JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 24 April 2020

Ramadan Kareem Mubarak.. PKP. Ada hikmahnya..

Assallamualaikum kekawan semua 😍😘



Ramadan Kareem Mubarak buat semua..
Semua.. semoga kita dikurniakan kesihatan yg baik jua untuk menjalani ibadah puasa.

Saya menjangka puasa kali hanya tinggal berdua je.. rupanya Allah SWT kumpulkan Kami untuk bersama sekali berpuasa. Alhamdulillah syukur kepada Allah..


Pengajian anak2 Masih lagi online.. begitu dgn Nabil... Selepas menghantar saba' hafazan dgn ustaznya.. Nabil mengucapkan selamat berpuasa kepada ustaznya.. Lepas Tu ustaz dia Tanya " Anta Ada abang ke Nabil?".. Nabil jawab "Tak Ada".. "Kalau macam tu Anta jadi imam Tarawih mlm nanti ye".. "in sha Allah' balas sambil tersenyum..😊

"Mama Kita bawalah mushaf al imam dibawah, malam Nabil jadi imam Tarawih." katanya.. 



Alhamdulillah, syukur inilah hikmahnya.. selalunya Kita pergi ke masjid atau surau utk Tarawih.. Tahun ini Allah SWT hadiahkan anak yg menjadi utk khatam Al Quran Tarawih. In sha Allah.




Nabil kata rindu dgn kawan2 Di Tahfiz.. dia ingat Tahun ini dia berpuasa Dan bertarawih dgn kawan2 Di Tahfiz 😁 perancangan Allah SWT Masih hendak Kami bersama. Ini gambar Nabil berbuka puasa sunat Rejab ustaz hantar gambar..



Selamat menjalani ibadah puasa kekawan semua 😍😘

#perintah Kawalan Pergerakkan
# Perintah Kembali Pada Allah SWT
# Puasa Kena Penuh
# duduk rumah diam2 baca quran Dan zikir








9 ulasan:

  1. Salam Ramadan kak..
    Selamat berpuasa, bersahur dan berterawih..
    Hikmahnya PKP..

    BalasPadam
  2. Allahu Akram..selamat menjalani ibadah puasa..

    Alhamdullillah, Subhanallah, sejuk hati anak jd imam...bila tengok tripod dgn mushaf Al-Quran saiz besar tu, teringat terawih berjemaah di surau..rindu nak dgr bacaan sedap imam hafiz..

    BalasPadam
  3. Selamat berpuasa kak yati sekeluarga.
    Ada hikmahnya berpuasa dalam PKP ni, rasa lebih tenang. Tak perlu terkejar ke sana ke mari, hanya duduk di rumah.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah
    Selamat menjalani ibadah puasa dan yang lain2nya

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah, dapat berpuasa dan berterawih bersama keluarga kan Yatie..tahniah, Nabil dah boleh jadi imam untuk keluarga.

    BalasPadam
  6. Selamat berpuasa Yatie.
    Seronok tengok Nabil tu 🥰

    BalasPadam
  7. Bagusnya Nabil dah boleh jadi imam solat terawih ye Ti. Seronok tengok.

    BalasPadam
  8. Allahu Akram Ti.... tengok gambo Ig tu pun dah persediaan mcm nak solat kat masjid Ti... Untung hang Ti ada anak bakal tahfiz. Kirim salam kat Nabil suruh Nabil selit selitkan doa utk auntie ni sekali hihi....

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)