JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label nasi arab. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nasi arab. Papar semua catatan

Isnin, 20 Mei 2019

IFTAR KELUARGA - ALHAMDULILLAH SERONOK BERKUMPUL BERSAMA KELUARGA..πŸ˜πŸ’–πŸ˜˜

Assallamualaikum semuanya 😍
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😘❤️😊

(Copy paste Dari Facebook adik saya, nmpk benor malas nak menaip🀭😁)

Ψ±Ω…ΨΆΨ§Ω† 141440 (Sabtu 18 2019)

Terima Kasih duhai Allah Engkau himpunkan kami di dunia dgn kebaikan dan kecintaan. Maka janganlah Engkau haramkan perkumpulan kami di akhirat sana dgn perkumpulan dan perhimpunan yang lebih baik.

Sesungguhnya kami mengharapkan rahmat di sisi MU yang Maha Luas. Justeru rahmati kami dan kasihi kami duhai Allah.

Rahmati mereka yang berada di kalangan kami, dan jua mereka yang tiada bersama kami, yang hidup dan yang telah meninggalkan kami.
Allahumma Aamiin...

Syukran Kathiran pada semua yg hadir memeriahkan majlis kesyukuran perhimpunan keluarga al Marhum Pak Jasa (Hj Mohd Isa) dan alMarhumah Hajjah Yasni kali ini.

Semoga ikatan kekeluargaan terus mendapat rahmat Allah.
Terima Kasih kekanda Rosnaidah Mohd Isa dan keluarga kerana masih sudi menerima kami berkunjung ke teratak yang penuh nostalgia. Semoga Allah terus memelihara mak cik² saudara ku, adik beradik ku semuanya, anak² buah,  anak², cucu² kawan dan taulan.

Berkati amal kami dan kasihanilah kami..
- Ziarah kubur, Tahlil, sambutan hari ulangtahun kelahiran, iftar, tarawikh dan menyantuni anak² kecil adalah bahagian memasukkan kegembiraan dan mahabbah sesama umat Nabi Muhammad sallallahu Alaihi Wasallam.
Husnuzon billah wa husnuzon ni Ibadillah.

Semoga ada lagi kesempatan untuk bersama di Ramadan yang lain.

#AllahummaRzuqnaLailatulQadr


Perkara pertama Majlis ziarah kubur arwah mak, arwah abah, arwah nenek Dan arwah Pak cik.. Petang Tu sungguh panas, terpaksa saya berpayung 🀭

Pukul 6.00pm bermula bacaan yassin Dan tahlil untuk semua arwah. Alhamdulillah bawa bersama anak2 Tahfiz untuk bacaan yassin Dan tahlil.πŸ˜πŸ’–
Berbuka sekejap Lepas Tu solat maghrib berjemaah..


Kemudian baru kemuncak iftar bersama anak2 Tahfiz Dan keluarga. Terima kasih mak uda Dan keluarga datang iftar bersama.
Saya seponsor nasi Arab Tu. Anak2 Tahfiz makan Dalam dulang, Kami adik beradik perempuan makan diruang tengah. Ada yg makan alas plastik mcm Arab style berbuka🀭😍😘 seronok berebut-rebut makanan.

Lepas Tu solat tarawih berjemaah bersama anak2 Tahfiz, merdunya alunan bacaan surah dari mereka. Gambar tak ada, 😁

Sambutan besday Bulan Mei, seronok yg menyambutnya dari cucu cicit sampai ke moyang🀭😍
Mak uda saya lahir 20 may rupanya.. Hari inilah besdaynya. Sambut advance mana yg belum smpi tarikhnya, mcm saya 25 mei Dan Nabil 23 mei.. ni pun dah sibuk Tanya hadiah😁

Akhir sekali pemberian duit Raya pada anak2 Tahfiz Dan juga anak2 buah. Ustaz kata elok diberikan Bulan Ramadhan duit Raya Tu, jatuh sedekah berlipat Ganda pahalanya.

Alhamdulillah, semoga majlis diberkati Ilahi Dan ukhuwahfillah keluarga Dan saudara-saudara berpanjangan. Aamiin 🀲🏻❤️😊

Hari ini dah 15 Ramadhan Kan.. setengah Bulan Kita berpuasa.. Alhamdulillah.. sekarang puncak memburu Lailatulqadar.. semoga Kita semuanya dikurniakan Malam seribu keberkatan itu. Aamiin ya Rob 🀲🏻❤️😊

Isnin, 17 Oktober 2016

AYAM MASAK TOMATO MUDAH DAN SEDAP

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan diberikan kesihatahan yang baik jua hendaknya. :)

Buat ayam masak tomato ni pada hari sabtu tempohari.. pada hari tu saya ada perjumpaan kakitangan , townhall katenya.. jadi sebelum meninggalkan anak seharian, kenalah saya fikirkan perut anak2 yang tinggal dirumah tu kan.. tengok dalam petiais ada ayam lagi dua bekas tu..


gambar lama :)
Sebenarnya saya dah merancang juga untuk membuat nasi arab ni.. senangkan sekali harung, lagipun saya menggunakan pes ajer.. yang saya beli dari rakan sekerja ni pada hari jumaat tu.. nak tengok resepinya disini.. nasi-arab-ayam-mendhi-emmmm-dapnyaaa. Jadi pukul 4.30am saya dah kelantung kelentung didapur kerana saya perlu ada di sana pukul 7.45am.. untuk sarapan pagi saya dah beli nona manis dan roti sosej.. hahahah nampak senang kerja mama korangkan.. lagi pun en suami kerja halfday hari tu.. tinggal lah mereka dengan kak Nabilah..

Apabila saya balik petang tu.. angkat tudung saji tengok ayam masak merah dah habis hahaha.. yang tinggal ayam yang saya rosted tu je 4 ketul saya buat 8 ketul yg bahagian tight tu.. sup ayam banyak lagi.. nasi arab tinggal setengah.. pada hal saya masak 1 kg beras tu.. Najeeha kata dia makan 3 kali mama.. sama juga dengan Nabil.. :D
Nabil makan dengan ayam masak tomato mama tu ajer dengan sup .. sedap lah mama nanti buat ayam masak tomato tu ye..

Resepi ayam masak tomato pagi hari saya ni cukup mudah kekawan.. 
Jom intai resepinya :)

RESEPI AYAM MASAK TOMATO

Bahannya :-
- 3/4 ekor ayam (potong kecil ikut size yg sesuai)
- 5 sudu besar cili kering kisar (saya memang dah ada kisa
- 3 biji bawang merah*
- 2 ulas bawan putih *  (kisar kan bersama cili tadi)
- 2 biji tomato yang dikisar asing dgn 1/2 cawan air
- 1 biji bawang besar Hollang - di hiris kasar
- 2 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tiram
- 4 sudu kecil gula pasir
- 1 batang serai diketuk
-garam secukup rasa

Caranya :-
1.  Garam dan kunyit kan ayam, kemudian goreng 3/4 masak.
2. Kurangkan minyak yg menggoreng ayam tu, goreng pulak bawang besar holland separuh masak, lepas tu tumis bahan kisar cili dan bawang tu hingga wangi.
3. Kemudian masukan pula tomato kisar tu sehingga naik minyak, lepas tu masuk sos cili, sos tiram, gula dan garam serta serai. Tambah sedikit air untuk berkuah sedikit.
4. Selepas itu masuk ayam goreng dan bawang besar yg dihiris dan digoreng sebentar tadi . Kacau sehingga kering sedikit kuahnya , selepas itu boleh di tabur daun bawang hiris.
5. Siaplah utk dihidang.

Rupanya sedap juga nasi arab tu diregukan dengan ayam masak tomato ni.. kalau pak arab tahu mahu dia marah ni hahhaha..
suka-suka jer tukar regunya :D