JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Ais Krim Goreng. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ais Krim Goreng. Papar semua catatan

Isnin, 22 April 2013

Jom Buat Ais Krim Goreng .... yummy ^____^

Ini idea kak Nabilah pulak.... "Mama apa kata kita cuba ais krim goreng... ais krim durian yang kita buat tu ada lagi.... " 

"Ye tak iye kakak, meh kita cuba pulak " saya meng iyekan idea kakak tu...

Kebetulan saya ada beli roti untuk sarapan mereka esok pagi, jadi saya ambil lah 12 keping, kebetulan beli yg besar punya roti...

So, bermulalah projek kami dua beranak ni... sebelum ni buat ais krim durian dengan kak Jeeha... (ceritanya disini Ais Krem Durian) sekarang buat Ais Krim Goreng dengan kak Nabilah pulak :)

Ais krim goreng :)


Terbaeeekkk Mama Yummy  :D
Model mama yang sentiasa hendak
rasa dahulu... pastu tak cukup dua
pulak tu nak lagi, dahlah dapat
6 keping jer :)

Meh meh meh kita tengok step by step cam mana nak buat ais krim goreng ni...


Mula-mula ambil sekeping roti, lepas tu letak ais krim durian
di tengah roti tu ..

Lepas tu ambil pula sekeping roti lain, letak diatas roti
yang telah diletak durian tu ...

Kemudian ambil cawan plastik tekan ditengah-tengahnya
nanti dia jadi bentuk bulat lah...

Tada... macam ni, lepas tu picit-picit di sekeliling tepi roti
tadi supaya dia melekat.... (ini kak Nabilah punya part)

Lepas tu masukan dalam plastik
Simpan dalam peti ais selama 4 jam ( saya masak esok harinya)

Panaskan minyak sebenar-benar panas tau... suam-suam kuku
tak boleh hehehe

Lepas tu tutup api dapur, kemudian masuk roti ais krim tu

Tada .... dah siap digoreng....

Kakak Nabilah yang gembira dengan
hasil kerjanya... Ais Krim Goreng ... Yummy