JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 5 Ogos 2017

EGO...😑 PUNCA KEHANCURAN..

EGO PUNCA KEHANCURAN

SITUASI DI SEBUAH PEJABAT
"Mana report yg saya mintak?"
"Sorry bos! Belum siap. "
"Awak ni macamana bekerja? Nak kerja buat kerja betul-betul"

BICARA DI SEBUAH CAFE
"Dia ingat dia sorang jer boleh buat kerja.. kalau tak AKU yang buat semua tu.. tak jalannya projek ni.
Pengurus apa kalau hanya tahu mengarah"

🐜🐜🐜🐜

Di dalam perjalanan mencapai sesuatu MATLAMAT KEHIDUPAN,  adakalanya kita terdampar kepenatan. Kekadang ditambah pula dikala itu dengan ujian dan halangan.
Namun yang penting... apapun yg terjadi..
JANGAN  sampai SYAITON BERTEPUK tangan di dalam setiap keputusan yg diambil.

Al Khafi merakamkan kisah Nabi Musa yang KEPENATAN di dalam.perjalanannya mencari Nabi khidir.. setelah berhari-hari2 berjalan.
Kehausan dan kelaparan menuntutnya menyuruh Yusa' bin Nun mengeluarkan bekal.

Namun Terkejutnya mereka apabila IKAN bekalan mereka telah pun masuk semula ke dalam air.😲

APA TINDAKAN NABI MUSA SEBAGAI PEMIMPIN ?

Boleh saja dia MEMARAHI Yusa'
Boleh saja dia TERMINATE Yusa'
Boleh saja dia mengarahkan Yusa' CARI ikan ru sampai dapat.

Namun apa yang Allah ingin MENDIDIK kita umat akhir zaman ini.

Nabi Musa TIDAK MELATAH!
Dia tidak memarahi Yusa' tetapi menganggap itulah petunjuk utk mrk lebih FOKUS kpd misi asal.
Dan Alhamdulillah sejurus kemudian, baginda terus ditemukan dengan orang yg dicari.
Misi Accomplish!

UJIAN.SABAR!
Dalam.kemelut..memang sukar.
Menuntut kita utk mmbuat keputusan yg terbaik.
Pesan guru saya..
Dlm membuat Pilihan BUKAN KRN KITA SUKA..
Atau pihak lawan suka.
Tapi PILIHLAH yg ALLAH SUKA ❤
Nescaya Allah akan mempermudahkan segala urusan kita.

Bukankah kita BUAT SEMUA INI UNTUK ALLAH,
KERANA ALLAH,
DENGAN KEKUASAAN ALLAH
bukan kuasa kita 😭😭
DI ATAS KEHENDAK ALLAH
bukan kehendak kita 😭😭

Maka pesanku pada diri
PECAHKAN TEMBOK EGO-MU
kerana di situ punca kehancuran.

InsyaAllah ingin berkongsi Leadership Kindergarthen di utara.. ada yang berminat ?

#Unzila
#AmazingLeadership
#copypaste

Sumber : whatsApp

9 ulasan:

  1. Assalamualaikum
    Alhamdulillah
    Perkongsian yang baik

    BalasPadam
  2. Ego pada bos memang ada, tapi ego dan sombong pada bos menyakitkan hati...

    BalasPadam
  3. Pilih yang Allah suka..itu yang terbaik dan sebaik-baiknya.

    BalasPadam
  4. Adakala perlu rendahkan ego =)

    BalasPadam
  5. In syaa Allah.
    Perkongsian yang bermanfaat.

    BalasPadam
  6. setuju.
    sgt tak mudah jadik pemimpin.
    buat keputusan. tu la satu kerja yg sgt berat!

    BalasPadam
  7. Amboih semangat berkobar kobar nampak?
    Nak cari org join kursus Leadership ke hape ni?

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)