Assalamualaikum kekawan... ceria dan sihat selalu :)
Tahun depan kata pak menteri tol akan dinaikan ... sesiapa yg tak hendak bayar tol boleh ikut jalan lama... tak pe lah pak menteri kami ikut jalan hutan jer lah ye, naik gajah hehehe...
Cerita di Afamosa lagi ye kekawan... apa lagi selagi ada binatang yg boleh ditunggang , budak bertiga ni semua nak dicuba... tersangatlah excited nak naik gajah ni... masa ni di Safari park tu lah...
Naik gajah ni seorang RM10 tapi jika beli barangan cenderahati yg berharga RM30 boleh naik dua orang, jadi kakak saya beli topi cowboy tu nak buat kenangan dirumahnya.. maka dapatlah kami 4 beranak naik gajah tu... kakak saya tak mahu naik, dia kata gajah tu busuk, tapi masa kami naik elok pulak gajah tak bau busuk, agaknya gajah yg dalam kandang tu yg busuk agaknya...
Tempat nak naik gajah tu, muka semua happy :)
Bila gajah dah mula bergerak, muka semua dah cuak... cuba tengok muka nabilah tu dah takut semacam jer hahahha...
Pengembaraan bermula untuk meredah hutan, balik kg atok kata nabil.. bila tahun nak sampai ni Nabil hehehe...
Meredah sungai pulak... memang advanture betul naik gajah tu balik kampung kan hehehe..
Dalam jugak sungai tu kekawan hingga mencecah perut gajah tu ...
Okey dah sampai sila turun ye anak-anak, gajah nak rehat, penat bawa kita 4 orang ni kihkihkih...









