JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Ayam masak tomato mudah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ayam masak tomato mudah. Papar semua catatan

Isnin, 17 Oktober 2016

AYAM MASAK TOMATO MUDAH DAN SEDAP

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan diberikan kesihatahan yang baik jua hendaknya. :)

Buat ayam masak tomato ni pada hari sabtu tempohari.. pada hari tu saya ada perjumpaan kakitangan , townhall katenya.. jadi sebelum meninggalkan anak seharian, kenalah saya fikirkan perut anak2 yang tinggal dirumah tu kan.. tengok dalam petiais ada ayam lagi dua bekas tu..


gambar lama :)
Sebenarnya saya dah merancang juga untuk membuat nasi arab ni.. senangkan sekali harung, lagipun saya menggunakan pes ajer.. yang saya beli dari rakan sekerja ni pada hari jumaat tu.. nak tengok resepinya disini.. nasi-arab-ayam-mendhi-emmmm-dapnyaaa. Jadi pukul 4.30am saya dah kelantung kelentung didapur kerana saya perlu ada di sana pukul 7.45am.. untuk sarapan pagi saya dah beli nona manis dan roti sosej.. hahahah nampak senang kerja mama korangkan.. lagi pun en suami kerja halfday hari tu.. tinggal lah mereka dengan kak Nabilah..

Apabila saya balik petang tu.. angkat tudung saji tengok ayam masak merah dah habis hahaha.. yang tinggal ayam yang saya rosted tu je 4 ketul saya buat 8 ketul yg bahagian tight tu.. sup ayam banyak lagi.. nasi arab tinggal setengah.. pada hal saya masak 1 kg beras tu.. Najeeha kata dia makan 3 kali mama.. sama juga dengan Nabil.. :D
Nabil makan dengan ayam masak tomato mama tu ajer dengan sup .. sedap lah mama nanti buat ayam masak tomato tu ye..

Resepi ayam masak tomato pagi hari saya ni cukup mudah kekawan.. 
Jom intai resepinya :)

RESEPI AYAM MASAK TOMATO

Bahannya :-
- 3/4 ekor ayam (potong kecil ikut size yg sesuai)
- 5 sudu besar cili kering kisar (saya memang dah ada kisa
- 3 biji bawang merah*
- 2 ulas bawan putih *  (kisar kan bersama cili tadi)
- 2 biji tomato yang dikisar asing dgn 1/2 cawan air
- 1 biji bawang besar Hollang - di hiris kasar
- 2 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tiram
- 4 sudu kecil gula pasir
- 1 batang serai diketuk
-garam secukup rasa

Caranya :-
1.  Garam dan kunyit kan ayam, kemudian goreng 3/4 masak.
2. Kurangkan minyak yg menggoreng ayam tu, goreng pulak bawang besar holland separuh masak, lepas tu tumis bahan kisar cili dan bawang tu hingga wangi.
3. Kemudian masukan pula tomato kisar tu sehingga naik minyak, lepas tu masuk sos cili, sos tiram, gula dan garam serta serai. Tambah sedikit air untuk berkuah sedikit.
4. Selepas itu masuk ayam goreng dan bawang besar yg dihiris dan digoreng sebentar tadi . Kacau sehingga kering sedikit kuahnya , selepas itu boleh di tabur daun bawang hiris.
5. Siaplah utk dihidang.

Rupanya sedap juga nasi arab tu diregukan dengan ayam masak tomato ni.. kalau pak arab tahu mahu dia marah ni hahhaha..
suka-suka jer tukar regunya :D