JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Back To School. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Back To School. Papar semua catatan

Isnin, 4 Januari 2016

Yatie See You Memories Reminder FB :: Back to school 2011

Tiba-tiba FB menggamit kenangan saya  5 tahun lalu.. maknanya tahun ini sama sesi persekolahan bermula 4 Januari 2011 yg lalu..
Masa ini Najeeha masuk Tahun 1 di Sekolah Rendah Hira' .. Rindu pula melihat memories ini.. jadi saya abadikan pula di blog kecik ini :)

Tahun 2016 ini kak Jeeha akan menghadapi UPSR 2016 yg mana targetnya 6A.. sungguh mencabarkan.. Semoga anak-anak saya dipermudahkan Allah dalam menimba ilmu ini :)

Jom layan gambar ajer ..
















Isnin, 12 Januari 2015

BACK TO SCHOOL...

Assalamualaikum kekawan.. salam pagi yg ceria :)

Pagi ni bermula tugas utk menghantar anak-anak ke sekolah.. jalanraya dah mula sesak.. pagi ni keluar awal.. pukul 7.00am sudah berada diatas jalan raya.. smpi sahaja ke jalan besar.. jalan sudah mula jem.. 2 kali lampu merah .. baru saya dapat melepasinya.. sampai kesekolah Nabil dan Najeeha dah pukul 7.20am pada hal kalau ikut biasa hanya lima minit ajer utk kesekolah tu.. Suka hati betul nak kesekolah nabil ni .. smlm petang semua kelengkapan telah dibuatnya..



Malam tu mereka dah request suruh buat sarapan pagi Apam Goreng... pagi2 lagi saya dah mengapam untuk mereka. Nabil siap nak bawa bekal lagi kata boleh bagi kekawan makan sama hehehe.. untuk resepi klik ni



Petang nanti pulak nak menghantar kakak Nabilah ke Maahad Tahfiz Lilbanat Seksyen 13 Shah Alam... Kak Nabilah nak sekolah yg dekat dengan rumah jugak.. sukar nak buat pilihan dengan kakak seorang ni..

Jumaat, 3 Januari 2014

# BACK TO SCHOOL :: SEKOLAH AGAMA KE TIGA NABILAH... ^___^

Assalamualaikum kekawan... salam jumaat barakah utk semua :)

Semalam dah bermula hari persekolahan yg pertama bagi anak-anak kita semuakan, tengok blog rata-rata update entri menguruskan anak kesekolah... begitu juga dengan saya, semalam bercuti mengurus kakak berdua tu sekolah, Nabil hari isnin baru Maahad Tahfiz Nurul Hanna mula sekolah....



Semalam petang menghantar Nabilah ke Sekolah Rendah Agama Seksyen 3, banyak betul sekolah Nabilah ni... Dari darjah satu hingga empat Nabilah bersekolah di Sekolah Rendah Hira` Batu Belah Klang, bila darjah lima bertukar pula ke Maahad Tahfiz Az Tazkar, oleh kerana darjah enam tiada disitu maka terpaksalah saya mendaftarkan Nabilah di SRA Seksyen 3 Shah Alam sebab tahun ni ambil UPSRA pulak. Alhamdulillah anak saya ni jenis ramah, jadi senang dapat kawan, masa saya jemput dia petang dia bagi tau, kakak dah dapat kawan baru namanya Alisha, anak cikgu katanya..

Kesian nabil yg teruja nak kesekolah bila tengok kawan2 kesekolah... nabil ni bila nak sekolah mama, hehehe risau sangat dia... Nabil hari isnin baru sekolah ye :)

p/s anak kekawan semua ok ke sekolah...