JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 10 Oktober 2017

ILMU RUMAHTANGGA..๐Ÿ’–๐Ÿ˜๐Ÿ‘ช๐Ÿ’‘

Ilmu Rumahtangga;  "Lelaki mesti menjaga keluarganya, kerana dia takkan masuk syurga seorang diri. Rasulullah ๏ทบ mengatakan; "Barangsiapa yang diberikan tiga orang anak perempuan oleh Allah ุณุจุญุงู†ู‡ ูˆุชุนุงู„ู‰, dan dididiknya dengan baik sehingga baligh, maka anak perempuan itu akan menjadi pendinding daripada api neraka.”

"Seorang ibu bertanya; “Kalau dua orang bagaimana?” Jawab Rasulullah ๏ทบ, “Pun sama.” Dalam riwayat lain disebutkan kalau dua anak perempuan dididik dengan betul akan menjadi sebab ibubapanya untuk masuk syurga. Dalam riwayat lain pula disebutkan kalau seseorang ada dua anak perempuan dan dididik dengan betul akan macam ni dengan aku, sambil menujukkan kedudukan jari manis dan jari kelingking, yakni bermaksud duduk sangat dengan Nabi ๏ทบ."

"Oleh itu, lelaki perlu bertanggungjawab kepada isteri, anak perempuan, adik-beradik perempuan supaya orang perempuan dapat apa yang sepaturnya diperolehi daripada orang lelaki. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat, kepada Allah ุณุจุญุงู†ู‡ ูˆุชุนุงู„ู‰, dan suaminya, dan yang memelihara kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara, ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolongan-Nya."

"Perempuan yang yang dimaksukan secara khusus ialah isteri atau perempuan di bawah jagaan lelaki, hendaklah menjadi solehah sifatnya, taat, dan menjaga kerhormatannya. Dalam hadis Rasulullah ๏ทบ bersabda; "Sebaik-baik perempuan ialah kalau kamu lihat kepadanya akan menggembirakan kamu, kalau kamu perintah padanya, dia taat, dan kalau kamu tidak ada bersamanya, perempuan itu menjaga kamu pada harta, diri dan maruahnya."

"Yakni maksudnya, bukan ketiadaan suami, bapa, abang, adik membolehkan perempuan keluar ke mana saja seperti keluar dari penjara, dan berbuat apa saja yang dia nak. Perempuan yang dihantar bapanya untuk belajar di universiti, duduk di asrama, dia mesti menjaga kehormatannya untuk tidak duduk berdua-duaan dengan lelaki. Jika tidak, dia tidak menjaga hak bapanya."

"Tidak boleh keluar melancong dengan lelaki lain, agar tidak khianat amanah bapanya. Apa kata Allah ุณุจุญุงู†ู‡ ูˆุชุนุงู„ู‰ dalam ayat ini? Perempuan yang menjaga dirinya maruahnya ketika "ghaib", yakni dalam keadaan tidak dilihat oleh penjaganya, baik itu suami bapa abang adiknya."

"Berapa ramai zaman sekarang ini yang terkadang mak bapa juga mengabaikan anaknya berjalan keluar dengan siapa? Dan bukan ghaib lagi, tapi di depan mata. Ibu bapa yakin dengan anaknya sedangkan Rasulullah ๏ทบ tidak yakin. Saba baginda, “Tidak berduaan lelaki dan perempuan kecuali yang ketiga ialah syaitan.”

"Orang zaman sekarang memanipulasi hadis ini dan kata “Tak apa, mereka takkan buat apa-apa.” Ini meletak amanah, keyakinan bukan pada tempatnya. Maka, sifat perempuan solehah adalah menjaga maruahnya ketika ketiadaan lelaki, dengan tidak membiarkan sesiapa saja masuk ke rumahnya! Jaga hak Allah ุณุจุญุงู†ู‡ ูˆุชุนุงู„ู‰."

“Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka, nusyuz hendaklah kamu menasihati mereka, dan jika mereka berdegil, pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan, kalau juga mereka masih degil pukullah mereka dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya. Bukan dengan memudaratkan."

“Nusyuz” derhaka, tidak taat. “Pulaukan..” bermakna pulaukan di tempat pembaringan tidur dan bukan untuk suami tinggalkan untuk tidur di hotel atau ke luar negara. Nabi ๏ทบ melarang seseorang yang ingin menghukum isterinya untuk meninggalkannya. Yakni, maksudnya dipulaukan untuk tidak dihampiri di rumahnya."

"Dipukul’, apa maknanya? Adakah Islam kejam seperti yang diwar-warkan oleh golongan orientalis. Apa maksud ‘pukul isteri’? Kita mesti melihat ayat ini tentang isteri yang derhaka. Saya yakin semua orang sepakat sesiapa yang bersalah, dia layak dihukum. Tak kira jenis pelanggaran undang-undang, jika dilanggar ada hukumannya dan hukum berbeza dan bergantung pada kesalahan yang dilakukan."

"Adalah menjadi  kebiasaan dalam rumah tangga berlaku perselisihan antara suami atau isteri, tetapi tidak semua permasalahan boleh dianggap sebagai nusyuz dan isteri boleh dipukul. Tidak, bukan seperti itu. Perlu belajar dulu, perselisihan dalam rumahtangga ada kalanya perkara yang wajar. Kita tidak tahu pasang-surut hubungan suami-isteri kecuali ada bergaduh sikit, tapi tak bolehlah sering sangat."

"Nabi ๏ทบ tidak pernah angkat tangan pukul isteri, anak apatah lagi orang lain. Dalam jihad pun Nabi ๏ทบ cuma beberapa kali sahaja ketika orang mencabar kepada baginda. Nabi ๏ทบ tak pernah angkat tangan untuk pukul orang. Sayyidina Ali bin Abi Thalib ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ ูˆุฃุฑุถุงู‡ mengatakan ayat ini; "Dan boleh pukul isteri hanya jika isteri derhaka, dan bukan untuk perselisihan yang kecil-kecil."

"Dalam rumahtangga Rasulullah ๏ทบ pun terkadang berlaku perselisihan dengan isteri-isteri baginda. Kisah Rasulullah dan Aisyah berselisih faham, dan minta Sayyidina Abu Bakar jadi orang tengah, tetapi akhirnya Aisyah tersilap cakap tentang Rasulullah ๏ทบ, dan Sayyidina Abu Bakar marah kepada Aisyah dan ingin memukulnya. Aisyah akhirnya bersembunyi di belakang Nabi ๏ทบ untuk berlindung."

"Sayyidina Abu Bakar belum reda marahnya kepada Aisyah, tetapi Rasulullah sudah berbaik dengan  Siti Aisyah. Tiada masalah yang menginap lama di rumah Rasulullah terus diselesaikan. Namun hari ini, pelbagai warna-warni orang merajuk sehingga ada yang keluar rumah. Teladani orang yang paling baik, iaitu Nabi Muhammad ๏ทบ."

"Maka, yang dimaksudkan dengan nusyuz bukanlah hal-hal yang biasa terjadi dalam rumahtangga. Tidak dianggap nusyuz jika tidak buat kopi di rumah, atau kurang layanan kerana letih. Tetapi dianggap nusyuz bagi perkara yang prinsip perbuatan yang memang menghina kepada lelaki, tidak memberi penghormatan pada suaminya, dan sikap yang melanggar kepada hukum syarak. Maka, di sini barulah lelaki boleh tegas menghukum."

"Allah ุณุจุญุงู†ู‡ ูˆุชุนุงู„ู‰ suruh nasihatkan dulu, bukan terus pukul. Sampai bila? Sampai sudah ‘fed up’, tetapi nasihat tidak mendatangkan manfaat, kemuadian pulaukan di rumahnya, bukan keluar rumah, jika itu pun tidak bermanfaat juga, baru boleh dipukul. Mesti ikut tertib, dan bukan terus pukul! Mulakan dengan nasihat, pulau, dan kemudian jika tak bermanfaat, baru pukul. Pukulan pula mesti yang tidak memudaratkan, bukan pukulan yang mencederakan. Bagaimana bentuk pukulan?"

"Nabi Ayub  ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุณู„ุงู… pernah marah pada isterinya, dan bersumpah; “Demi Allah, nanti aku sihat aku akan pukul kamu dengan seratus pukulan.” Kemudian bila sudah sembuh, dia sedar dia telah tersilap sumpah sebelum itu. Tetapi oleh kerana sudah sumpah, sama ada langgar sumpah atau kena tunaikannya."

"Lalu Allah ุณุจุญุงู†ู‡ ูˆุชุนุงู„ู‰ ajarnya untuk ambil seratus lidi halus, dan dipukul isterinya sekali. Dipukul sekali seakan-akan menyamai seratus kali. Allah ุณุจุญุงู†ู‡ ูˆุชุนุงู„ู‰ ajarkan demikian agar orang tak kejam pada orang rumahnya. Walaupun menghukum, pukulan itu adalah pukulan rahmat dan bukan pukulan melepas geram."

"Dalam Al-Quran disebutkan se’detail’ ini tatacara berhadapan masalah dalam rumahtangga. Ini menunjukkan kepentingannya. Rumahtangga anda adalah tanggungjawab anda kepada Allah."Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.”

"Jika mereka taat, jangan ada tersimpan dendam kepada mereka yakni isteri. Ayat berikutnya menceritakan masalah yang tidak boleh diselesaikan antara suami dengan isteri, dan bagaimana menghadapinya."

"Kalau tengok dalam Al-Quran, ayat tentang hukum hakam sikit saja, tapi ayat dalam hubungan antara manusia, kehidupan rumahtangga, dijelaskan dengan panjang dunia begitu terperinci. Allah ุณุจุญุงู†ู‡ ูˆุชุนุงู„ mengkehendaki rumahtangga yang harmoni, yang tenteram, damai, tiada bising sehingga dikupas ayat-ayat dalam Al-Quran untuk membimbing dalam kehidupan rumahtangga supaya rukun, harmoni, damai dalam rumahtangga."

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.

Copy paste
Sumber :  facebook

12 ulasan:

  1. Satu rezeki jugak buat ibu ayah kalau dapat anak pompuan yang kita tak susah payah nak didik bab bab aurat kan Tie.... Moga Allah tetapkan hati kita semua untuk terus kekal dalam agamanya . Insyaallah

    BalasPadam
  2. banyak kena perbetul yer... terima kasih atas ingatan...

    BalasPadam
  3. Memang betul orang zaman sekarang memanipulasi hadis terutama yg berpolitik.

    BalasPadam
  4. tq kak share pasal ni. saya ada tiga orang anak perempuan.

    BalasPadam
  5. pendek kata, berumahtangga bkn utk mengejar keseronokan semata ttp dlm ms yg sm memikul amanah yg amat berat

    BalasPadam
  6. Makanya lelaki kenalah jaga perempuan yang dibawah jagaannya dengan sebaik-baik mungkin. Untung juga rupanya kalau ada anak perempuan ya!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)