JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 15 Januari 2021

Yati.. hari-hari ke kena swab test 🤔🤪

Assallamualaikum kekawan semua 😍

Semoga Kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😊


En suami tgh ambil swab test Covid 19 Di KK Shah Alam


 Ada yg bertanya saya, kena ambil swab test hari² ke nak tahu Kita dah negetif..

Tak Ada ambil swab test Hari2..

Mula2 saya ingat mcm Tu.. pastu saya tanyalah staff nurse yg sebelah katil saya ni, dia dari hospital serdang , dijangkiti Covid dr pesakit dia yg tak tahu Ada Covid, bila buat swab test positive. Kenapa tak buat swab test ye, nanti Hari ke 10 baru Kita swab test balik ye. Nak tahu Kita dah negetif.

Bukan macam tu kak, kalau Kita buat swab test Covid pun ianya masih lagi positive sebab Covid dah Ada dalam badan kita. Hari ke 10 - 14 jangka hayat Covid mati. Tu sebab Kita kena kuarantin dlm tempoh Tu.. nanti dia Akan bertukar menjadi imunisasi dlm badan kita.

Tapi dia jadi pengawal akak, jika ada Covid jahat nak masuk balik dialah pelindung Kita, macam Kita kena chicken pox Tu lah, Kan Kita selalu kena sekali ajer, bagi anak2 yg ambil vaksin chicken pox tak Ada yg dijangkiti. InshaAllah.

Ada doktor dan nurse yg telah pulih Dari Covid mereka hanya pakai mask aje, alhamdulillah dah jadi imunisasi dlm badan. Ohhh patutlah akak tengok Ada yg pakai mask aje..

Allahuakhbar , sayang sungguh Allah SWT pada kitakan.. benarlah Allah SWT berfirman:

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,"

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

"(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."

Tapi ni lah tempoh 10 Hari ni Kita lawan sungguh Covid ni, Tu sebab bila akak batuk Kita bagi ubat batuk, sbb batuk berkaitan dgn paru2, bila akak sakit tekak Kita bagi ubat kumur2, tapi kumur2 dgn garam kak yg bagus. Saya pun kumur2 dgn air garam hihihi😁.

Bila akak sakit perut cirit birit Kita bagi ubat cirit birit. Sebab dia menyerang tempat yg Kita sakit. Jadi Kita rawat tempat yg Kita sakit.

Ooohhh macam Tu ye.. 😌 jadi 10 Hari ini Kita berjihad utk melawan.

Staff nurse pun teruk kena, badan panas menggigil-gigil, mlm tadi saya tolong gak dia basahkan tuala letak kat kepala dia , bagi mkn penadol sbb dia tak boleh bangun dah.. ni dah bawa ke ward hospital sg buloh bagi antibiotic Dan pemantuan rapi.

Tu lah dia cerita sebenarnya ramai yg telah dijangkiti tetapi tak tahu sbb tak buat swab test, ye lah nak buat semua , Kos tinggi jadi ambil yg bergejala je lah Dan kontak rapat.

Jadi dia kata kalau Ada yg bergejala buat swab test jgn tunggu atau diam² mcm Tu.. takut nanti lagi ramai yg dijangkiti. Wabak ni merebak cepat skrg ni..

Kesian sgt pd warga emas Dan kanak2.. imunisasi tak kuat.. mcm satu mak cik ni dah lama dah.. sbb dia Ada darah tinggi, kencing manis, pastu skrg demam, tadi berbual dgn dia , muka sedih je, dia ckp bila lah nak sihat ni.. dah tak tahan dah.. saya ckp dah mkn ubat demam, bagi yg positive je kat dia.. sabar ye mak cik. Ptg Tu bawa Naik ke ward utk pemantuan rapi.

Sekarang Kita Jaga diri Kita Dan keluarga Kita.. Kita belum menang 

Ya Allah yg Maha Memelihara Dan Maha Penyayang kurniakan lah Kami kesembuhan Dan lindungi lah kami semua 😍. Aamiin YRA 🤲🏻❤️


7 ulasan:

  1. Barulah saya faham apa benda Covid-19 tu. Terima kasih atas perkongsian yang mudah difahami.

    BalasPadam
  2. Sy ada baca, dalam tempoh dua tahun jugak nak jadikan semua orang imun pada virus ni, semoga Kak Yatie muat melawan virus ini dan dapat segera pulang ke pangkuan keluarga

    BalasPadam
  3. Thanks sharing. Saya doa next swab nanti negatif so boleh pulang ke rumah. Covid affect orang berbeza-beza. Mana yang tahan memang teruk gejalanya. Get well soon. Jaga diri

    BalasPadam
  4. Aamiin... semuga kita semua dilindungi dari wabak ini.. Mudah2 an Yatie jugak segera sembuh.

    BalasPadam
  5. adeh..seram la dgn covid ni sbb x de gejala tp pergi test +ve

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)