JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Balik kampung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Balik kampung. Papar semua catatan

Isnin, 5 Disember 2016

RINDU Budak COMEY Ni..😆😚😙😗 ~__^

Salam petang yang ceria kekawan :)

Hari sabtu saya melayari Facebook.. sekali terbuka lah pulak gambar budak comel ni.. masa tu umur 3 tahun.. gi hari sukan kakak disekolah.. tu muka boring sebab dah lama tunggu..

Masa kakak dapat hadiah tu .. kemain nak possing dengan medal akak dia tu..

Pastu saya WA lah gambar dia tu kat handphone kakak dia tu.. kata rindu kat dia.. ye lah dah seminggu saya tak jumpa Nabil dan Jeeha.. mereka balik kampung ikut mak long nya.. jaga atuk kat kampung.. sebab mak cik gi umrah 2 minggu.. malam ni mak cik berangkat pergi ke Mekah.. Mak cik hari selasa dah balik sepang.. tu yg kak ipar balik kampung tengokkan abah pulak..

Lepas tu saya hantar gambar kakak Jeeha dia ni.. kata rindu juga..

Boleh dia jawabkan "Jeeha tak rindu mama pun"
Pastu kakak Jeeha dia tengok WA tu pukul 2 tu.. "Nabil tipu... "


Pastu Nabil WA tanya saya jadi tak balik hari ni.. saya kata tak balik sebab abah ada test motor esok.. dia suruh balik hari isnin.. maknanya hari ini lah.. dia call saya tak puas hati dengan wasap tu aje.. siap nangis lagi.. mama balik lah.. Nabil nak mama.. hahaha budak cengeng betul lah nabil.. siap kata dah boring kat sini.. ya lah tak kemana-mana .. kalau tak pun ikut atuk gi kebun.. tunggulah mama balik minggu depan ye Nabil .. Mama pun rindu nabil..


Semalam hari tak hujan ikut lah atuk gi kebun

Hari ini hujan.. boring kat rumah.. sudah main pondok-pondok pulak hahhaha.. suka hati ko lah Nabil oiii :D


Rabu, 10 Februari 2016

Cuti CNY ni Pergi Mana ? ^___^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik hendaknya..

Kebanyakan cuti raya cina tentu ramai yg balik kampung kan kekawan.. macam tu juga dengan saya dan keluarga .. ~__^
Pada hari malam hari sabtu tu kami memenuhi undangan perkahwinan ustaz sekolah nabil dan najeeha.. Ustaz Adli.. anak pengasas sekolah tu juga..  gambar blur banyak hehehe.. hari hujan pulak.. dah tu malam tu yg jadi macam tu gambarnya.. nak juga tempek kan hahaha.. apalah saya ni.. 

Konon nak balik malam lepas pergi kenduri tu tapi adik ipar wasap kata jalan nak pergi ke kekampung tu banjir kena ikut jalan lain.. jadi terpaksa tukar plan balik pagi selepas subuh.. Bila balik lepas subuh ni jalan tentu clear kan .. sampai kat Tampin pun pukul 8am.. punyalah awal hehehe.. pastu masing2 perut dah kelaparan.. singgahlah kat pekan Tampin tu sarapan pagi.. saya dgn kak nabilah kongsi Bihun Soto tu.. punyalah banyak isinya.. memang tak habis saya nak makan sorang *__*
Nabil dengan en suami makan nasi lemak telur mata dan najeeha nampak siput sedut masak lemak.. sudah terliur dia nak makan.. bagus kedai ni dah masak nasi putih.. jadi boleh lah jeeha tu memenuhi seleranya tu.. ;)
Tak ada gambar utk makanan yg lain tu.. sebab semua orang dah laju jer menyuap .. lapor sungguh lah tu.. 
Baru teringat malam gi kenduri tu mereka bertiga tak makan nasi .. cuma makan kambing panggang.. kuehtiew kerang.. tu yg lapor sangat tu.. ~__^
Sampai ke kampung dalam pukul 10am..

Dah musim hujan di belah selatan ni.. jadi tak berjalan mana pun.. petang minggu tu balik sekejap ke Kg Chohong pergi rumah mak itam dan mak andak.. selebihnya dua hari melepak dirumah abah.. makan tido makan tido hehhe.. hari ujan jer kan.. tu yg lapor.. gambar makan pun tak ambil.. tah mengapa malas sungguh pulak saya ni nak mengambil gambar hehehe..
Kami balik hari isnin lepas zohor.. konon tak lah terperangkap dalam jem hari selesa tu dan tambahan malam tu jeeha ada kelas tuisyen. tapi sampai di Senawang jem juga.. rupanya ada kemalangan .. tapi biasa lah tu langgar belakang.. rakyat Malaysia yg perihatin ni semua nak menengok tu yg jem.. huhuhu.. sampai di rumah dah pukul 6pm.. ok lagi lah tu..
Cuti sehari tu kami buat apa di Shah Alam.. tunggu next entri hehehe :)

Khamis, 11 Jun 2015

Lama Ko tak BALIK ye... Rajuk my FIL ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..

Apa khabar kekawan semua? Rindu nak BW kat blog kekawan.. saya baru balik bercuti selama 5 hari.. entri yg sebelumnya tu autopublish yg saya buat.. semalam saya dah kerja.. tapi tak sempat nak update entri.. kerja dah banyak menanti ehe..
Saya mula cuti pada hari Jumaat.. pagi lepas sarapan pagi roti canai.. kami terus pulang ke kampung en suami.. tak singgah mana2 pun.. sampai kampung pukul 11pagi sebab en suami nak solat Jumaat di kampung yg tercinta tu ehe :)
Punyalah rindu FIL dengan cucu-cucunya, sampai menyambut di pintu kereta lagi.. puas lah dipeluk cium si Nabil.. tu lah satu-satunya cucu lelaki FIL.. mahu tak rindu kan..  ~__^
Lepas solat Jumaat, makan tengahari gulai ketam dan ayam goreng sambal serai yg dimasak oleh mak cik, Nabil apa lagi kegemarannya lah ayam goreng sambal serai tu.. bertambah-tambah makannya.

Petang tu, kami pulang ke kg chohong pulak.. konon nak shopping kat Pekan Tangkak tu tapi baju baru untuk raya belum keluar lagi.. siap bagi kad lagi tokeh kedai tu.. suruh wasap dia kalau nak suruh simpan baju utk raya dengan warna apa..Tahun ni giliran beraya di kampung en suami,  Shopping kat pekan Tangkak ni best sebab baju melayu lelaki dewasa harga bawah RM100, banyak lah yg murah2.. saya sempat beli tudung shawl RM28 jer siap ada bling2 batu lagi ehe :)
Lepas tu singgah rumah mak itam, borak lebih kurang, pastu gi rumah mak andak pulak.. mak andak baru balik rewang rumah kenduri.. bawak balik masak asam pedas daging tetel.. apa lagi en suami saya.. laju jer menambah makan dinner malam tu.. pukul 9.30pm kami pun balik semula ke Jalor.. Sampai rumah FIL tak tido lagi.. Tanya dah makan ke.. Jawap lah dah makan rumah mak andak.. Pastu FIL kata ye lah.. awak ada mak andak.. ehe merajuk jer bunyi FIL ni ~__^


Hari sabtu pagi apa lagi melawat kawasan lah pulak, cari buah-buahan yg mana dah masak, cuma buah kuinin mangga jer yg dah masak tua dan boleh diperam.
Buah rambai, bacang,durian dan rambutan masih menghijau di pokok, buah durian tu tengok dah besar, FIL kata mungkin puasa nanti baru gugur kot.. 

Ada juga kuinin yg dah masak ranum, wangi semerbak baunya.. mana yg muda kekuningan tu kita makan dengan colek cili kicap tu.. perghhh sesekali dapat makan memang lupa diri lah sekejap..

Tengahari tu main masak-masak dengan FIL, mak cik pergi rewang kat rumah jiran tu, selang 4 buah rumah, jiran tu buat akikah cucunya dan kenduri menyambut ramadan. Tengok FIL tengah salai daging, tau sungguh FIL dengan tekak menantunya, apa lagi FIL buat masak lomak cili padi daging salai dengan bacang muda.. peghhhh buat menantunya laju menambah nasi ke pinggan makan tengahari tu.. masa masak-masak berdua tu .. sembang-sembang lah dengan FIL.. FIL tanya kenapa ko ni semakin kurus, saya senyum jer.. sibuk kot abah jawap saya.. "Ko pun dah lama tak balik sini.." katanya.." Eeehh bukan bulan dua tu hari dah balik.." kata saya saya.. Bukan tak nak balik abah, sekarang sibuk dengan urus kan mak yg sakit tu.. "tu lah abah pun tak dapat nak tengok mak ko tu, abah pun dah tak larat nak jalan jauh-jauh sekarang ni, kirim salam jer lah dengan mak ko tu ye.. semoga dia cepat sembuh. " kata FIL saya tu.. FIL saya ni cekap betul memasak, pukul 12.30tghri semua dah terhidang.. 
Petang tu pukul 4.00 en suami pun dah ajak balik shah alam, sebab esok nak gi kenduri kahwin sepupunya di Putrajaya.. yg ni saya buat entri lain ye..
Okey kekawan.. nanti kita sambung lagi :)

Khamis, 12 Mac 2015

AUTUMN AT MY VILLAGE (^___^)

Assalamulaikum kekawan....
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi hendaknya :)

Tajuk entri tak mengalahkan... alah-alah duduk oversea jer kan :)
Ini kisah balik kampung en suami.. masa cuti raya china tempohari tengok cantik pulak daunnya berwarna-warni tu..


Daun-daun mula berguguran.. kata mak dulu masa ni getah banyak keluar, tapi bila musim berpucuk daun tu getah mula kurang...

Langit petang cantik pulak membiru.. Subahanallah.. :)

Anak-anak riang bermain.. berkejar kesana kemari..


Aksi anak-anak kegembiraan.. tersenyum riang meneroka alam sekitar...
Hahaha berangan lah dulu nak merasa autumn di oberci tu kan kekawan.. dah kalau duduk felda tanam pokok getah itu lah yg dipanorama yg dipandangkan :)