JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 7 Mei 2015

IKAN GORENG AIR ASAM KAKZAKIE YG MELETOP ^__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya...

Biasa lah saya ni, bila balik kerja mesti nak cari menu yg cepat dan mudah.. petang tu selasa tu teringat resepi kakzakie Ikan Goreng Air Asam. Apa lagi terus rujuk blog kakzakie utk mencari bahan-bahannya.. Kebetulan dalam peti ais saya ada isi ikan merah.. emmm sedap juga dicuba ni.. kekawan boleh terjah blog kakzakie..disini

Petang tu saya gorengkan sayur kangkung goreng, dan goreng kentang bersambal.. memang cepat lah kerja saya.. 
Memang sedap ikan goreng air asam ni, bagi saya ni, siapa yg baru balik demam sesuai sgt masak ni, sebab ada rasa masam-masam tu, bila kita demam kan tekak nak makan yg masam gitu.. itu saya lah kekawan.. dan saya rasa sesuai juga untuk lauk dalam pantang bersalin ni.. sedap sungguh..


Bahan-bahannya pun sungguh mudah kekawan.. jom kita intai resepinya.. ini sukatan bahan2 mengikut saya tau kekawan sebab kakzakie  hanya sebut bahan2 nya aje.. tak ada kuantiti.. jadi utk senang saya rujuk semula diblog saya, saya letaklah sukatannya.

RESEPI IKAN GORENG AIR ASAM

Bahannya:-
  • 2 keping isi ikan (terpulang ikan tinggiri atau merah ikut kekawanlah ye :)
  • 3 ulas bawang putih dihiris
  • 3 biji bawang merah kecil dihiris
  • 2 inci halia dihiris
  • 1 inci kunyit hidup dihiris
  • 1 batang serai diketuk
  • 2 biji tomato
  • 1 sudu kecilasam jawa dibancuh bersama satu mangkuk air
  • 5 biji cili padi di belah dua tak putus
  • Garam secukup rasa
Caranya :-
  1. Kunyit dan garam ikan, kemudian goreng sehingga masak. Ketepikan
  2. Tumis pula bahan hiris sehingga wangi.
  3. Kemudian masukan masukan air asam bersama cili api potong, masak hingga mendidih.
  4. Selepas itu masuk ikan,serai dan tomato, masak sebentar, kemudian letak garam secukup rasa.
  5. Siap dihidang bersama nasi putih panas.


19 ulasan:

  1. Singgah pagi...
    wah!boleh try nanti...:)

    BalasPadam
  2. kakak selalu buat yatie sebab Iman suka sangat kuahnya yang masam2 tu ,cuma kakak tak taruk cili ...kakak buat guna ikan apa saja asal banyak isi...sedap kan yatie.

    BalasPadam
  3. nyummm..sedap nya kak..selalu juga masak mcm ni bila en suami request...hihi..

    BalasPadam
  4. memang yummy kan kak..nak plak ikan merah, isi banyak..

    BalasPadam
  5. memang sedapni.. kitapun suka makan lauk gini2.. ada asam2 sikit... kuahnyer tak ler banyak sangat.. lepastu der bawang dan lain yang dihiris2tu.. ehm yummmy...

    BalasPadam
  6. Resepi simple dan sedap ni yatie, boleh try ni cepat dimasak sedap di makan haha

    BalasPadam
  7. aduhaiii kak..menjejes ailio dh nie...

    BalasPadam
  8. simple tp membuka selera kan...

    BalasPadam
  9. ayah saya cukup suka kalau masak ni.

    BalasPadam
  10. T.kasi Yati.
    Insya'Allah dah masuk list K.I.V ni.

    BalasPadam
  11. ada buah suka2 resipi. tp kita letak cuka.

    BalasPadam
  12. kalau sedap...wajib dicuba ni kak yati

    BalasPadam
  13. emm sedap..sy suka sangat ikan masak Asam..boh kuah banjir makan dengan nasi panas terbaiklah...

    BalasPadam
  14. dok fikir nak masak apa lah ikan kerapu kat umah tuh mlm ni.. yeahhh dah dapat idea kat ini.. TQ TQ

    BalasPadam
  15. Boleh try nanti .....mmg nampak simple tu.
    CH bukan org kerja je nak masak yg simple simple , org duk rumah pun sama haha...

    BalasPadam
  16. Dua kali terliur sudah saya ni, CH. Kali pertama tengok dalam blog Kakzakie. Kali ni di sini pulak. Memang nampak mudahkan. Tapi selalu je bila dah ada kat dapur, buntu tak tahu nak masak apa. Balik-balik menu sama juga. Saya pun nak cubalah juga. Kalau saya seorang je yang makan nanti pun tak pa sebab ikan merah saya suka :)

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)