JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 22 November 2016

LABU GORENG RANGUP ...emmm dapnyaaa 😆😅😀 ^__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..
Goreng labu ni masa hari sabtu yg lalu.. memula nak buat pengat tapi tak rajin pulak nak menyantan bagai 😆😅. Maka jadi lah labu goreng mengganti pisang goreng.. 
Weyy sedap rupanya labu goreng.. lagi sedap dari keledek goreng.. lembut jer isinya.. cicah pulak dgn sambal tumis.. lagi tak sedar habis sepiring oleh saya seorang. 😆😊

Cara goreng dia lebih kurang goreng pisang juga.  Tambahan guna resepi tepung rangup.. alahaiii.. sedap je krup krap makan kan..
Jom kita intai resepi tepung goreng yg rangup ni.

LABU GORENG RANGUP
Bahannya :
- 1/2 biji labu (potong kecil ikut suka hati 😊)
- 1 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 1/2 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu besar majerin ( cairkan pastu biarkan sejuk)
- Air secukupnya

Caranya :-
1. Satukan semua bahan kecuali air dan majerin dalam mangkuk.
2. Masukan air sedikit-sedikit sehingga adunan mesra dan pekat sedikit. Adun guna tangan jadi tahu kepekatan mana yg sesuai utk tepung tu di goreng dgn labu nanti.
3. Kemudian baru masukan majerin cair tadi.. kacau sehingga mesra.
4. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian celup labu dalam adunan tepung tadi.
5. Goreng sehingga kekuningan dan toskan dalam tapisan. supaya kekal rangup tepung.
6. Ulang sehingga labu habis digoreng.
7. Hidang bersama kopi 0 panas.. emmm dapnyaaa 😆😅

p/s saya cuti lagi sehingga khamis.. update entri pun guna handphone. semalam bz sungguh.. hari ini saya cuba BW kekawan ye 😊☺

22 ulasan:

  1. Sedapnya. Dah jadi kerepek la u la ya sis. 😍 Labuh ni baik untuk kesihatan. Banyak vitamin a dan beta karatene. Memang elok makan

    BalasPadam
  2. wahhh...tak pernah makan labu goreng ni kak..selalu buat pengat tu, biasalah... boleh cuba ni..hehe

    BalasPadam
  3. Ehh... kakak ni anak kampung jati tapi itulah kadang terlepas pandang. Tak pernah pun kakak buat labu goreng tau Yati. Nantilah balik kg kalau ada yg boleh petik kakak nak cuba pulak:)

    BalasPadam
  4. Nampak memang sedap dan rangup..boleh cuba nanti ni.

    BalasPadam
  5. laa..tak terpikir selama ni labu pun boleh digoreng Yati.

    BalasPadam
  6. wahhh, tak pernah tau labu leh wat goreng.. leh try gak ni.. TQ

    BalasPadam
  7. WAH BOLEH CUBA NI XPERNAH RASA LAGI

    BalasPadam
  8. sedapnya makan time petang2 kan CH.. lagi selera minum dengan teh or kopi..

    BalasPadam
  9. belum pernah try lagi goreng labu macam ni
    mesti lebih sihat ni yatie

    BalasPadam
  10. Laa belum pernah cuba try lagi goreng labu.

    BalasPadam
  11. makaih.. terliur !! wajib try nih.. hee~

    BalasPadam
  12. mmg sedap kan kak... lemak2 manis gitu

    dana pun dh beberapa kali jgk bt labu grg nih.... tp time labu bnyak la... klu sikit lbh prefer msk lmk labu sbb ramai peminat

    BalasPadam
  13. Siyes tk oenah terpikir pun, kena take noted ni. Selalu kalo buat lauk ank2 ngn suami jeling pun takmo, mana tau kalo goreng laku.

    BalasPadam
  14. Amboi hang Ti....mentang mentanglah cuti, enjoy makan sorang sorang nampaknya hihi...

    Tak pernahlah buat labu goreng Ti. Sedap ek....Jarang sangat beli labu sebabnya kalau beli mmg ceklah sorang yg makan

    BalasPadam
  15. labu Goreng? X pernah buat..sedap dari keledek? X boleh jadi ni 😬

    BalasPadam
  16. 4 hari cuti, berapa ratus resepi dapat cuba kat dapur rumah sendiri ni, CH? Dahsyat sungguh. Takut kita!

    Ahah, bab labu gorenglah bolehlah cuba. Kalau HD tak nak makan goreng-gorengan, saya habiskan sorang! Lepas ni kena beli labu sebiji terus!

    BalasPadam
  17. X terfikir boleh goreng MCM goreng pisang.haishh bila buntu baru google.nsib baik

    BalasPadam
  18. menarik..sedapnya nampak..nak cuba nnty..

    BalasPadam
  19. menarik..sedapnya nampak..nak cuba nnty..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)