JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 23 April 2012

Kasihan Emak :(

Hari khamis baru ni saya dapat call dari kakak saya, dia kata ada call mak, mak cerita orang yang meniaga restoran tu buang sampah dan air merata-rata serta saluran air dia tersumbat dan bertakung mengeluarkan bau yang busuk. Hari jumaat tu hari saya balik kerja awal dan terus balik rumah emak. Sampai rumah emak, saya buka pintu kereta dah berbau busuk tu, anak2 pun berkata bau busuk, saya pun ambil kamera dan terus ambil gambar semua tu. Kebetulan tuan punya kedai tu ada, dia tegur saya mengapa ambil gambar, saya kata nak buat aduan, dia kata kita masih boleh berbincang, saya kata, mak saya dah kata banyak kali dan telefon pun banyak kali tapi tak berangkat. Tuan punya kedai tu macam tak puas hati, dia kata saya nak tutup periuk nasi dia.Saya kata awak boleh berunding dengan tuan sewa suruh bersihkan longkang yang tersumbat itu.

Hari ahad pula adik dan kakak saya pula jumpa tuan kedai suruh selesaikan masalah ini dalam tempoh seminggu aje.. kalau tidak aduan akak dibuat. Adik lelaki saya siap kata lagi " kamu dapat untung, emak saya dapat bau busuk ni", sungguh sinis bahasa adik saya, geram lah tu, orang buat emak macam tu. Emak cerita dengan kami orang tu boleh cakap "ada aku kisah, kau bau busuk tu", ni yang dengar sakit hati. Nanti nak telefon mak sebab orang tu janji hari ni dia nak settle kan.

Longksng tersumbat

Bertakung air dia tu la yang bau busuk

Betul-betul belakang rumah emak

kotor dan menjijikan

lalat pun dah jadi banyak di rumah emak

Air kotor mengalir ke rumah emak


Kedai makan dia yang kotor sangat...

Bau dia memang tak boleh nak tahan, kami nak masak pun susah sebab tahan bau busuk tu, nak makan terpaksa bawa keruang tamu depan rumah, kalau angin tiup lagi lah bau busuk tak boleh tahan. Kesian mak dan abah yang terpaksa bau benda tu dah dekat tiga minggu. Dah mak dan abah tinggal berdua sahaja, anak-anak semua bekerja dan tinggalkan pun jauh. Adik saya kata minggu depan pun dia nak balik lagi, nak tengok dia dah settlekan belum. 

Rasa geram sangat kami adik-beradik :-/

2 ulasan:

  1. eeiii...tak bertanggung jawab. rumah mak akak tu kat mana? rawang ke? ada sedara saya duduk sana. diorang tahu agaknya tempat tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Nadiah, tiada perasaan langsung buat orang tua macam tu :-( , ye Nadiah, Kuang tu termasuk mukim Rawang, lebih kurang 10km jer dari Kuang ke pekan Rawang tu...

      Padam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)