 semuanya ada dalam peti ais..
tapi saya masak separuh dari resepinya sahaja..
Jom kita tengok..
RESEPI KUAH KACANG AYAM SEDAP
Bahan bahan
1 ekor ayam – potong
1/2 kg kacang tanah
1 cawan cili kisar – 25 tangkai cili kering
1 gelas air asam jawa – dari 1 kepal asam jawa
3/4 cawan gula pasir
1 keping gula Melaka
2 sudu besar garam halus
3/4 cawan minyak
Bahan kisar:
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
4 batang serai
Cara-caranya:
1. Kacang tanah disangai tanpa minyak.
2. Kemudian, buangkan kulit dan dikisar tidak terlalu hancur.
3.Masukkan kacang kisar ke dalam periuk dan tuang sedikit air. Masak dengan api perlahan sehingga kacang kembang. Ianya bertujuan supaya kacang tanah tidak menyerap perisa kuah kacang dan kuah tidak menjadi cepat kering.
4.Tumis bahan kisar sehingga garing, masukkan cili giling, goreng lagi hingga cili benar benar masak.
5.Masukkan ayam dan kacau rata.
6. Setelah keluar minyak, masukkan sedikit air, air asam jawa, gula, gula Melaka, garam dan masak sehingga mendidih dan sedikit pekat.
7. Akhir sekali, masukkan kacang tanah yang telah direbus. Masak dengan api perlahan. Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Kalau pekat, tambah air panas.
Saya masak pagi Rabu tu.. punya lah suka kak Nabilah.. sibuk dia bertanya.." kenapa mama letak ayam?"
Saya kata "tengok mak hainom buat itu sedap aje, tu yg cuba buat"
"nampak sedaplah mama, baunya pun wangi" balasnya..
Ternyata memang sedap weyyy.. boleh buat lagi ni.. en.suami pun suka.. bertambahlah kami makan pagi tu.. budak tiga orang tu berulang makan.. rasa macam satay ayam pun ada juga hihihi :D
Tengok resepi ni teringat akak,mula2 pandai masak masa baru kawen dulu lebih kurang resepi ni lah yang akak selalu masak....tapi sekarang2 ni akak tak pernah masak lagi ayam sambal kacang ni...tak ingat pun resepi ni sampai terbaca kat n3 yatie ni....nak juga lah buat kalau anak2 ada nanti ...dorang pun suka sambal kacang.Akak yang kurang minat.
BalasPadamYatie,buat kulit epok2 mudah je....majerin + minyak masak panas kn ,tuang dlm tepung,uli jadi serbuk roti .Yg tambah air tu akak ada 2 cara.1)guna air ais untuk jadikan rapuh dan rangup 2) pakai air panas utk yg biasa .
PadamIni cara akak yatie...mungkin org lain lain caranya.
Hmmm....malu pulak akak mengajar yatie yang mahir memasak ni.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamTerima kasih kak respon kulit epok2 ni..
PadamTapi saya kalau tak ada sukatan lagi gagal kak kalau main agak2 ni.. ππ
Ohhh... kalau kakak ada tambah ketumbar jintan sikit Yatie
BalasPadamOrg Johor memang tak lepas sambal kacang macam ini.
Adinda kakak tu kan asal org Muar mestilah dia pun expert bab ini:)
sedap nampaknya tu yati tksh kongsi resepi.
BalasPadamHa....sedapkannnnn....tulah!!! Sebab tulah mak buat hihi....Tak payah dah nak masak lauk ayam lagi sekali harung je dalam kuah kacang. Hang senanglah CH, anak anak suka sambal kacang jadinya tak delah membazir kalau masak sambal kacang tu. Rumah mak ni si abang ngan TLBD bukannya suka jadinya kalau masak sambal kacang kena masak jugak lauk ayam.....
BalasPadamKalau ikut cara dia tu, disangai lepas tu di masak asing ek CH kacang dia tu.....Hakak kalau masak, tumis bahan tumis lepas tu lebur je kacang dalam piyok hihi.....gitulah kekdahnya kalau org yang malas masak kan hahaha
PadamHihihi..
PadamCH pun lebih kurang hang jugak nom..
Lebut sekali semua lepas menumis tu..
Hahaha senangkan..
Idok lah rajin CH nom..
Lagi2 nak dimakan pagi hari..
Buat cara yg mudah ajer πππ
aaa nak salin ye kak!
BalasPadamaduh sedapnya....
BalasPadamnk try jgk lah... almaklum se umur hidup tak penah msk kuah kacang heheheh
mkn je reti
Mmg fev Nur kuah kacang ni...mkn gitu dh cukup..tak payah nasi impit huhu..
BalasPadamBole cuba ni...sedapnyaaa
Mcm sedap kuah kacang ayam ni yatie
BalasPadamTpi pak hji gue tk suka kacang
Kalau tk mmg dah save satu menu ni
Kalau buat kuah satay mmg kmi je yg makn
Pak hji langsung tk pandang hahaaha
saya tak pernah masak kuah kacang, macam sedap je tu haa
BalasPadammerah cantik kuah kacang kak yatie..sedapnya
BalasPadamcantik warnanya
BalasPadamBila raya mesti google resepi ni..heheh.
BalasPadamJemput singgah blog sy ea.. dirawanhartawan.blogsport.com