JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label GA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label GA. Papar semua catatan

Ahad, 6 Julai 2014

GIVEAWAY KAD RAYA 2014 BY EKINNUAR

Assalamualaikum kekawan..
Selamat berhari minggu... Jom joint GA blog baru ni, bagi semangat sikit nak berblog ehe :)




Ketika diri telah berjuang,
Dalam kesabaran di bulan suci,
Kini saatnya kembali fitri
Dari semua khilaf yg pernah terjadi,

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI..



Selasa, 20 Mei 2014

TIDAK DITUNTUT.... mungkin sibuk ye.. :)

Assalamualaikum kekawan.. 
Alhamdulillah.. semoga sihat dan ceria :) 

Balik rumah mak petang Ahad tu ada atas meja kad pemberitahuan untuk ambil barang di pejabat pos.. tengok pada tarikh 17/5/2014 pukul 12.20 tengahari .. waktu saya berada di rumah pengantin tu kan...


Jadi semalam petang saya singgah ke pejabat pos dibahagian Pos Laju untuk claim barangan tu.. 

Bila saya tengok ini barangan yg saya kirim untuk Atie yg berada di Lahad Datu tu.. saya tanya "kenapa pulang balik, alamat salah ke?"
"tidak kak, penerima ini tidak menuntut di Pejabat Pos dan bila tempoh 14 hari tidak dituntut ianya akan dipulang balik kepada pengirim" jawab adik di kaunter tu..

Mungkin Atie terlepas pandang atau tidak menerima surat untuk tuntut di pejabat pos.. so Atie boleh email alamat baru kepada saya tak..
Yan Cottages pun barangan itu pun di pulangkan balik... boleh kita jumpa ke Yan sebab Yan tinggal di Klang jer kan..

Yang saya tahu dah menerima hadiah tu yg mana mereka ada buat entry tentang menerima GA tu .. Kakzakie, Mila,Masya, Mar dan Cheq Sue,  Karimah dan Huda pula menghantar email memberi tahu barangan GA dah terima..

Jadi saya nak bertanya kepada penerima hadiah yg lain adakah dah terima hadiah GA tu atau saya yg terlepas pandang pemberitahuan tu.. 


1) NOESUHAIMI ~ T-SHIRT BANDUNG

2) AZATIESAYANG ~ FREEZE MAGNET

3) NUREEN ~ JAM MEKAH

4) FIRZANAH AZHAR ~ FREEZE MAGNET

5) ANISYAMIR LEEJO ~ FREEZE MAGNET

Semua hadiah tu saya pos guna pos laju.. mohon jawab diruang komen atau email kepada saya cahaya2569@gmail.com ye :)


Rabu, 4 Disember 2013

Mini GA KakNi Edisi Tupperware

Assalamualaikum kekawan....




Jalan-jalan blog Kak Ni,
Sambil join Mini GA,
Jom kekawan kita menyertai,
Moga kita dapat apa yg kita suka,