JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Ahad, 8 Julai 2018

MERENDAH DIRI 😌



MERENDAH DIRI...

Belajarlah merendah diri kerna itu sifat terpuji, Allah memuji hambanya yang selalu merendah diri.

Jadikanlah ia sebagai sifatmu, kerna kau tidak mempunyai apa-apa untuk dibanggakan.

Bukankah semua yang kau ada itu milik Allah?

Sepatutnya kau malu dan sentiasa bersyukur bukannya meninggi diri sambil mendabik dada dan menjeling mata.

Buanglah sifat kejimu, sedarlah dirimu, kita semua sama, cuma beza pada amal dan takwa padaNya.

Janganlah memandang hina pada orang yang dibawahmu kadang-kala ia lebih mulia darimu.

Usahlah bangga dengan pencapaianmu, ianya tidak kau dapat jika bukan kerna ihsan Tuhanmu.

Mungkin doa merekalah yang menyebabkan kau berpangkat dan berharta,  cerminlah dirimu, malulah pada makhluk Allah yang melihatmu dilangit sana,

Malulah kau pada tuhanMu yang sentiasa melihat gerak-geri dan tahu isi hatimu.

Buat apa nak meninggi diri, hidup pun cuma seketika, akhirat kelak kan berjumpa.

Buangkanlah kebodohanmu itu,
Mari bersama menikmati hidup ini,
Celikanlah hatimu,
Hiduplah sebagaimana yang tuhan perintahkan...

Belajarlah merendah diri...

Ya Allah ampuni dosa-dosa kami..

Sumber : Facebook

6 ulasan:

  1. Tak rugi merendah diri kan kak...

    BalasPadam
  2. Insya Allah akan merendah diri sokmo kita ch.. πŸ˜„

    BalasPadam
  3. Takutnya kalau tanpa sedar kita meninggi diri ye Ti....moga Allah sentiasa lindungi kita semua hendaknya

    BalasPadam
  4. alhamdulillah terima kasih peringatan ni ye :)

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)