JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Ikan Goreng Air Asam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ikan Goreng Air Asam. Papar semua catatan

Khamis, 7 Mei 2015

IKAN GORENG AIR ASAM KAKZAKIE YG MELETOP ^__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya...

Biasa lah saya ni, bila balik kerja mesti nak cari menu yg cepat dan mudah.. petang tu selasa tu teringat resepi kakzakie Ikan Goreng Air Asam. Apa lagi terus rujuk blog kakzakie utk mencari bahan-bahannya.. Kebetulan dalam peti ais saya ada isi ikan merah.. emmm sedap juga dicuba ni.. kekawan boleh terjah blog kakzakie..disini

Petang tu saya gorengkan sayur kangkung goreng, dan goreng kentang bersambal.. memang cepat lah kerja saya.. 
Memang sedap ikan goreng air asam ni, bagi saya ni, siapa yg baru balik demam sesuai sgt masak ni, sebab ada rasa masam-masam tu, bila kita demam kan tekak nak makan yg masam gitu.. itu saya lah kekawan.. dan saya rasa sesuai juga untuk lauk dalam pantang bersalin ni.. sedap sungguh..


Bahan-bahannya pun sungguh mudah kekawan.. jom kita intai resepinya.. ini sukatan bahan2 mengikut saya tau kekawan sebab kakzakie  hanya sebut bahan2 nya aje.. tak ada kuantiti.. jadi utk senang saya rujuk semula diblog saya, saya letaklah sukatannya.

RESEPI IKAN GORENG AIR ASAM

Bahannya:-
  • 2 keping isi ikan (terpulang ikan tinggiri atau merah ikut kekawanlah ye :)
  • 3 ulas bawang putih dihiris
  • 3 biji bawang merah kecil dihiris
  • 2 inci halia dihiris
  • 1 inci kunyit hidup dihiris
  • 1 batang serai diketuk
  • 2 biji tomato
  • 1 sudu kecilasam jawa dibancuh bersama satu mangkuk air
  • 5 biji cili padi di belah dua tak putus
  • Garam secukup rasa
Caranya :-
  1. Kunyit dan garam ikan, kemudian goreng sehingga masak. Ketepikan
  2. Tumis pula bahan hiris sehingga wangi.
  3. Kemudian masukan masukan air asam bersama cili api potong, masak hingga mendidih.
  4. Selepas itu masuk ikan,serai dan tomato, masak sebentar, kemudian letak garam secukup rasa.
  5. Siap dihidang bersama nasi putih panas.