JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Cuti-cuti Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cuti-cuti Malaysia. Papar semua catatan

Isnin, 9 Januari 2017

Melenjan di GOLD COAST MORIB ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya.


Pergi melenjan ke Gold Coast Morib ni pada penghujung bulan Disember 2016 yg lepas.. kesian anak2 tiada bawa ke mana tu.. jadi last minit booking kat agoda untuk ke sini.. saya ambil apartment 2 bilik.. besar juga rumah nya .. tak sempat pula nak ambil gambar apartment tu.. sebab nak masuk chek in pukul 3pm.. anak2 dah sibuk mengajak terjun kolam hahha :D

Kami sampai tu awal kekawan.. dari rumah Shah Alam tu lebih kurang 1 jam jer.. lebih kurang pukul 12 tengahari.. kononnya weekdays ni boleh lah check in awal.. tapi non hado .. sebab cuti sekolah kan.. jadi tunggu lah pukul 3pm tu .. 
Jadi kami pergi lah ke tepi pantai tu untuk makan tengahari bekal yg dibawa tu.. sedap pula makan sambil ditiup angin pantai tu.. saya dah masak awal2 dari rumah.. menu hari tu.. tomyam ayam.. ayam goreng berlada.. ayam goreng kunyit.. kena ikut tekak anak.. ada yang nak pedas ada yang tak mahu pedas.. tambah lagi dengan sambal tumis udang dengan petai.. gulai nangka dengan ayam kampung, nasi dan juga tambah dengan nasi impit diregukan dengan rendang ayam dan roti untuk malam nanti juga..

Lepas makan berposing-posing lah tepi pantai tu.. anak-anak seronok bermain pasir.. tapi tak sesuai untuk mandi sebab airnya berlumpur.. masa tu dah air tengah surut.. ramai yg mencari kerang ditengah tu.. 

Disitu ada pulak buaian.. jadi kami bermain buai lah pulak.. dah lama tak naik buai yg talinya ikat didahan pokok tu.. hihihi..
Teruja anak-anak dan jugak mak pak nya hahha..
Selepas tu pergi juga check in dulu nanti kunci ambil pukul 3 nanti.. solat lah zohor di surau disediakan untuk orang ramai yg datang walkin mandi tu.. kata adik tu nak mandi dulu boleh jer kak.. nanti pukul 3 ambil kunci.. jadi yg mandi dulu si Nabil dengan Nabilah.. saya malas nak basah2 nanti naik ke atas.. baik letak barang2 dulu..  
Okey sampai sini dulu nanti sambung ye ^___^

Sabtu, 28 Disember 2013

AFAMOSA PART 4 # COWBOY TOWN.... HEEAAAYYAAH..



Assalamualaikum kekawan... selamat berhujung minggu di hari Sabtu :)

Jom kita sambung cerita gi Afamosa Melaka itu hari lagi ye, selepas berjimba-jimba di waterpark, malam tu kami berjimba-jimba pulak ke Cowboy Town... kita cerita sambil tengok gambar ye kekawan... 


Ini pintu masuknya, ada santa tengah buat show menyanyi, bergambar dgn nabil jer...



Pertunjukan mula pukul 8.30pm... kami sampai tengah show Red Indian bermain api... Nabil terperanjat tengok api keluar dari mulut "Pulu-Pulu" tu... hehehe bahasa nabil dari cerita Upin Ipin tu kan

Duduk kerusi depan sekali budak-budak semua ni.. cantiknya dia buat api tu macam kipas mama kata Nabilah terpegun...

Aksi para penonton pulak yg teruja dengan berbagai pertunjukan yg berwarna-warni dan adegan mencemaskan...


Lepas tu keluarlah pulak cerita santa dengan nyanyian... kebetulan nak Krimas kan... siap ada rusanya sekali...

Lepas tu keluar pulak orang yg tinggi-tinggi belaka... cam na dorang boleh tinggi tu Abah... tanya Nabil..

Keluar pulak cowboy berkuda... bestnya naik kuda kata nabil...

Ni kambing dan pooney pulak keluar, kakak yg suka dengan pooney tu...

Gajah show time.. lepas tu gajah tu hulur belalainya  kat Nabilah, menjerit dia, lah kena dah hingus gajah tu hahaha

Red Indian pulak...

Gajah tu pun boleh ditunggang kat cowboy town ni...

Kereta berhias pulak.... banyak sebenarnya kereta berhias ni... tak terpilih gambarnya, 

Dapat jugak Nabil ni naik kuda tapi Poney jer lah kan....




Akhir sekali adalah pertunjukan bunga api, saya tak ambil gambar pun, ini ambil pic dari en google....

Happy sungguh kami pada malam itu, pukul 11pm baru habis semua show tu... 

Rabu, 25 Disember 2013

WW :: AFAMOSA PART 3 # CAAKKKK KENAL SAYA TAK...

 Assalamualaikum kekawan... selamat bercuti Krimas di hari Rabu :)















p/s Layan Gambar Nabil dan Nabilah naik unta pulak :)

Selasa, 24 Disember 2013

TOL NAK NAIK.... JOM IKUT JALAN HUTAN ... EHE :D


Assalamualaikum kekawan... ceria dan sihat selalu :)

Tahun depan kata pak menteri tol akan dinaikan ... sesiapa yg tak hendak bayar tol boleh ikut jalan lama... tak pe lah pak menteri kami ikut jalan hutan jer lah ye, naik gajah hehehe...

Cerita di Afamosa lagi ye kekawan... apa lagi selagi ada binatang yg boleh ditunggang , budak bertiga ni semua nak dicuba... tersangatlah excited nak naik gajah ni... masa ni di Safari park tu lah...

Naik gajah ni seorang RM10 tapi jika beli barangan cenderahati yg berharga RM30 boleh naik dua orang, jadi kakak saya beli topi cowboy tu nak buat kenangan dirumahnya.. maka dapatlah kami 4 beranak naik gajah tu... kakak saya tak mahu naik, dia kata gajah tu busuk, tapi masa kami naik elok pulak gajah tak bau busuk, agaknya gajah yg dalam kandang tu yg busuk agaknya...


Tempat nak naik gajah tu, muka semua happy :)

Bila gajah dah mula bergerak, muka semua dah cuak... cuba tengok muka nabilah tu dah takut semacam jer hahahha...

Pengembaraan bermula untuk meredah hutan, balik kg atok kata nabil.. bila tahun nak sampai ni Nabil hehehe...

Meredah sungai pulak... memang advanture betul naik gajah tu balik kampung kan hehehe..

Dalam jugak sungai tu kekawan hingga mencecah perut gajah tu ...

Okey dah sampai sila turun ye anak-anak, gajah nak rehat, penat bawa kita 4 orang ni kihkihkih...


Selasa, 17 Disember 2013

Cuti-Cuti Malaysia ~ A'Famosa Melaka... ^___^

Assalamualaikum kekawan... semoga ceria dan sihat selalu...

Setelah 12 tahun hanya lalu sahaja didepan Afamosa ini bila balik kg encik suami di Felda Bukit Jalor... baru sekarang kami memasuki dan menerokai apa yg ada dalam Afamosa ini... memang enjoy betul kami disana.. saya pergi bersama adik beradik saya 4 keluarga ajer.... 
Jom kita cerita sambil tengok gambar ye...


 Bila dah sampai di pintu masuk, semestinya bergambar dahulu.. gambar Nabilah, Nabil dan sepupunya Danny...


Saya, Kak Lang dan Uda adik saya pun bersama sikecil Saffiyah...

Ini tempat penginapan kami Kondo D`Savoy... memang luas kondo ni kekawan duduk 4 keluarga ni pun tersangat selesa...

Bilik utama inilah tempat tidur kami lima beranak ada dua katil Queen.. pastu bilik air didalamnya..

 Bilik kedua tempat kak lang dan kak andak.. serta mak saya...
Bilik ketiga tempat uda anak beranak....

Bujang tiga orang tu tidur diruang tamu ni... kami bawa juga dua comforter untuk dia orang tidur


Bilik air utama di bilik utama kami... kondo ni ada dua bilik air...

Dapurnya tempat kami orang perempuan main masak-masak... kami bawa beras dan lauk pauk semua .. tak makan diluar pun.. enjoy sangat main masak-masak disini... dapurnya luas..


Nabilah yang sporting untuk bergambar...


Apa lagi mama pun nak sama bergambar hehehe :)

p/s Ini mukadimahnya dulu ye kekawan ... entry seterusnya adalah aktiviti kami disana... kena susun gambar dulu ni.. banyak sangat.. :)