JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Cekodok nasi viral. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cekodok nasi viral. Papar semua catatan

Isnin, 12 Oktober 2020

CEKODOK NASI VIRAL 😋

 Assallamualaikum kekawan semua 😍

Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😊🌹


Lama pulak tak cerita sarapan pagi apa🤗 Kita sarapan pagi yg mudah aje.. cekodok nasi Viral.. orang dah lama buat kau baru nak tempek kat blog🤭 sebenarnya dah byk kali buat.. baru sempat nak menulis.. 

Jom kita intai resepi yg mudah ini..

CEKODOK NASI VIRAL

Bahan-bahan yang perlu disediakan : 

Nasi -2 cawan
Air - 2 cawan
Tepung gandum - 2 cawan
Daun sup
Daun kucai
Karot merah (saya sagat je)
Ikan bilis satu mangkuk
Bawang besar - 1 biji
Bawang putih -3 biji
Cili merah - 1 biji

Cara Membuat :

1. Kesemua bahan di atas di blendkan

** Blend nasi, air, ikan bilis dan cili merah dulu
Lepas itu barulah masukkan tepung, bawang , kucai, karot merah dan daun sup

2. Masukkan garam secukup rasa
3. Siap untuk digoreng

SELAMAT MENCUBA 😍