JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 15 April 2024

SALAM EIDUL FITRI 1445H /2024M

 Assalamualaikum semua๐Ÿ˜❤️

Sahabat blogger yg dikasihi ❤️❤️❤️ rindunya dgn sahabat blog .. semakin menyepi CH ni kan... ๐Ÿ˜ penat membuang sawang diblog kecil ku ini.. ๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ˜…


CH seperti tahun² yg lalu, selepas kedua ibubapa meninggal dunia beraya dikampung encik suami di Felda Bukit Jalor Gemencheh Negeri Sembilan.

Alhamdulillah FIL dikurniakan kesihatan yg baik.. umur skrg dah 84tahun.❤️

Inilah keluarga comel CH.. masing dah dewasa.. gmbr diblog pun tak tukar² lagi.๐Ÿ˜ kakak Nabilah pun tengah praktikal, Najeeha pula di Kolej Profesional MARA Bandar Penawar Johor Baharu Johor dan Nabil pula di Maahad Tahfiz Solehin Seremban Negeri Sembilan.

Sebahagian keluarga Hj Yahya.. yg tiada kak long Roslah dan Aboy yg berhari raya di Sabah rumah mentua masing².

Sempat ambil gambar berdua di rumah mak andak di Chohong Jasin Melaka..๐Ÿ˜❤️๐Ÿฅฐ

Petang hari raya pertama tu balik kg Chohong, hanya ada mak andak, adik arwah MIL, dua orang adik arwah MIL meninggal tahun lepas, pak itam dan pak uda. Al Fatihah utk mereka berdua.

Raya ke 3 kami dah pulang ke Shah Alam, sebelum tu singgah di rumah mak mertua adik ipar di Masjid Tanah Melaka. Teruja bergambar dipondok kecil ini๐Ÿฅฐ

Kami tak balik terus dirumah Shah Alam, terus ke Kuang, pergi kerumah kak andak.. hanya sempat gambar di rumah pusaka mak abah. 5 beradik perempuan.. Kak Angah, Kak Alang , Kak Andak dan Adik Uda. Kak Ateh beraya di kampung mentua.๐Ÿ˜

Itulah kisah hari raya CH.. aduhai lama juga utk menulis hahaha.. kena rajin balik menulis blog ini.๐Ÿ˜…








Sabtu, 14 Oktober 2023

BILA ANAKMU BERTANYA TENTANG PALESTIN

 Assalamualaikum sahabat blog ku sayang๐Ÿฅฐ
Semoga kita berada dalam rahmat Allah SWT๐Ÿ˜
Rindu kenangan solat di Masjidil Aqsa Palestin pd tahun 2019, dah 5 tahun berlalu, terasa ingin kesana lagi๐Ÿฅฐ๐Ÿฅฐ๐Ÿ’–๐Ÿ’ž❤



Apabila anak kita bertanya, 

"Mengapa kita memberikan perhatian kepada PALESTIN dan selalu mengikuti isu semasa di Baitul Maqdis?"


Apa jawapan kita? 


Ceritakan kepada anak kita:

Wahai anakku, sesungguhnya PALESTIN adalah tempat tinggal para Nabi.


๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Nabi kita Ibrahim ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุณู„ุงู… hijrah ke PALESTIN.


๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Nabi Lut ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุณู„ุงู… diselamatkan oleh Allah dari azab yang turun pada kaumnya menuju bumi yang diberkati, iaitu bumi PALESTIN.


๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Nabi Daud ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุณู„ุงู… tinggal di PALESTIN dan membangun mihrabnya.


๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Dan Nabi Sulaiman ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุณู„ุงู… memerintah seluruh dunia dari PALESTIN, kisahnya yang popular berkaitan semut yangg berkata, “Hai semut, masuklah ke tempat tinggal kalian.” Tempat yang disebut dengan wadi an-Naml (lembah semut) itu terletak di PALESTIN dekat (‘Athqalan).


๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Di PALESTIN juga, terdapat mihrab Zakaria ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุณู„ุงู…, sebagaimana Musa ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุณู„ุงู… meminta kaumnya memasuki Bumi Muqaddasah, beliau menamakan dengan al-Muqaddasah, iaitu (suci) dari syirik, dan dijadikan tempat tinggal para Nabi.


๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Banyak mukjizat yang terjadi di dalamnya, di antaranya kelahiran Nabi 'Isa ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุณู„ุงู… dari ibunya Maryam, seorang gadis tanpa suami, dan Allah mengangkatnya ketika Bani Israil sepakat untuk membunuhnya.


๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Di PALESTIN, Maryam  menggoyang batang pohon kurma setelah kelahirannya dalam keadaan paling lemahnya wanita.


๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Termasuk tanda-tanda akhir zaman di PALESTIN, Nabi 'Isa ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุณู„ุงู… akan turun di menara putih Syria, dan akan membunuh Dajjal di gerbang Lod PALESTIN, serta banyak cerita lain yang pernah terjadi di PALESTIN, di antaranya kisah Talut dan Jalut.


1. Anak kita bertanya: 

“Bagaimana dengan Nabi Muhammad ๏ทบ dan hubungannya dengan PALESTIN?”


Jawab: 

“Dulu kiblat pada awal diperintahkannya solat adalah menghadap ke PALESTIN, dan ketika Nabi hijrah ke Madinah, Malaikat Jibril turun dan baginda sedang solat, Jibril memerintahkan untuk mengubah kiblat dari Baitul Maqdis ke Mekah al-Mukarramah lalu masjid tempat baginda solat dinamakan masjid Dzulqiblatain (dua kiblat).”


๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Demikian juga ketika Rasulullah ๏ทบ melakukan Isra’, baginda pergi ke Baitul Maqdis sebelum Mi’raj ke langit. Inilah terminal pertama baginda berhenti setelah berangkat dari Mekah sebelum menuju ke langit, dan baginda menjadi imam solat para Nabi.


๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu bertanya kepada Rasulullah: “Masjid mana yang pertama kali diletakkan oleh Allah di muka bumi?” Baginda menjawab, “Masjidil Haram.” Aku bertanya lagi, “Kemudian masjid mana?” Baginda menjawab, “Masjidil Aqsa.” Aku bertanya lagi, “Berapa jarak antara keduanya?” Baginda menjawab, “Empat puluh tahun.” Kemudian baginda bersabda, “Di manapun solat menjumpaimu, maka solatlah dan bumi bagi kalian adalah masjid.”


๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ"Wahai anakku, Apakah kamu tahu bahawa Abu Bakar as-Siddiq radhiyallahu 'anhu meskipun sibuk dengan masalah kemurtadan orang-orang Arab di Jazirah Arab dengan menyediakan pasukan untuk memerangi mereka agar kembali kepada Islam yang benar, beliau tidak membatalkan pasukan yang diperintahkan Nabi untuk pergi ke Syam, meskipun memerlukan kekuatan untuk mengembalikan kestabilan Jazirah.


๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Apakah kamu tahu masa keemasan penaklukan Islam di masa Umar al-Faruq radhiyallahu ‘anhu, beliau tidak pernah keluar dari Madinah untuk merayakan penaklukan (pembukaan) negeri kecuali PALESTIN, beliau pergi ke sana sendiri dan membukanya dengan damai, solat di dalamnya dan menerima kunci untuk menyelamatkan orang-orang Nasrani dari penindasan orang-orang Rom saat itu.


๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Kemudian dibuka lagi oleh Salahuddin al-Ayyubi di hari bersejarah tahun 583 H hari Jumaat bertepatan dengan tanggal 27 Rajab, tanggal yang sama dengan malam Mi’rajnya Nabi ke langit melalui Baitul Maqdis. Ini merupakan fakta yang ajaib yang mana Allah memudahkan pengembalian al-Quds kepada pemiliknya sama seperti waktu Isra’ dan Mi’raj."


2. Anak kita bertanya lagi: 

“Kenapa dinamakan dengan Baitul Maqdis?”


Jawab: 

“Nama ini telah ada sebelum turunnya al-Quran, ketika al-Quran diturunkan, ia disebut Masjid al-Aqsa, dan dinamakan Baitul Maqdis kerana kesuciannya yang istimewa.


Oleh kerana itu, tanah PALESTIN dan Syam adalah tanah Ribat, telah syahid di dalamnya 5000 dari kalangan para sahabat mulia, mereka bersemangat untuk membuka Baitul Maqdis dan membebaskannya daripada penindasan Rom. Para syuhada’ masih berguguran sampai hari ini, inilah tanah para syuhada’ dan tanah ribat.”


3. Anak kita berkata: 

"Jadi, pentingnya Masjid al-Aqsa dan bumi Syam seperti pentingnya Haramain, Mekah dan Madinah?”


Jawab: 

“Ya, anakku. Allah ๏ทป mengumpulkan keduanya dalam firman-Nya, *“Demi buah Tin dan buah Zaitun. Dan demi bukit Sinai. Dan demi kota Mekah ini yang aman*.” (At-Tin: 1-3)


๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Ibnu Abbas berkata: "At-Tin adalah negeri Syam, az-Zaitun negeri PALESTIN, bukit Sinai adalah gunung di mana Allah berbicara kepada Musa ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุณู„ุงู… di Mesir, dan al-Balad al-Amin adalah Mekah al-Mukarramah."


๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Allah ๏ทป berfirman: “Dan sungguh kami telah tetapkan dalam kitab-kitab setelah dicatat di Lauh Mahfuzh bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaku yang soleh.” (Al-Anbiya’: 105)


4. Anak kita berkata: 

“Sekarang saya faham pentingnya PALESTIN dan Masjid al-Aqsa, sebagaimana saya faham bahawa solat di dalamnya dilipatgandakan menjadi 500 kali ganda, apakah ini benar?”


Jawab: 

“Ya nak, itu benar, dan jangan kamu lupakan anak-anak PALESTIN dan penduduknya dari doamu. Semoga Allah memberkatimu nak.”


Footnote: This is not my writing. Credit to the original writer


Semoga Allah sentiasa memberkati, merahmati dan melindungi saudara-saudara kita di PALESTIN.

Sabtu, 29 April 2023

SALAM EIDUL FITRI 1444H/2023M

 Assalamualaikum sahabat semua๐Ÿ˜
Salam Eid Mubarak 8 Syawal 1444H, rindu dgn sahabat blogger semua๐Ÿฅฐ Dah nak masuk bulan Mei.. 5 bulan berlalu.. tiada cerita dimuat naik.. aduhai.. jadi kita ceritalah hari raya ye..




‎ุชَู‚َุจَّู„َ ุงู„ู„َّู‡ُ ู…ِู†َّุง ูˆَู…ِู†ْูƒُู…ْ ูˆَ ุชَู‚َุจَّู„ْ ูŠุงَ ูƒَุฑِูŠْู…ُ

Taqabbalallahu Minna wa Minkum waTaqabbal ya Kareem๐Ÿ•Œ๐ŸŒŸ๐ŸŒ™

Semoga Allah SWT menerima amal ibadah kita semua & dilanjutkan usia bersua Ramadhan Tahun mendatang. Aamiin Ya Rabb.

 ๐Ÿ’ซSalam Eidul Fitri 1444H/2023 ๐Ÿ’ซ

Mohon Maaf Zahir & Batin atas segala salah dan silap terkasar bahasa keterlaluan cara.

๐Ÿ€✨✨✨✨๐Ÿ€



Sesungguhnya penuh cerita suka dan duka pada tahun 2023. Pada 14.3.2023, yakni lagi 10 hari untuk menyambut bulan Ramadhan, kami telah kehilangan abang sulong, Abdul Jalil Bin Haji Mohd Isa, pemergiannya sungguh mengejutkan kami adik beradik. 


Along memang ada sakit kanser sejak 8 tahun yg lalu, tapi beliau tidak sakit terlantar, beliau juga tidak mahu buat rawatan kimoterapi, keadaan fizikalnya sihat , cuma on off sakitnya.. bila dtg ziarah along masih elok berbual mesra. Seminggu sebelum tu, kak ateh ada dtg menziarah along , kak ateh kata along tak sihat, tapi masih elok duduk bersembang dgn kak ateh, jadi merancang utk ziarah pd 16.3.2023 sambil buat kenduri sambut ramadhan dan bacaan tahlil utk almarhum abah dan almarhumah mak, namun perancangan Allah sebaiknya.. 

Kak ateh yg begitu terkejut kerana baru saje berjumpa walaupun pada masa itu along kata tak sihat ni, badan rasa tak sedap, kak ateh nak bawa ke hospital, tapi almarhum menolak, nanti sakit badan along kena cucuk jarum, kalau nak mati biarlah dirumah, katanya.. benarlah , sungguh mudah pengakhiranya, pagi pukul 10.00am almarhum nazak dan dlm pukul 10.15am almarhum meninggal dunia. Adik saya uda dan kak ipar saya yg menghadap pemergiannya. ๐Ÿ˜ช

Alhamdulillah , kami adik beradik dpt menguruskan jenazahnya.. sedih yg amat sgt sewaktu memandikan jenazahnya.. menjirus air mawar keatas tubuhnya๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ




Cuma adik saya itam Azharudin yg tidak dpt melihat jenazah almarhum kerana baru saja balik umrah pd hari almarhum meninggal. Itam transit di Singapore pukul 12.00 tghri. Saya cuba call juga, pd pukul 11am, ingatkan dah smpi, rupanya delay 1 jam, itam cuba juga untuk ambil flight dari singapore je KLIA, yg ada pukul 5.00pm , tak dpt juga tunggu sbb dah pukul 8.00pm baru smpi.. Redha atas segala ketentuanya.๐Ÿ˜ฅ

Anak almarhum yg sulong pun tidak dapat melihat ayahnya kali terakhir kerana dlm pelayaran ke Bintulu Sarawak. Pada hari khamis baru dapat balik ke Semenanjung. 

Anak almarhum yg no 2 dari Johor dapat jumpa jenazah di Masjid  utk solat jenazah. Yang pakai pelitup muka kerana dia tak sihat batuk dan demam sedikit. 

Damailah along , Almarhum Abdul Jalil, bersemadi di sini. Ya Allah , Ampunilah, rahmatilah , kasihanilah along, semoga rohnya bersama para anbiya, siddiqin, syuhada dan solehin.  Gantilah syurga sebagai tempat tinggalnya yang baru. Aamiin๐Ÿคฒ๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š ALFATIHAH



Isnin, 4 Julai 2022

ZIKIR 10 HARI PERTAMA BULAN ZULHIJJAH๐Ÿ•‹๐Ÿ˜

Assalamualaikum kekawan semua๐Ÿฅฐ
Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yg baik dan usia yg diberkati.

Di bulan Zulhijjah yg mulia ini, marilah kita memperbanyakkan zikir, bersedekah dan berpuasa.









Jumaat, 18 Mac 2022

Salam Nisfu Syaaban ๐Ÿ’š

 Assalamualaikum kekawan ๐Ÿ˜

Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah SWT dan dikurniakan kesihatan yg baik jua ๐Ÿคฒ❤




















Isnin, 21 Februari 2022

Sudah bulan Februari 2022...๐Ÿค”๐Ÿ˜

 Assalamualaikum kekawan ๐Ÿ˜Š

Semoga kita semua berada didalam rahmat Allah SWT dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya๐Ÿ˜๐Ÿคฒ

Semakin lemau blog saya ni ye kekawan ๐Ÿ˜‚๐Ÿ™ƒ sepatutnya dah sambut ulang tahun ke 10..๐Ÿ’–๐ŸŒŸ

Kita nyanyilah sikit utk blog saya ini..

Selamat ulang tahun๐ŸŽผ๐ŸŽต

Ke 10 tahun๐Ÿญ๐ŸŽ‚๐ŸŽ‚

Semoga puan blog bertambah rajin utk menulis ๐Ÿฅฐ๐Ÿค—

Sayang dgn blog ini dan juga sahabat maya bloger..๐Ÿคฉ

Sebenarnya byk yg hendak dikongsi..

Tapi asyik lemau semangat menulis tu..

Ok lah utk permulaan , 

Seorang alim tasawuf bernama Abul Qasim Al Hskim berkata :

"Barang siapa yang takut kepada sesuatu maka ia lari darpadanya, dan barang siapa yang takut kepada Allah, maka ia lari kepadaNya"

Jomlah kita lari dari covid Omicron yg tengah melanda.. 

Kita larilah kepada Allah untuk kembali kepadaNya yg sebenar-benarnya.




Peringatan utk diri sendiri..

Isnin, 8 November 2021

MENEMUKAN KHUSYUK YANG HILANG ๐Ÿ’•๐ŸŒท

Assallamualaikum kekawan semua ๐Ÿ˜

Semoga Allah SWT kurniakan kesihatan yg baik jua buat kita semua ๐ŸŒน❤️


 MENEMUKAN KHUSYUK YANG HILANG.

Saya masih banyak kekurangan. Apa yang saya lakukan SEBELUM masuk waktu solat, saya ambil masa dalam 1-15 minit untuk diam dari

melakukan apa jua kerja.

1. Yang saya lakukan hanyalah berkomunikasi dengan Allah. Tidak

memohon. Tetapi sekadar bercerita. Saya suka bercerita kepada Allah.

Tentang kerja, tentang hidup, tentang keluarga, anak-anak. Tentang apa

saja.

2. Kemudian setelah masuk waktu solat, saya bangun untuk mengambil

wuduk dalam KESEDARAN bahawa saya sedang dalam perjalanan untuk

bertemu denganNya secara formal.

Saya ingin memujiNya, saya ingin memohon (mengikut doa dalam solat) dan saya ingin berterima kasih pada Nya.

3. Sepanjang wuduk… saya SEDAR bahawa Yang ingin saya temu adalah Allah. Saya pastikan wuduk saya sempurna. Saya minta agar segala anggota wuduk saya dilindungi Allah dari melakukan kejahatan dan

kemaksiatan.

4. Dalam perjalanan untuk memulakan solat saya tetap jaga kesedaran

bahawa saya dalam persediaan jumpa Allah.

Saya bentang sejadah dan tetap kesedaran bahawa saya ingin bertemu Allah tidak saya lepaskan.

5. Ketika saya berdiri untuk mula takbir, saya istighfar dahulu.

Memohon keampunan pada Allah seawal lagi agar pujian saya benar-benar datang dari hati yang bersih. Berulang-ulang saya istighfar.

6. Kemudian saya mengangkat Takbir dan saya menyedariNya. Saya memanggil Allah Yang Maha Besar, Yang saya rindui.

7. Saya tidak “membaca” Doa iftitah. Tetapi saya memuji Allah dalam Doa Iftitah. Mulut ini berkomunikasi dalam bahasa arab. Namun hati ini memahami apa yang diucapkan adalah….

“Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Besar sebesar-sebesarnya ya

Allah. Ya Allah Segala puji bagiMu ya Allah sebanyak-banyaknya ya

Allah. Ya Allah, Maha Suci Engkau di pagi dan petang ya Allah.”

“Ya Allah ku hadapkan wajahku kepadaMu Tuhan yang menjadikan langit

dan bumi dengan benar-benar lurus dan berserah kepadaMu ya Allah. Ya

Allah, aku ini bukan dari kalangan orang-orang yang musyrik ya Allah.”

“Ya Allah sesungguhnya ya Allah, solatku ya Allah, ibadahku ya Allah,

hidupku ya Allah, matiku ya Allah adalah hanya untukMu ya Allah.”

“Ya Allah, tidak ada sekutu bagiMu ya Allah, dan aku diperintahkan

untuk tidak menyukutukanMu ya Allah dan aku ini dari golongan orang yang berserah diri.

8. Kemudian, saya terus memujiNya dalam Al-Fatihah. Sebuah lagi skrip hadiah dari Allah untuk kita berkomunikasi denganNya. Kita

berkomunikasi di dalam bahasa arab namun kita faham yang sedang kita

komunikasikan dengan Allah adalah….

“Ya Allah, Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan yang terkutuk ya Allah.”

“Ya Allah, Dengan namaMu ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah dan

Penyayang ya Allah”.

“Ya Allah, Segala puji bagiMu Tuhan yang memelihara segala alam ya Allah. Engkaulah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang ya Allah.

Engkaulah raja yang menguasai hari pembalasan ya Allah.

Ya Allah…. kepadaMu-lah kami sembah Ya Allah .. dan kepadaMu-lah kami

mohon pertolongan ya Allah. (saya selalu tidak mampu menahan kesayuan tika saat ini. Saya sangat rindu padaNya hingga seluruh tubuh ini bergetar)

Tunjukilah kami jalan yang lurus ya Allah. Jalan mereka yang telah

Engkau beri nikmat ya Allah, bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan jalan yang sesat ya Allah.”

ALLAHUKABAR indahnya solat. Ini baru selesai Al-Fatihah.

9. Kemudian kita baca surah yang mudah dan kita fahami.

10. Diamlah sejenak sebelum kita rukuk. Tuqmaninah sebentar. Sedarilah kita rukuk untuk hormat dan memuji Allah.

11. Lalu rukuklah. Namun diam dahulu. Rukunnya adalah rukuk bukan

bacaan rukuk. Diamlah namun sedar dan berterima kasih pada Allah. Terima kasih yang datang dari hati ini.

Lalu ketika ini pujilah Allah dengan benar. Pujilah Allah dari hati.

Bukan bacaan sekadar dari bibir semata-mata.

” Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Agung ya Allah.”

Selepas pujian pertama… diam lagi… rukuklah dengan benar disamping

fizikal kita benar-benar rehat. Tulang-tulang kita kembali kepada tempatnya. Darah mengalir ke otak kerana kedudukan otak sama dengan jantung.

Pujilah lagi untuk seterusnya hingga 3 kali.

12. Bangunlah dengan perlahan, dengan hormat dalam setiap pergerakan

solat. SEDARlah terus bahawa kita sedang bertemu dengan Allah. TUHAN..bukan bos, bukan menteri, bukan kawan-kawan, bukan mak ayah….tetapi Allah…. TUHAN yang menjadikan kita dan tempat kita kembali. Allah..

Iktidal… diam sebentar (tuqmaninah) lalu nyatakan pada Allah….

“Ya Allah, untukMu segala pujian ya Allah.”

Andai semuanya milik Allah segala pujian, adakah pujian milik kita?

siapa kita yang sering ingin dipuji?

Siapa kita yang sering kecewa ketika orang lain tidak memuji kita?

Siapa kita?…. Astaghfirullah.

13. Sujud….. Diamlah sebentar. Sedarlah ketika sujud ini, jasad ini

kembali kepada asalnya yakni tanah. Kita tidak ada apa-apanya lagi.

Segala pujian adalah milik Allah. Kita ini tiada apa-apanya. Kita

mengharapkan redha Allah semata-mata.

Sujudlah…

sedarlah Allah…

lalu pujilah Allah….


“Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Tinggi ya Allah”

Diamlah sebentar untuk pujian kedua dan ketiga agar benar-benar pujian

itu dari hati kita dalam kesedaran padaNya.

14. Kemudian duduklah dengan penuh tunduk dan mengharap padaNya.

Mohonlah satu persatu. Bukan membaca dengan laju…. tetapi mohonlah… mohonlah. Diri kita sangat memerlukan kasih sayang daripadaNya.

“Ya Allah, ampunilah aku ya Allah”

“Ya Allah, rahmatilah aku ya Allah”

“Ya Allah, cukupkanlah segala keperluanku ya Allah”

“Ya Allah, angkatlah darjatku ya Allah” (angkat darjat bukan naik jawatan, jadi kaya raya, jadi terkenal, sentiasa dipuji. Bukan..bukan.

Angkat darjat adalah agar Allah melindungi maruah kita. Tidak

mengaibkan kita. Andai Allah mengaibkan segala kejahatan dan

kemaksiatan kita…. Allahurabbi… tidak tertahan untuk mampu terus hidup).

“Ya Allah, Murahkan rezekiku ya Allah”

“Ya Allah, bukakan pintu hatiku untuk hidayah/petunjukMu ya Allah”

“Ya Allah, sihatkanlah aku ya Allah”

“Ya Allah, maafkanlah aku ya Allah.”

Andai ini dibaca dengan baik, Allahhurabbi…sujud seterusnya pasti akan

lebih berserah kita padaNya.

****

Jika ini dapat didirikan dengan baik, nikmatilah sendiri keindahan

solat. Betapa nikmatnya solat dan nikmatnya solat kita tidak pernah

sama sejak kita mendirikannya dulu hingga sekarang. Bahkan nikmat solat ini semakin meningkat dari satu waktu ke waktu yang lain.

Dulu saya tertanya-tanya bagaimana mereka yang dekat dengan Allah

sentiasa menunggu-nunggu waktu solat.

Allahurabbi…. ketika menikmati nikmatnya solat… barulah kita faham mengapa solat itu sering ditunggu-tunggu.

Dari tinta Dr Fuad Latip

5 Sept 2014.

Isnin, 4 Oktober 2021

TB ~ Part Akhir :: Ladies Sugeh Trips ~Bacaan Yassin, Tahlil Arwah Untuk Sahabat Dan Tazkirah ๐Ÿ“—๐Ÿ•Œ๐Ÿง•

 Assallamualaikum kekawan semua ๐ŸŒน๐Ÿ˜

Semoga Allah SWT kurniakan kesihatan yg baik jua buat kita semua ๐ŸŒน❤️๐ŸŒน


Pagi Tu sarapan dulu.. Tema baju jubah hitam dgn tudung merah ❤️๐Ÿ˜ berseri mak dara semua ni ๐Ÿคฉ

Penyudahnya jadi through back part akhir Gather Ladies di Sugeh resort tahun sudah.. dah betul sangkaan Akan dibawa ke Tahun depan entry nya ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

 Hari ini 4.10.2021 sudah setahun berlalu . Rindunya pd sahabatku yg kukasihi kerana Allah SWT. Setahun tidak berjumpa.. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜



Sementara menunggu ustazah datang Kita sembang² lagi.. tak puas² bersembang mak² yg terlepas ni..๐Ÿคฉ๐Ÿ˜˜





Lebih kurang pukul 9.30am ustazah pun sampai.. buatlah sesi taaruf sikit dgn ustazah. Ustazah ni Che Ta yg Cari.. selalu dijemput Kuliah di surau Kota Damansara. 

Lepas Tu terus buat bacaan Yasin dibimbing olehs ustazah untuk sahabat sekolah yg telah pergi bertemu Pencipta.. semoga Roh mereka dicucuri rahmat Ilahi . Aamiin YRA ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿ’š

Yang dibawah ni ๐Ÿ‘‡ senarai yg diambil Dari group wasap Ladies..

Jom kekawan utk Sama Kita bacaan Yassin  tahlil utk sahabat Kita yg dikasihi kerana Allah SWT yg telah awal meninggalkan Kita Dan Kita jua Akan menyusul. ๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข

Boleh kita senaraikan Nama sahabat Kita yg telah pergi meninggal dunia, bertemu Pencipta.

Kekawan boleh sambung list. Boleh Kita bagi pd ustazah utk Kita doakan bersama.

1. Samsiah Binti Maan

2. Suzana Binti Mahadi

3. Maznah Binti Ismail

4. Ramadaniah binti Baharin

5. Azizah Binti Abd Rasad

6. Zalmah Binti Zama

7. Noraidah Binti Nazri

8. Rahimah Binti Adnan

lelaki

1. Pawira bin Ahmad

2. Shaharuddin bin Simid

3. Mohd Khir b Khairan

4. Rosli bin Kamali

5. Rashidi bin Said

6. Azami b Abu Bakar

7. Nazri b. Abu Talib

8. Mohiyadeen b Mohammad



Selepas bacaan Yasin, ustazah bagi tazkirah bertajuk sentiasalah menjaga silaratulrahim bersama sahabat. Ustazah kata bagus kakak² semua buat gathering mcm ni, inilah membuat ikatan semakin mesra.. ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜



Habis baca Yasin Dan tazkirah bergambar pula dgn ustazah yg sporting ni.. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜


Bergambar pula diluar.. dekat kolam renang, ustazah kata best tempat ni, mcm nak buat family's day keluarga.. mmg sesuai utk keluarga yg ramai sebab banyak bilik dan ada juga rumah² bilik Di sekitar pool Tu.. anak2 mesti suka sebab boleh terus terjun je dlm pool Tu..๐Ÿคฉ


Lepas Tu apa lagi Kita lunch lah pulak.. lunch tengahari ini dimasak oleh mama nisah katering, sahabat sekolah juga, sedap masakkan kampung nisah ni.. yg paling best masak lemak cendawan kukur dgn pucuk ubi๐Ÿ˜‹ membuat Kami menambah nasi ๐Ÿคญ


Buat juga sambutan besday bagi ladies Dari Bulan Julai - Disember.. tidak ketinggalan juga ustazah pun besday Sama๐ŸŽถ๐ŸŽต๐ŸŽผ๐ŸŽ‚๐ŸŽ‚๐Ÿฐ๐Ÿฐ


Banyak tempat yg menarik utk bergambar disini, samada didalam atau diluar rumah..๐Ÿ˜๐Ÿ’–



Sebelum balik ke destinasi memasing jom lahhhh Kita bergambar lagiiiiii ๐Ÿคช๐Ÿ˜๐Ÿ˜‚ selagi tak balik bergambar je laaaa๐Ÿ’–๐Ÿคช๐Ÿ˜

Aduhaiiii semakin rindu saya dengan sahabat syurga ini.. Semoga Allah SWT merahmati Kita semua ๐ŸŒน๐Ÿ˜

p/s ikut tarikh draft pada 3/11/2020 tapi tak dipublish ๐Ÿคช๐Ÿคญ nak tunggu setahun juga hahahaha ๐Ÿคฃ blog saya ni pun dah dua Bulan tak Ada entry.. padahal Ada je cerita nak diupload.. terperap dlm draft.. hahahaha ๐Ÿคฃ Kian lemau dah blog ni.. kena Cari semangat baru. Tengok kes Covid 19 dah Turun .. Dan dah boleh rentas negeri.. bapa mertua pun dah Tanya bila nak balik kg ramai² ni..๐Ÿ˜

Rabu, 7 Julai 2021

Completed 2nd Dose Pada 4/7/2021 Dan Suami 1st Dose Pada 2/7/2021.. Alhamdulillah syukur ๐Ÿ˜˜❤️

 Assallamualaikum kekawan semua ๐Ÿ˜

Semoga Allah SWT kurniakan kesihatan yg baik jua buat kita semua ๐Ÿ˜❤️


Alhamdulillah syukur pd 4/7/2021 saya dah lengkap vaksin yakni dos kedua..๐Ÿ˜

Tahniah pada diri sendiri ...๐Ÿ’

"Anda Harus Juga"

Slogan di frame itu menarik hati saya ๐Ÿคฉ


Hanya kepada Allah SWT tempat saya bertawakkal selepas usaha dgn vaksin ini..๐Ÿ˜Š

Encik suami ajak saya temankan dia masuk kedalam.. kebetulan kaki dia sakit..
Encik suami dose pertama pada 2/7/2021 Hari jumaat Di IDCC Shah Alam..
Saya tolong isikan borang Tu.. Kan saya dah pernah dose yg pertama...

Alhamdulillah syukur cepat juga nombor dipanggil.. nak mengejar solat Maghrib..

Kata petugas tu , puan teman smpi stesen 3 ye.. tapi kalau ada kerusi boleh je teman smpi stesen 5 Tu๐Ÿ˜

Alhamdulillah syukur selesai vaksin pada pukul 8.00pm.. En suami appointment pukul 8.00pm tapi Kami pergi pukul 6.30pm.. smpi Sana pukul 6.45pm.. daftar semuanya dah 7.30pm.. Maghrib solat kat sana.. lepas solat kena dtg balik utk penerangan.. masa tu suami tanya boleh ke datang awal sebelum waktu .. doktor Tu kata boleh, janji tarikh Hari itu, pastu doktor cakap jika terlepas tarikh boleh dtg esoknya sbb Kami simpan vaksin ini. Masa isi borang tadi org sebelah Tu baru dapat masej appointment ptg Tu... Dia Dari Sri Kembangan, bergegas datang ke Shah Alam.. 
Kekawan kena selalu semak my sejahtera, takut dah dpt appointment dose pd Hari itu..

Nabilah suruh ambil gambar angkat jari telunjuk je.. Kata Allah SWT yg Esa jua tempat segala makhluk bergantung.. Abah nya pun buatlah.. yelah vaksin ini ikhtiar kita.. Allah SWT jua yg menentukan..

Kita simpanlah diblog kecik saya ini sebagai kenangan ๐Ÿ˜

"SAYA TELAH LENGKAP DIVAKSIN"
"ANDA JUGA HARUS"
LINDUNGI DIRI LINDUNGI SEMUA ๐Ÿ˜

PKPD = Patuh Kepada Perintah Allah SWT Diperketatkan

SOP = Sunnah Of Prophet Muhammad SAW diikuti