Assalamualaikum kekawan... moga sihat dan ceria..
![]() |
| Sifir tiga |
Saya tengok teknik sifir ni bila kawan post video di FB.. tengok ruang komen blogger Eye_Nee pun ada PM harga.. lepas tu hantar mesej pada Eye_Nee camne teknik Roya ni ... ok tak... pastu Eye-Nee balas ok, dia dah beli pun dan dah ajar pada anaknya... petang tu saya bankin duit pada penjual buku Roya tu.. pada hari khamis saya dapat buku tu... pertama yg tengok buku tu Najeeha... teruja dia nak mencuba teknik tu... "MasyaAllah.. mudahlah teknik ni mama.. tengok jeeha baca sifir 3guna jari ni".. saya kata " cuba buat tak payah tengok buku tu.." Alhamdulillah dia dapat menguasai teknik tu dengan sekejap... "sifir 2 dan 3 mudah sangat mama" dengan terujanya..
![]() |
| Ini sifir 3 di buku Roya tu... |
Kira urat jari kita yang ada tiga tu.. seperti gambar... keluarkan jari telunjuk , kira urat jari tu ada 3 jadi 1 x 3 = 3, keluar pulak jari tengah, campurkan urat kedua-dua jari tu, 2x3= 6.. begitulah seterusnya..mudahkan.. saya pun sama teruja mencubanya :)
![]() |
| Teknik sifir 9 seperti didalam buku Roya tu.. |
Didalam buku tu ada panduan untuk menggunakan teknik tu kekawan, senang kita nak ajar anak-anak kita...
Buku ini ada 3 jilid kekawan, diajar juga cara kita nak bahagi nombor... bagi saya berpatutanlah dengan harga RM50 untuk tiga buah buku ni... Saya buat entri bukan berbayar ye kekawan, saja nak kongsi info yg saya dapat...




