JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Asam Pedas Ikan Terubok. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Asam Pedas Ikan Terubok. Papar semua catatan

Sabtu, 15 Mac 2014

CUCUR UDANG LEMBUT DAN MUDAH ;)

Assalamualaikum kekawan ;)
Sarapan apa pagi ni... saya sekeluarga sarapan cucur udang jer pagi ni... hehe buat yg mudah jer kan. Dengan resepi cucur udang ni lembut dan rangup sampai ke petang. Saya buat dua versi, bersayur dan bercili dan lagi satu udang jer.. yg ni semestinya utk anak-anak.. jenuh nak mengasingkan nanti, sebaiknya saya asing sedikit adunan tu untuk plain dan berudang dan satu bekas lagi utk ada sayur dan cili untuk saya dan en suami..
Jom sarapan ;)

RESEPI CUCUR UDANG
Bahannya :
3 cawan tepung gandum
21/2 cawan air biasa
1/4 cawan air panas mendidih
1 biji bawang merah dan 1 biji bawang putih ditumbuk lumat.
1 biji telur
1 sudu teh garam halus
udang sayur satu mangkuk
1 sudu teh serbuk kunyit
sedikit sayur kobis di potong dadu
2 biji cili merah di potong dadu

Caranya :-

1. Campur kan tepung, kunyit dan garam satu bekas. Gaulkan mesra.
2. Kemudian bancuh bersama  air biasa sedikit-sedikit, gaul hingga tidak berketul.
3. Lepas tu masuk kan telur, kacau hingga mesra bersama tepung tadi, kemudian masuk kan bawang tumbuk dan udang.
4. Akhir sekali baru di tuang air panas, kacau rata. Kemudian masukan sayur kobis dan cili yg dihiris, kacau.
5. Kemudian jemput bahan utk digoreng didalam kuali.
6. Masak hingga kekuningan dan angkat.
7. Siap dimakan bersama cili sos dan sambal tumis.

Khamis, 30 Januari 2014

ASAM PEDAS IKAN TERUBOK .... eemmmm Yummy ^___^

Assalamualaikum kekawan... ceria dan sihat selalu :)


Semalam petang saya tayang kari kepala ikan merah .... petang ni saya tayang pula asam pedas kepala ikan terubok pulak ehe :)
Ini kepala ikan terubok yg saya buat panggang serai tu hari lihat sinin ikan-terubok-bakar-serai. Bahagian badannya saya bakar gitu cecah dengan sambal kicap...wow dapnyaaa.. 

Tengok kepala dia tak ada.... ganti dengan bunga tu ehe :P
Dah semestinya asam pedas ni utk saya seorang jer makan... banyak tulang bahagian kepala ni... pastu saya buat kuah dia pedas kaw kaw pun... memang meleleh hingus dibuatnya tapi sedap weeiii.. Anak-anak saya masak lauk lain... takut tercekik tulang pulak budak-budak tu kan...

Jom intai resepi yg mudah bagi saya ni ...

RESEPI ASAM PEDAS IKAN TERUBOK
Bahanya :-
  • Kepala ikan terubok(belah dua)
  • 1 batang serai diketuk
  • 4-5 tangkai daun kesum
  • 5 biji bendi
  • 11/2 sudu teh asam jawa (campur 2 cawan air)
  • 15-20 tangkai cili kering(direbus)*
  • 3 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawan putih*
  • 1 cm belacan dibakar*(* dikisarkan )
  • 1/2 sudu teh jintan manis (disangai dan ditumbuk dulu)
  • 1/2 sudu teh jintan putih(disangai dan ditumbuk dulu)
  • sedikit serbuk lada hitam
  • minyak utk menumis
  • garam
Caranya :-
  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan bahan yg ditumbuk sehingga wangi dan terbit minyak.
  2. Kemudian masukan ikan, gaulkan sekata dengan bahan ditumis tadi, lepas tu baru dimasukan air asam jawa. 
  3. Selepas tu masukkan bendi, daun kesum dan serai. Masak hingga mendidih. Kemudian taburkan serbuk lada hitam dan rasakan garamnya.
  4. Apabila ikan dah masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan.