Assalamualaikum kekawan.. salam petang yg ceria :)
Petang ni nak cerita minum petang hari minggu yg lalu.. masa tu adik ipar ada singgah rumah .. kebetulan tengah masak bubur jagung lepas tu en suami suruh tambah labu dalamnya.. dah penggemar labu tegar kan.. sepatutnya saya masuk labu tu kemudian tapi dah termasuk awal jadi labu tu pun dah hampir hancur samakan..
Ini pun sebab tergoda kat pasar tani tu jual setongkol RM1.00 beli lah 5 tongkol besar-besar pulak tu.. Oleh kerana dah lama tak makan bubur jagung tu yg teringin.. Esok paginya budak tiga orang siap bawa bekal kesekolah lagi.. sebab suka sangat dengan jagung ni kan.. tak kiralah jagung rebus ke, bakar ke atau kuih jagung..
Jom intai resepi yg mudah sangat ni..
RESEPI BUBUR JAGUNG LABU
Bahannya :-
- 5 tongkol jagung
- Satu mangkuk santan kelapa
- 1/4 labu kuning
- Segenggam biji sagu (rendam sekejap)
- 2cawan gula (ikut manis yg disukai)
- sedikit garam
Caranya
- Parut/Hiris jagung (seperti gambar diatas) sekarang ada jagung bungkus yang dah siap asing kan(tapi saya suka yang dihiris sendiri.. lemak rasanya)
- Masukan santan dan gula dalam bekas corning ware(periuk)... kacau perlahan hingga mendidih. Lepas tu letak garam secubit.. rasa lemak masin manisnya...
- Jika jagung dah masak, masukan pula labu dan biji sagu yg direndam tadi. Bila labu dah empuk boleh ditutup apinya.
- Siap utk dihidang.. sesuai dimakan semasa suam atau sejuk... keluar dari peti ais lagi terangkat hehe...

