JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 7 Oktober 2017

RESEPI TALAM CENDOL❤

Assalamualaikum kekakawan..
Semoga kita semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

InsyaAllah kejiranan saya akan buat gader2 potluck lagi.. jadi sibuk mencari resepi yg mudah utk saya bawa pd potluck tu.. pastu lalu pulak resepi talam ni kat wall FB.. apa lagi save dulu kat sini..
Esok cari bahan2 nya hehehe..
Tunggu ye... potluck saya Talam Cendul...πŸ˜†πŸ˜Š


RESEPI TALAM CENDOL

Bahan2ya....

Bahagian bawah

4 cawan santan pekat
2 cawan tepung beras
1 sudu tepung jagung
3/4 cawan gula pasir
Cendol

Bahagian atas

3 cawan santan pekat
1 1/2 cawan tepung beras
1 cwn air gula ( 1 cawan gula merah dimasak dgn 1/2 cwn gula pasir
3 biji telur
1 camca kecil garam

Cara membuatnya....
1. Masukkan dlm periuk santan, gula, tepung beras dan tepung jagung. Masak seketika sampai likat dlm 20 minit api perlahan.
2. Ambil loyang 6 cm × 6 cm lapik plastik. Tuang adunan yang masak ke dalam loyang. Ratakan dan letak cendol lihat pada gambar yang saya tunjukkan.
3. Kukus seketika bahagian bawah dalam 20 minit. Kemudian toreh2kan dgn pisau utk tuang bahagian atas pula.
4. Bahagian atas tu semua saya blender. Tuangkan adunan atas ke dalam loyang.
5. Kukus hingga masak. Mcm adunan pulut sekaya yang atas tu. Kukus api perlahan agak2 40 - 45 minit / hingga masak . Buka penutup sekali sekala utk lap wap air.
6. Bila sudah masak terus buka penutup dan biarkan sejuk baru boleh dihiris.

Dah siap hiris boleh la dihidangkan.

Selamat Mencuba ya. πŸ˜‰

Sumber : Facebook

8 ulasan:

  1. Semoga menjadi potlucknya....

    BalasPadam
  2. Bilanya potluck tu, CH? Untung betullah kalau gader-gader dengan tukang masak/rajin memasak macam CH ni. Kalau saya dengar potluck, terus terfikir nak beli apa. Kehkehkeh!

    BalasPadam
  3. Wahhhh potluck sempena apa pulak ni Ti?
    Ha ...dah menalam cendol nanti jangan lupa lanting setalam dua kat jiran Aweks hihi

    BalasPadam
  4. Warna warni talam ni.mesti sedappp

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)