JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Asam Pedas Ikan Merah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Asam Pedas Ikan Merah. Papar semua catatan

Selasa, 16 Jun 2015

ANAK hendak KARI, yg ABAH pulak Nak ASAM PEDAS... ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya :)


Agak sibuk saya sekarang ni, baru sekarang dapat bersiaran, belum sempat nak BW kekawan lagi, lepas ni saya terjah ye.. ni kisah semalam petang, nak masak lah utk dinner, hari tu saya ada beli kepala ikan merah, bertanyalah pada mereka dalam rumah ni nak masak ikan merah ni.. en suami kata masak asam pedas lah.. anak2 dua orang tu pulak menjerit nak kari, en suami kata tak makan santan2 ni lah.. dah muak.. ok2 nak puas hati semua orang ni, saya bagi sebelah seorang kepala ikan merah ni, sebelah masak asam pedas utk en suami.. 
nak resepi disini

Dan sebelah lagi saya masak kari utk budak 2 orang yg menjerit tu.. mama lah yg kena rajin kan.. masak utk dua jenis lauk dari ikan sama.. tapi bila tengok mereka makan dengan berselera sekali, hilang penat memasak tu kan kekawan.. nak resepi disini

Lepas tu saya goreng sepeket kecil keropok ikan, lagi lah kena regu kari ikan tu kan kekawan.. tak perasan dengan saya sekali bertambah makan.. 
Esok last kita nak makan siang ye kekawan.. lepas ni berkejar lah pulak utk masak berbuka puasa.. tapi rasanya nak tukar cara lah pulak.. itu pun kalau en suami setuju.. tunggu jawapan dari en suami.. nanti saya cerita ye :)

Khamis, 13 Mac 2014

ASAM PEDAS IKAN MERAH

Assalamualaikum kekawan ... semoga kita semua berada didalam rahmat Ilahi hendaknya.....

Dah hari ke 6 kita kehilangan MH370... masih belum berjumpa khabar berita.... menambah kerisauan didalam jiwa.... walaupun tiada keluarga yg terlibat tapi sebagai saudara seagama dan walaupun berlainan agama dan warna kulit tapi hati kita tetap gundah gulana mengenangnya kan....
Malam tadi setelah usai solat maghrib , berzikir dan berdoa... saya lihat Nabil masih lagi menadah tangan meneruskan doanya...
Setelah dia meraup ke mukanya doa tu ... saya tanya dia "apa yg Nabil doa tu"
Dia memandang muka saya dengan sayu " Nabil doa untuk kapal terbang MH370 tu, semoga semuanya selamat dan dijumpai kembali"
Allahu Akhbar... terharu saya mendengarnya... anak seusia 7 tahun mempunyai perasaan simpati... semoga doa anak kecil ini didengari oleh yang Maha Mengetahui dan Maha berkuasa..
ye setiap kali melihat berita di TV .... masih perkhabaran itu yg kita terima... masih belum dijumpai... jadi kita seharusnya terus berdoa dan berdoa .... Allah masih mahu kita terus merintih dan terus merintih memohon pertolongan...

#DoakanMH370#


Inilah dinner kami semalam .... dalam seminggu sekurang-kurangnya sekali saya memasak asam pedas .... dah kahwin dengan orang Melaka, kena mengikut seleranya... ehe :)
Kali ni saya masak asam pedas ikan merah, hari minggu tu saya beli ikan merah ni seekor, kepalanya dan sebahagian isinya saya dah buatkan sup... malam ni saya masak ekor dan isinya untuk asam pedas ini...

Resepinya macam biasa jer kekawan cuma tukar ikannya sahaja. Jom intai resepinya :)

RESEPI ASAM PEDAS IKAN MERAH













Bahannya :-
  • 3 bahagian  ikan merah( saya ambil ekor dan 2 isinya)
  • 3 helai daun limau purut
  • 5 sudu besar cili kering kisar
  • 4 Bendi
  • Sedikit daun kesum
  • 2 sudu kecil asam jawa dengan secawan air (saya guna adabi)
  • garam
  • 3 biji bawang merah*
  • 1/2 inci Halia*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 batang serai*
  • 2 biji buah keras*(*dikisar, hiris dulu bahan2 tu ye)
Caranya :-
  1. Panaskan minyak masak didalam periuk, kemudian tumiskan bahan kisar dan cili kisar hingga wangi.
  2. Kemudian masukan ikan, gaulkan mesra, lepas tu masukan jus asam jawa tu.
  3. Kacau sebati, kemudian masuk daun kesum, bendi dan bunga kantan. Tunggu sehingga bahan masak dan mendidih, rasa garamnya.
  4. Siap untuk dihidangkan bersama nasi putih panas