Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..
Saya petang raya korban tu dah balik ke Shah Alam sebab esoknya bekerja.. jadi sempat juga membungkus ketupat dalam 15 biji macam tu.. rendang ayam maman dah habis.. jadi tak adalah regunya.. oleh kerana masa raya tu tak buat kuah kacang.. jadi balik Shah Alam saya buat kuah kacang ayam.. ini teringat kuah kacang ayam mak hainomokje tu .. beusahalah saya mencari resepi kuah kacang ayam tu..
Google punya google terjumpa lah dalam Myresepi .. tengok resepinya pun mudah dan bahan2 semuanya ada dalam peti ais..
tapi saya masak separuh dari resepinya sahaja..
Jom kita tengok..
RESEPI KUAH KACANG AYAM SEDAP
Bahan bahan
1 ekor ayam – potong
1/2 kg kacang tanah
1 cawan cili kisar – 25 tangkai cili kering
1 gelas air asam jawa – dari 1 kepal asam jawa
3/4 cawan gula pasir
1 keping gula Melaka
2 sudu besar garam halus
3/4 cawan minyak
Bahan kisar:
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
4 batang serai
Cara-caranya:
1. Kacang tanah disangai tanpa minyak.
2. Kemudian, buangkan kulit dan dikisar tidak terlalu hancur.
3.Masukkan kacang kisar ke dalam periuk dan tuang sedikit air. Masak dengan api perlahan sehingga kacang kembang. Ianya bertujuan supaya kacang tanah tidak menyerap perisa kuah kacang dan kuah tidak menjadi cepat kering.
4.Tumis bahan kisar sehingga garing, masukkan cili giling, goreng lagi hingga cili benar benar masak.
5.Masukkan ayam dan kacau rata.
6. Setelah keluar minyak, masukkan sedikit air, air asam jawa, gula, gula Melaka, garam dan masak sehingga mendidih dan sedikit pekat.
7. Akhir sekali, masukkan kacang tanah yang telah direbus. Masak dengan api perlahan. Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Kalau pekat, tambah air panas.
Saya masak pagi Rabu tu.. punya lah suka kak Nabilah.. sibuk dia bertanya.." kenapa mama letak ayam?"
Saya kata "tengok mak hainom buat itu sedap aje, tu yg cuba buat"
"nampak sedaplah mama, baunya pun wangi" balasnya..
Ternyata memang sedap weyyy.. boleh buat lagi ni.. en.suami pun suka.. bertambahlah kami makan pagi tu.. budak tiga orang tu berulang makan.. rasa macam satay ayam pun ada juga hihihi :D



