JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Emakku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Emakku. Papar semua catatan

Isnin, 15 April 2013

Sayang Mak... ^____^


 Ini cerita masa harijadi bulan Mac 2013... hehehe sekarang baru nak cerita... bukan apa untuk kenangan anak cucu cicit mak saya ...

 Pada masa ni ramai yg tak dapat hadir kerana adik saya buat hari sabtu... so masing-masing ada kerja dan program ... dah nak malam baru ramai yang datang...


Happy Birthday bulan Mac yg ada 4 orang ajer..
Mak kena pakai juga topi besday tu... cucu yg baju hijau tu
suruh heheh :)



Kita tiup lilin dulu Dany... bussss

Uwan jom sama kita potong kek

Qhalesya yag tak puas hati nak potong juga kek tu :D

Semua senyum cepat :D
Keesokan harinya saya bawa mak pergi jalan-jalan Putrajaya... namun begitu tak puas nak ronda-ronda kerana hari hujan... so jalan-jalan dalam cruise tu jer lah... nanti kita pergi lagi ye mak...

Mak dlm cruise masa baru bergerak...

Macam masjid terapung pula ...

Ambil gambar dalam cruise tu jer
nampak air tu berbintik-bintik sebab
rintik hujan...

Hujan dah berhenti sikit masa ni
Saya sendiri pun tak puas hati... dah plan dengan kakak2 dan adik2 nanti nak buat yg proper pergi sini... rasa-rasanya kena bermula dengan sarapan pagi disini baru boleh pusing satu putra jaya ni :D

Isnin, 14 Mei 2012

Alhamdulillah.. dah ada progress... ^__*

Semalam telefon mak, "macamana orang tu dah alirkan ke air busuk tu mak..?". tanya saya pada mak, "dah, hari selasa dia orang dah mula buat longkang tu", jawab mak saya.

Ini mentaliti orang kita, bila buat aduan dan arahan itu dari pihak berkuasa baru nak buat. Hari isnin adik saya buat aduan, hari selasa dah buat kerja korek longkang tu. Boleh lah buatkan, tapi kenapa lah perlu macam tu, cuba buat awal-awal seperti yang dibincangkan dah okey, tak perlu nak panjang-panjangkan perkara ini ke atas..

Ehsan en google
Bila mentaliti orang kita ni nak berubah kan...


Isnin, 7 Mei 2012

Tiada progress... so...

Hari Jumaat petang saya balik rumah emak di Kuang, saya keluar kereta semakin kuat bau busuk tu, saya kata pada emak, kata nak buat pada hari rabu hari tu, meluahkan rasa tak puas hati saya. Emak kata mak dah telefon banyak kali tapi dia asyik kata sabar ye mak cik saya memang nak buat. Sampai bila nak bagi alasan macam tu.

Hari sabtu pagi adik lelaki saya pun balik rumah mak jugak. Adik saya pun tak puas hati, dia kata hari isnin dia akan terus buat aduan, lepas tu emak kata, adu saja lah, kita dah banyak kali kata dan berunding dengan dia. Adik saya kata ni dah hampir 2 bulan kita bagi dia peluang tapi dia tak ambil tindakan apa-apa pun. Ini dah kira menyakiti hati jiran, kita banyak kali bertolak ansur dengan mereka.

So.. hari ni adik saya telah menelefon bahagian yang berkenaan dan membuat aduan. Kita tengok apa tindakan seterusnya...

Semakin menjijikan.. sebab hari panas jadi kering dan bau
semakin busuk :/
Kesian mak saya...

Khamis, 26 April 2012

Apa progress ?

Semalam saya telefon mak di kampung, (cerita di sini kasihan-emak) macam mana tuan kedai tu dah mula buat longkang ke atau dah bersihkan segala sampah sarapnya. Mak kata orang tu tak buat apa-apa.Geram gak saya dengar, dah tiga hari tak buat apa-apa. Mak kata selepas saya balik petang ahad tu, tuan kedai tu ada telefon adik saya, dia kata dia akan buat tapi longkang didepan sebab dia nak alirkan air tu kedepan. Adik saya kata kena segeralah, adik saya bagi tempoh seminggu lagi. Tuan kedai tu cakap dia akan sambung dengan longkang yang kerajaan buat kat depan tu.. maknanya kena tunggu longkang kerajaan siap baru nak buat...

Ini tak boleh jadi kata saya pada mak... lama tu mak nak bau benda busuk hari-hari.... lainlah tuan kedai tu dia duduk jauh tak bau..Mak kata tak pe kita tengok dalam minggu depan dia tak buat apa-apa, baru kita buat aduan. Kalau mak kata macam tu.. saya ikut saja...

Baikan emak saya ni ^__^

Isnin, 23 April 2012

Kasihan Emak :(

Hari khamis baru ni saya dapat call dari kakak saya, dia kata ada call mak, mak cerita orang yang meniaga restoran tu buang sampah dan air merata-rata serta saluran air dia tersumbat dan bertakung mengeluarkan bau yang busuk. Hari jumaat tu hari saya balik kerja awal dan terus balik rumah emak. Sampai rumah emak, saya buka pintu kereta dah berbau busuk tu, anak2 pun berkata bau busuk, saya pun ambil kamera dan terus ambil gambar semua tu. Kebetulan tuan punya kedai tu ada, dia tegur saya mengapa ambil gambar, saya kata nak buat aduan, dia kata kita masih boleh berbincang, saya kata, mak saya dah kata banyak kali dan telefon pun banyak kali tapi tak berangkat. Tuan punya kedai tu macam tak puas hati, dia kata saya nak tutup periuk nasi dia.Saya kata awak boleh berunding dengan tuan sewa suruh bersihkan longkang yang tersumbat itu.

Hari ahad pula adik dan kakak saya pula jumpa tuan kedai suruh selesaikan masalah ini dalam tempoh seminggu aje.. kalau tidak aduan akak dibuat. Adik lelaki saya siap kata lagi " kamu dapat untung, emak saya dapat bau busuk ni", sungguh sinis bahasa adik saya, geram lah tu, orang buat emak macam tu. Emak cerita dengan kami orang tu boleh cakap "ada aku kisah, kau bau busuk tu", ni yang dengar sakit hati. Nanti nak telefon mak sebab orang tu janji hari ni dia nak settle kan.

Longksng tersumbat

Bertakung air dia tu la yang bau busuk

Betul-betul belakang rumah emak

kotor dan menjijikan

lalat pun dah jadi banyak di rumah emak

Air kotor mengalir ke rumah emak


Kedai makan dia yang kotor sangat...

Bau dia memang tak boleh nak tahan, kami nak masak pun susah sebab tahan bau busuk tu, nak makan terpaksa bawa keruang tamu depan rumah, kalau angin tiup lagi lah bau busuk tak boleh tahan. Kesian mak dan abah yang terpaksa bau benda tu dah dekat tiga minggu. Dah mak dan abah tinggal berdua sahaja, anak-anak semua bekerja dan tinggalkan pun jauh. Adik saya kata minggu depan pun dia nak balik lagi, nak tengok dia dah settlekan belum. 

Rasa geram sangat kami adik-beradik :-/

Jumaat, 23 Mac 2012

Yang Mana Satu Idaman Hati Emak ^__^

Saalam..

Ingat tak entri saya yang lepas Emak Keliru, setelah beberapa jam terbelek-belek dan terbongkok-bongkok, inilah hasil yang mak tangkap sebagai idaman hati emak.

Mari kita tengok bunga apa....

Bunga Ros Peach 

Bunga Matahari Kecil


Yang dibawah ni tak tau nama bunganya... lupa nak tanya mak hehehhe ;)






Canteeek kan... geram saya.. rasa nak petikan hehehe ^__^



Mak kata ni lah kawan mak setiap hari, penghibur hati, boleh cakap-cakap dengan bunga ni walaupun tiada jawapan, tapi menghiburkan hati. Ye lah.. mak tinggal 2 orang jer dengan abah... abah biasalah.. lepas solat subuh di masjid... singgah dulu minum dengan kawan-kawan abah... mak kat rumah cakap lah dengan bunga-bunga lepas solat subuh sambil tunggu abah bawa roti canai... mak kata sampai sejuk roti canai baru abah balik hehehhe...

Memang sejuk lah tangan mak dengan bunga-bunganya.. subur, segar bugar dan harum mewangi... heemmm nyaman nya ^__^



Bunga Tanduk Rusa panjang sampai mencecah tanah



Bunga Kenanga... wangi.. hendaknya diwaktu
 malam, harum semerbak...




Berkilatkan daun bunga ni ...


Inilah mak saya ...Ratu Hati Saya....^__^ sayang mak...

Emak dengan bunga tidak boleh di pisahkan.. ^__^
Dan yang ini.......

Saya lah... anak emak.. suka bunga juga ;)


serta yang ini juga.....


Cucu-cucu mak... pun suka bunga

Nota : Anda semua suka bunga .... ^__^

Jumaat, 16 Mac 2012

Emak keliru...

Dah 2 hari saya di rumah emak saya di Kuang. Hari Sabtu ada kenduri di rumah mak. Emak suka bunga, tadi pergi Sungai Buluh yang terkenal dengan pokok-pokok bunga. Emak sampai rambang mata nak pilih bunga yang mana satu. Mula-mula niat mak tu nak beli buah longan... pas tu bila tengok bunga, beli bunga juga.

Jom layan mak cari bunga ..

Bunga-bunga kecik ni pun mak suka..
Qhalisya.. tolong Uwan pilih bunga..
Cucu pun hairan.. uwan ni nak pilih yg mana.. terbongkok-bongkok..
Mak dengan kak lang      



Next entri saya tunjuk bunga mana yang mak berkenan...