JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 22 April 2013

Jom Buat Ais Krim Goreng .... yummy ^____^

Ini idea kak Nabilah pulak.... "Mama apa kata kita cuba ais krim goreng... ais krim durian yang kita buat tu ada lagi.... " 

"Ye tak iye kakak, meh kita cuba pulak " saya meng iyekan idea kakak tu...

Kebetulan saya ada beli roti untuk sarapan mereka esok pagi, jadi saya ambil lah 12 keping, kebetulan beli yg besar punya roti...

So, bermulalah projek kami dua beranak ni... sebelum ni buat ais krim durian dengan kak Jeeha... (ceritanya disini Ais Krem Durian) sekarang buat Ais Krim Goreng dengan kak Nabilah pulak :)

Ais krim goreng :)


Terbaeeekkk Mama Yummy  :D
Model mama yang sentiasa hendak
rasa dahulu... pastu tak cukup dua
pulak tu nak lagi, dahlah dapat
6 keping jer :)

Meh meh meh kita tengok step by step cam mana nak buat ais krim goreng ni...


Mula-mula ambil sekeping roti, lepas tu letak ais krim durian
di tengah roti tu ..

Lepas tu ambil pula sekeping roti lain, letak diatas roti
yang telah diletak durian tu ...

Kemudian ambil cawan plastik tekan ditengah-tengahnya
nanti dia jadi bentuk bulat lah...

Tada... macam ni, lepas tu picit-picit di sekeliling tepi roti
tadi supaya dia melekat.... (ini kak Nabilah punya part)

Lepas tu masukan dalam plastik
Simpan dalam peti ais selama 4 jam ( saya masak esok harinya)

Panaskan minyak sebenar-benar panas tau... suam-suam kuku
tak boleh hehehe

Lepas tu tutup api dapur, kemudian masuk roti ais krim tu

Tada .... dah siap digoreng....

Kakak Nabilah yang gembira dengan
hasil kerjanya... Ais Krim Goreng ... Yummy

16 ulasan:

  1. uishhhh dap nyer... dap nyer...

    teringat 1st time makan roti goreng ni kat batu burok ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak fist time mkn masa beli dipasar mlm... boleh tahan harganya rm2.50 satu, bdk2 sibuk nak rasa, belikan jua ;-)

      Padam
  2. dah lama teringin nak buat tapi sampai la ni tak terbuat lagi...hehehehe

    BalasPadam
  3. Teringin juga buat ni..tp x terkabul lg..

    BalasPadam
  4. teringin nak buat juga, sedapnya ais kerim goreng...

    BalasPadam
  5. Nampak tak susah mana nak buat. Boleh try la lps ni. Thanks k.yati dgn entry bergambar ni :D

    BalasPadam
  6. Sedap nya Kak..
    boleh lah buat sendiri klu nak merasa ais krim goreng ni...
    Rajin anak2 bagi idea nak masak apa ye Kak?...:)

    BalasPadam
  7. oooo kena masukkan dalam fridge rupanya tak ler terus goreng... boleh buatni...

    BalasPadam
  8. Selalu dengar ais krim goreng ni.. tak tau pun gitu gayanya... boleh jugak cuba nanti hehe

    BalasPadam
  9. dah buat sangatlah sedapp.. nak buat lg..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)